"Masuk hospital ni sebab apa ya?" akoo memulakan bicara dengan soalan "standard" kepada si ibu yang sedang menjaga anaknya. Maklumlah... Sedang posting paediatrics iaitu kesihatan berkaitan kanak2, kebanyakan maklumat perlu diperoleh oleh penjaga kanak2 terbabit. Siapa lagi kalau bukan kedua ibu bapa.
"Hari tu kitorang pergi bersihkan rumah nenek dia. Pastu, dia cakap dahaga sambil pegang satu botol berisi air. Pastu, saya bagi la dia minum. Tiba2 akak dia cakap, "ibu adik minum air yang kat bawah tangga tadi!!". Saya mula gelabah. Nak tahu kenapa?"
Akoo hanya mengangguk. "Air tu thinner sebenarnya. Tapi, dah masuk dalam perut anak saya. Saat tu, Allah saja tahu perasaan saya, terus kitorang bawa dia datang hospital. Selamat cepat.. Tapi, doktor cakap, ada kesan sikit dekat hati dia."
Itu kes yang pertama.
Kes yang kedua pula...
"Masa tu kami tengah tidur. Letak la dia kat sebelah. Pastu, saya bangun la sekejap nak pergi ke dapur...." Jelas seorang ibu kepada anak yang baru sahaja 1 bulan lebih.
"Pastu, balik2 bilik, saya nampak suami saya dah tindih anak saya. Dekat 10 20 minit juga kalau xsilap. Saya terus menjerit. Dan masa tu dia dah xrespon apa2. Suami saya buat CPR, pastu dia ada keluar darah ikut hidung. Kitorang terus bawa dia ke hospital. Masuk ICU. Doktor cakap, peluang untuk selamat 50/50. Alhamdulillah.. Dapat diselamatkan, tapi sekarang ni tengah monitor dia punya pernafasan."
Ya... Inilah kehidupan. Menghadapi perkara2 seperti ini, baru akoo mengerti bukan mudah untuk membesar Abdul Hakem Bin Zahari sehingga boleh menjadi seperti akoo yang sedang menulis sekarang ini. Terima kasih Ummi. Terima kasih Abah.
Bukan itu sahaja, alhamdulillah, akoo diberi kesempatan untuk melihat kuasaNya. Baru akoo sedar, bahawa Dia sentiasa menJAGA kita. Masuk dalam bidang perubatan, sudah tentu dapat mengetahui bahawa betapa mudahnya kita mendapat penyakit, namun, tanpa izinNya, sudah tentu tidak akan berlaku.
Benar! Andai kata Allah Taala melupakan kita hatta dalam masa yang kurang daripada satu saat sekali pun, entah bagaimanalah nasib kita. Jika manusia sedar akan hakikat ini, masakan dia sanggup melawan si Dia yang sentiasa menjaganya. Jika manusia sedar akan hakikat ini, sudah tentu dia akan sedar apa sebenarnya statusnya, seorang HAMBA yang tidak punya upaya. Seorang HAMBA, yang sentiasa mengharapkan pertolongan dan bantuan daripada TUANnya.
Justeru, berSYUKURlah. Cintailah Dia. Kerana, Dia sangat menyayangi kita. Kerana, tanpa Dia, kita tidak bermakna.
"Jika kamu bersyukur, maka kami akan lipat gandakan nikmat kepadamu, tetapi jika kamu kufur, sesungguhnya azabKu amat pedih."
Alhamdulillah.....
0 comments:
Post a Comment