Recent Posts

Tuesday, March 16, 2010

"Magical" Thinking


"Siapa boleh jamin kepada saya bahawa Mother Teresa itu masuk neraka?" soal si panelis dalam Interfaith Dialouge di UIA Gombak bertajuk "Do all paths lead to paradise?" bulan lepas. Semua penonton terdiam. Akoo melihat, seorang Arab di depan akoo mengangkat tangan. Itu pun, seperti serba salah. Memang terbukti, orang Arab ini terkenal dengan sikap "keras"nya.

Persoalan ini mungkin banyak ditanya oleh mereka yang "mencari kebenaran". Ada agama yang mendakwa bahawa hanya dengan memasuki agama mereka sahaja akan menuju ke syurga. Jikalau begitu, bagaimana pula dengan tokoh yang mengorabankan seluruh jiwa dan raga mereka untuk rakyat? Adakah mereka akan dihumban dalam neraka?

Ini kali pertama akoo menghadiri perbandingan agama. Benarlah kata "orang"(xtahu siapa yang berkata), praktikaliti itu tidak sama dengan teori. Menghadapi sesuatu perkara dengan hanya membincangkannya dari jauh, sudah tentu punya beza. Alhamdulillah, akoo diAJAR sesuatu dengan menghadiri dialog terbabit.

Selalunya, apabila kita membuat sesuatu kerja, kita mahu lihat hasilnya seCEPAT mungkin, jika boleh, di depan mata kita. Boleh dikatakan kita ingin membuat sesuatu seperti "magik", baca mantera, dan terus jadi. Itulah selalunya sifat kita.

Seorang petani, menginginkan pagi ni tanam sayur, petang nanti dah boleh dituai.

Seorang pelajar yang malas seperti akoo, ingin membaca 2 3 jam sahaja buku untuk mencapai taraf bijak seperti orang lain.

Malah, seorang pendidik dan pendakwah juga tidak lepas dari sifat ini. Ada yang mahukan golongan yang dididik itu terus berubah apabila ditegur, lantas tegurannya terus hentam "direct" atau lebih dikenali sebagai "sound tepat" atau "kena atas muka".

Namun, jika difikir secara logik, berjayakah golongan ini mencapai apa yang mereka cuba tuju dengan bersifat demikian? Mungkin ada yang berjaya, namun, bilangannya cukup minima dan boleh dikatakan agak mustahil. Namun, yang mustahil inilah yang menjadi igauan dan turutan bagi mereka yang mahukan perkara dengan mudah.

"Kebaikan yang tidak strategik akan dikalahkan oleh kejahatan yang strategik"

"Sesungguhnya Allah Taala sukakan hambaNya yang berperang di atas jalanNya DALAM SAFF ibarat sebuah binaan yang tersusun rapi"


Semasa forum terbabit, pihak penonton nampaknya agak emosional dalam mengajukan soalan kepada ahli panel. Kerana, bagi mereka, mereka mahu ahli panel, menerima Islam di atas stage itu, pada malam itu, bahkan di hadapan mereka. Maka, banyak soalan2 yang dilontarkan berunsur provokatif dan agak menimbulkan ketegangan bagi sebuah "interfaith dialogue" yang lebih bertujuan untuk mencari persefahaman.

Namun, alhamdulillah. Ahli panel yang mewakili Islam, amat tenang dalam menjawab soalan. Bagi akoo, tokoh ini perlu dicontohi. Tidak lain tidak bukan, brother Shah Kirit. Beliau kelihatan tidak terlalu memaksa ahli panel daripada agama lain untuk menerima pendapatnya. Kerana interfaith "dialogue" adalah medan untuk kita mengenal agama lain. Jika orang tidak kenal Islam, kita ceritakan kepada mereka dengan cara yang paling cantik tentang Islam.

Justeru, adanya non muslim mengucap 2 kalimah syahadah semasa program bukanlah kayu ukur berjayanya satu2 dialog, tetapi sejauh mana kita mampu memahamkan orang ramai tentang Islam, itulah ukuran kejayaannya. Mungkin mereka baru tahu, "ooo.. Islam ni macam ni rupanya.", dan akan menarik minat mereka untuk berdialog lagi selepas ini. Dan siapa tahu, kuasa Allah Taala, dengan mereka lebih mengenal Islam, maka pintu hidayah terbuka untuk mereka. Berbanding dengan kita terlalu provokatif. Mereka akan terasa seperti diserang. Dan akhirnya, menyebabkan rasa ingin berdialog tentang agama, hilang begitu sahaja.

Akoo mengingatkan diri akoo sendiri, dalam membuat sesuatu kerja, KESANnya tidak semua yang akan kita dapat dalam SEKELIP MATA. Ia memerlukan peringkat untuk mencapai matlamat yang dituju.
"Jika anda bertanya kepada saya, adakah Mother Teresa yang bukan Islam itu akan dimasukkan dalam neraka, maka jawapan saya ialah............... SAYA TIDAK TAHU. Kerana, bukan saya yang menentukan syurga neraka, tetapi Allah Taala. Biarlah Dia yang menentukannya. Apa yang perlu saya lakukan ialah buat apa yang Dia suruh, dan tinggal apa yang Dia larang." jawab Bro Shah Kirit yang agak membuatkan panel yang lain ternganga.

Fikir2kan.

0 comments: