Recent Posts

Tuesday, August 14, 2012

Menghargai keUNIKan

"Kenapalah budak ni tak berjaya-berjaya juga. Akoo dah bagi motivasi, dah bagi sokongan sepenuhnya sebagai seorang ayah." keluh seorang ayah melihat prestasi anaknya.

"Akoo dah ajar satu-satu kot. Tapi, yang menyakitkan hati, lepas setahun akoo ajar, tengok-tengok, still lagi pada level dulu. Nak kena akoo ada, tunjuk satu-satu. Come on la.. Berdikari la sikit!" rintih seorang kawan yang merupakan coach atau penasihat kepada seorang presiden persatuan.

Memahami istilah 'cara pandang' cukup mengubah hidup akoo, kerana ia turut mengubah cara akoo berfikir. Apa yang kita pandang, itu yang kita dapat. Nampak sangat 'simple', tetapi cukup efektif.

Situasi di atas mungkin sering dialami oleh kebanyakan antara kita apabila berorganisasi atau bekeluarga. Kita sudah cuba menjadi bapa yang baik, menjadi coach yang baik, menjadi motivator yang baik, namun, hasilnya tetap sama. Tiada peningkatan. Perkara ini sangat mengecewakan bagi mereka yang berjiwa pendidik.

"Apa lagi yang akoo perlu buat?" tanya seorang coach, optimis dan bersikap proaktif.

"Mungkin budak ni memang dah tak ada harapan" keluh seorang ibu, pesimis dan hampir putus asa.

Cuba kita aplikasikan teori 'cara pandang' dalam situasi di atas.

Ayah sedaya upaya cuba memberikan sokongan kepada anaknya. Nampak baik, sangat bagus sebagai seorang ayah. Namun, apa pandangan ayah itu terhadap anak tersebut? Adakah seorang anak yang LEMAH, tak mampu berdikari, memerlukan perlindungan daripada ayahnya? Jika itulah pandangan ayah, maka itulah yang akan berlaku kepada sikapnya terhadap anak tersebut. "Disebabkan anak akoo LEMAH, akoo kena ajar dia satu-satu". Anak akan dilayan seperti seorang yang lemah dan kesannya, lemahlah anak tersebut.

Sama dengan coach atau penasihat bagi presiden persatuan terbabit, jika yang dilihatnya pada presiden itu ialah seorang yang lembab dan 'BODOH', maka itulah yang menghasilkan sikapnya terhadap presiden terbabit.

Betulkan cara pandang, hargai apa yang ada pada diri seseorang. Bukan merintih dan membesar-besarkan apa yang tidak ada pada dirinya.

SEKOLAH BINATANG

Untuk memahami 'cara pandang' ini dengan lebih teliti, pernah akoo kongsikan satu cerita yang akoo dapat daripada buku 7 Habits of Highly Effective People kepada anak usrahku. Cerita ini ditulis oleh Dr. R. H Reeves, seorang pendidik.

Pada suatu masa dahulu, semua binatang telah bermesyuarat tentang cara untuk menghadapi 'DUNIA BARU' yang penuh dengan pancaroba. Justeru, mereka telah bersetuju untuk menubuhkan satu sekolah. Kurikulum bagi sekolah terbabit ialah berlari, memanjat, berenang dan terbang. Untuk memudakan kerja-kerja pengurusan, semua binatang yang masuk ke sekolah terbabit perlu mengikuti semua subjek tersebut.

Sang Itik sangat hebat dalam subjek berenang, bahkan lebih hebat daripada cikgu yang mengajarnya. Dia juga cemerlang dalam subjek terbang, tetapi sayangnya sangat lemah dalam subjek berlari. Oleh kerana dia lemah dalam subjek berlari, dia terpaksa tinggal berlatih selepas waktu sekolah saat kawan yang lain bersorak balik, bahkan dia juga terpaksa meninggalkan subjek renang untuk fokus kepada subjek berlari yang dia lemah tersebut. Hal ini diteruskan sehingga kakinya luka dan terkoyak sehingga menyebabkan dia hanya mendapat markah kepujian dalam subjek renang. Tetapi, tahap 'kepujian' masih boleh diterima bagi pihak sekolah, justeru tiada siapa yang risau akan hal terbabit kecuali Sang Itik sendiri.

Berlainan pula dengan kisah Sang Arnab, ia bermula sebagai pelajar yang cemerlang dalam subjek berlari, tetapi mengalami masalah cepat cemas dan risau apabila menyertai dan menjalani latihan bagi subjek renang. Sang Tupai pula, yang awalnya sangat hebat dalam memanjat, akhirnya mengalami kemurungan, akibat kelas terbang di mana gurunya menyuruhnya terbang daripada tanah ke atas berbanding daripada atas pokok ke tanah.

Sang Helang pula dilabel sebagai "PELAJAR BERMASALAH" dan dikenakan tindakan disiplin. Hal ini kerana, dalam kelas memanjat, ia telah mengalahkan pelajar lain untuk memanjat pokok, tetapi berdegil ingin menggunakan caranya yang tersendiri untuk memanjat.

Hal ini berlarutan hingga akhir tahun, di mana Sang Belut yang mampu berenang dengan boleh dikatakan baik, ia juga mampu berlari, memanjat dan terbang 'sedikit' telah ditabalkan sebagai pelajar contoh bagi sekolah terbabit. Sang Anjing duduk di luar sekolah, melawan dan membantah kenapa tidak ada kurikulum bagi subjek 'menggali' dalam sekolah terbabit. Akhirnya, mereka berpakat dengan beberapa golongan lain seperti tikus mondok yang tidak berpuas hati dengan sekolah terbabit untuk menubuhkan sekolah swasta.

Menarik bukan? Itulah yang terjadi apabila keUNIKan tidak dihargai. Oleh sebab itu, akoo cukup kagum dengan anime One Piece yang sangat menghargai keunikan yang ada pada setiap individu dalam pasukan. (Sekali lagi akoo promote anime ni)

Adakah 'pasukan' kita terlalu memulikan 'Sang Belut' yang hanya sederhana dalam semua aspek dan mengGAGALkan semua haiwan lain yang punya bakat dalam bidangnya sendiri? Lu pikirlah sendiri... Hehe..

"Everyone is a genius. But, if you judge a fish by its ability to climb a tree, it will live its whole life believing that it is stupid." (Semua orang adalah seorang yang genius. Tetapi jika anda menghukum seekor ikan dengan kemampuannya untuk memanjat pokok, maka ia akan meneruskan seluruh hidupnya, percaya bahawa ia adalah seekor ikan yang bodoh) -Albert Einstein

0 comments: