Recent Posts

Tuesday, January 12, 2010

Mengalah Tidak KALAH


Pada mulanya, akoo berfikir xmahu respon soal isu yang rasanya meletup seminggu 2 ini. Isu harga gula naik tenggelam terus, isu kalimah Allah menenggelamkannya. Kerana, akoo berfikir, mungkin mengambil pemikiran orang "hanya orang YANG LAYAK" sahaja mampu berbicara soal sesuatu perkara. Dan, akoo merasakan akoo bukanlah orang YANG LAYAK bagi mereka. Siapalah akoo. Persoalannya, SIAPA yang LAYAK?

Mendengar forum anjuran Free Public Forum dan PMIUM, "Allah: Siapa Yang Punya" cukup membuka minda akoo. Cukup kagum dengan hujah2 yang diutarakan oleh panelis yang hadir, baik yang bersetuju mahupun yang tidak bersetuju dengan keputusan mahkamah.

Namun, perbincangan seperti xmampu dirojakkan untuk hujah kedua2 belah pihak, kerana mungkin RAMUANnya xkena. Kerana, walaupun hujah masing2 agak hebat dan mantap, tetapi masing2 berhujah daripada sudut yang berlainan. Satu pihak berbincang soal "Boleh Atau Tidak", satu lagi berbincang soal "Wajar atau Tidak".

Tidak mahu mengulas panjang. Kerana, pandangan boleh dilayari di lain2 blog. Baik yang "Boleh Atau Tidak" atau "Wajar atau Tidak". Namun, akoo sudah agak banyak menulis soal BETUL sebenarnya ialah satu PERASAAN YANG MERASA BETUL. Kedua2 pihak akan merasakan mereka betul, ketahuilah... ia hanya satu perasaan kerana mereka punya hujah dan nas masing2.

Namun, sekali lagi akoo ulang, apabila perlekehan berlaku, MENYALAHkan pihak yang satu lagi, sebenarnya, itulah yang SALAH. Kalau dalam pertandingan debat, mereka mungkin rasa mereka MENANG, tetapi sebenarnya KALAH. Kerana di akhir debat, tiada keputusan yang dapat diputuskan, tetapi masing2 saling menyalahi antara satu sama lain. Ini bermakna, dua2 kalah.

Kadang2, kita perlu MENGALAH untuk MENANG. Mungkin hujah kita dilihat KALAH oleh pihak yang bercanggah pendapat, tetapi sebenarnya MENANG kepada orang lain yang mendengar yang masih mencari mana pihak yang lebih benar.

Kesimpulan akoo, cukup mudah. Andai kata kedua2 pihak masih menuding jari dan mencari siapa betul, siapa salah, kedua2 akan KALAH. Nak tahu siapa yang menang? Yang menang ialah, orang yang telah meRELEVANkan kembali I.S.A. yang dahulunya dipandang sangat xrelevan dan zalim. Yang menang ialah golongan yang mampu mewujudkan jurang agama dan bangsa dalam masyarakat kita. Terpulanglah kepada anda untuk menilai.

Sambil2 mendengar lagu Hadapi Dengan Senyuman, nyanyian kumpulan Dewa 19, cukup menyentak hati akoo. Lirik terakhirnya, "menyerahlah..... untuk menang". Fikir2kanlah... sambil layan lagu Dewa. Hehehe...


Mungkin akoo bukanlah orang yang soleh. Iman juga xtinggi. Dengar lagu2 Dewa, main game, main SMS, tengok TV, layan cerita Korea dan sebagainya. Namun, boleh rujuk kembali artikel Ibadah Intelek lepas yang akoo tulis. Kerana, bukan HANYA "zikir" yang disempitkan maksudnya (memegang mathurat, pegang butir tasbih etc) boleh mendekatkan diri kepada Allah. Tak setuju? Lagi akoo suka.....

3 comments:

Bazliah Rodzi said...

jadi apa pandangan doktor pasal isu nama Allah itu?? apa penyelesaian yg terbaik??

bOnOt said...

Rasanya "tajuk" artikel adalah penyelesaian... Tapi, cam biasa, bukan mudah nak bagi orang "mengalah".

GUa dah bagi pendapat, andai kata ada orang yang xnak ngalah tu baca, harapnya dapat buka minda dia sket. Kalau xdapat pun, nak wat camne, doa jela gua mampu. Mungkin kalau keadaan makin teruk lepas ni, baru ada antara kita yang sedar kesilapan yang dilakukan sekarang...

nape la akoo terasa idea akoo ni asyik idealistik je.. hehehe.. roger..

nur dalilah said...

part of being a winner is knowing when enough is enough. sometimes u have 2 give up the fight and walk away, and move on 2 sumthing that's more productive.