"Dari Kelantan ke?"
Ya saya..
"Saya suka Kelantan."
Oh.. Kenapa ek?..
"Saya baru convert Islam. Kat Kelantan banyak tempat nak mengaji, sini xde.."
Alhamdulillah..... (kataku dengan perasaan yang sangat gembira, Allah saja yang tahu perasaanku masa tu. Sape xgembira beb, dapat berborak dengan saudara baru.)
Jap, camne bleh tertarik dengan Islam ek??
"Saya patot dah convert tahun lepas, tapi saya accident, 7 bulan dalam hospital, 2 minggu lepas baru keluar. Rabu lepas baru saya convert."
"Dik, saya tanya ni adik jangan marah ek..." tiba2 suasana berubah(ceh, cam cite hantu plak)
"Saya sebenarnya tetinggal beg kat rumah kawan kat Klang. Jadi, saya dah abis duit nak pergi sana, jadi, boleh x adik tolong saya?"
Akoo mula ragu2. Saudara baru Islamku mintak tolong ni. Tapi, lebih baik aku eksperimen dulu, betol ke mamat ni muallaf atau sekadar MENGGUNAKAN status muallaf itu untuk mendekati ummat Islam.
La.. baik pergi sembahyang Jumaat dulu bang.. InsyaAllah lepas solat, Allah permudahkan urusan abang.
"Xpe, nanti saya datang balik, saya kena pergi ambik beg tu dulu, sebab beg tu ada kat rumah kawan saya, dia Cina, parents die garang, die xsuka orang lain letak barang merata2 ni."
Abang duduk dengan Cina ke? Jabatan Agama xtolong bag tempat tinggal ke?
Ada. Tapi, lagi 2 minggu diorang kasi. Saya baru convert seminggu, maknanya minggu depan baru dapat.(Buleh plak macam tu ek..)
Convert dulu dengan ustaz mana ek? Saya kenal ramai jugak ustaz kat sini.
Ada. Saya lupa la nama die. Dia gemok2 sket. Ada bawak teksi datang sini juga.
Convert kat mana dulu?
Em.. kat Ipoh sana.. Ustaz tu bawak saya pergi sana..
Oh, kenapa xconvert kat sini je??
Yela, ustaz tu bawak saye pegi Ipoh, pastu dia ade bagi kad, warna kuning, tapi sekarang saya xbawak, sume ada dalam beg tu. Jadi, boleh tolong saya x adik??
Saya bukan xnak tolong, tapi saya kurang percaya, dan saya kena pikir dulu sebab saya takut orang menggunakan status muallaf ni untuk mengenakan orang Islam.
Aku mula berzikir dan berdoa kepada Allah Taala agar diberi petujuk terhadap situasi yang berlaku. Zikirku agak mengambil masa.
Tiba2 mamat tu bersuara,
"dik, kalau xnak tolong, cakap xnak tolong. Ni bikin hati saya sakit pulak"
(Aik, bila masa pulak aku wat die sakit ati ni??)
Saya rasa saya xwat pape yang menyakitkan hati awak pon, kalau ade tu saye mintak maaf la..
"Saya xmarah, cuma bila awak xpercaya tu, saya terasa la.. Xpe, saya xmarah, setiap apa dugaan yang datang tu, pasti ada hikmahnya."(dia cuba menggunakan kata2 yang baik untuk mengumpan lagi)
Kemudian, dia mendiamkan diri.
Lepas 2 minit.....
"dik, boleh tolong x??""Camni la bang, saya cakap kat abang, apa kata abang pergi sembahyang Jumaat dulu, pastu mintak pertolongan kat Allah, muallaf selalunya sangat yakin dengan Allah Taala. Tapi, ni cam terbalik plak..." akoo berdiam diri dan terus berzikir.
Kemudian, melihatkan akoo memang xmakan jerat, mamat tu pon blah ngan muka "bengkek"..
Kesimpulan daripada cite sempoi ni:~
- Bagi akoo, mamat tu dah mempermainkan status muallaf dan dia juga telah memburukkan nama muallaf itu sendiri. Bagiku, akoo amat respect dengan golongan2 muallaf seperti saudara Shahkirit yang tidak serik2 menyampaikan dakwahnya melalui perbandingan antara agama. Dan, kadang2 akoo memang segan dengan golongan ini kerana walaupun sudah lama memeluk Islam, ternyata, mereka lebih mengenal Islam daripada diriku sendiri. Ikut ati memang nak marah gak mamat tu, tapi, dah dia sound awal2, adik, jangan marah ek kalo abang cakap ni.
- Malah, bagi aku, dia juga turut memburuk2kan badan agama di Malaysia ni. Yang mana bagi akoo, jika apa yang disampaikan oleh mamat tadi itu betul, ini bermakna, perlu ada perubahan dalam pelaksanaan badan agama tersebut. Jika tahu muallaf benar2 memerlukan bantuan, kenapa perlu tunggu 2 minggu baru dapat? kerana prosedur2 dan birokrasi, jika demikianlah alasannya, HAPUSKAN BIROKRASI!!! Tetapi, jika cerita mamat itu hanya tipu daya semata2, maafkan akoo dan jadikanlah ia sebagai tauladan...
1 comments:
weh hakem.... cerita ko ni sama ngan member aku.. kan hari tu lepas aku lepak kat bilik ko, aku pegi ambik membe aku kat stesen universiti..
pastu aku nampak die borak ngan mamat yg mcm ko describe td... n cerita pon lebih kurang la... cerita pasal baru masuk islam, pastu mintak tolong... gile la.. dah berapa lama dah die buat kerja ni... jom pegi tarbiyah!! hehe
Post a Comment