Recent Posts

Thursday, June 17, 2010

Kotoran dan kesabaran


“Mereka bertanya kepadamu tentang haid. Katakanlah, “Haid itu adalah KOTORAN” Oleh sebab itu, hendaklah kamu menjauhkan diri dari wanita di waktu haid; dan janganlah kamu mendekati mereka, sebelum mereka suci. Apabila mereka telah suci, campurilah mereka itu di tempat yang diperintahkan Allah kepadamu. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang bertaubat dan yang mensucikan diri.” (Al Baqarah:222)

Cantiknya Islam, din ciptaan Allah Taala, yang mana ianya terletak di tengah2 di antara 2 ekstrim. Islam tidak terlalu kanan, Islam tidak terlalu kiri. Atau, Islam tidak terlalu terbuka, namun, Islam juga tidak terlalu tertutup. Itulah Islam, manual Allah Taala kepada khalifah di muka bumi ini.

Dalam bab haid, ada "agama" yang tidak melarang langsung untuk mendekati perempuan yang sedang berhaid. Bagi mereka, perempuan berhaid dan perempuan lain adalah sama, tidak perlu ada perbezaan dan "diskriminasi".

Manakala, ada yang lainnya, agama Yahudi sebagai contoh, melihat perempuan berhaid sebagai satu yang AMAT kotor. Di mana, perempuan berhaid bukan sahaja dihalang untuk disetubuhi, malah semua yang disentuh oleh perempuan berhaid dianggap "najis". Bahkan, orang yang menyentuh perempuan berhaid juga menjadi najis.(Boleh rujuk kitab Laweyen fasal XV).

Dalam Islam, suami dilarang men"dekati" isteri apabila isteri sedang berhaid. Mendekati bukanlah bermakna tidak boleh bersentuh langsung. Mendekati di sini bermaksud tidak dibenarkan bersetubuh sewaktu isteri sedang berhaid. Selebihnya, isteri harus dilayan seperti biasa. Apakah ini dikatakan diskriminasi? Tentu sekali tidak! Sekali lagi, di situlah cantiknya Islam, di pertengahan antara 2 ekstrim.

Ayuh kita cuba melihat isu ini dalam sudut perubatan. Apakah hikmah di sebalik Allah Taala melarang si suami men"dekati" isteri yang sedang haid?

Pertamanya, haid adalah waktu yang sangat sesuai untuk jangkitan kerana haid itu adalah "kotoran". Haid boleh menjadi punca jangkitan atau sumber dijangkiti. Maknanya, wanita yang sedang berhaid boleh menjangkiti suaminya apabila disetubuhi atau mereka boleh dijangkiti. Dua dalam satu. Justeru, penyakit yang boleh berjangkit melalui hubungan kelamin(Sexual Transmitted Disease) adalah antara penyakit yang mampu didapati oleh pasangan suami isteri yang tidak menghiraukan larangan ini.

Selain itu, haid hanya berlaku apabila ovum(sel telur) si isteri tidak disenyawakan. Ini bermakna, semasa fasa haid, tidak ada ovum yang akan dikeluarkan. Dan, persenyawaan tidak akan berlaku dan secara ringkasnya, persetubuhan semasa haid, tidak akan menyebabkan kehamilan.

Tidak lupa juga, jika difikirkan secara mendalam kenapa Allah Taala memberikan "manual" ini kepada kita, fasa haid rupa-rupanya melatih kesabaran kepada pasangan suami isteri. Benda yang terlalu murah dan senang didapati sudah tentu akan dipandang remeh. Tetapi, jika ada sedikit unsur "jual mahal" dan "sukar didapati", jika berjaya didapati, akan lebih dihargai. Justeru, sedar atau tidak, fasa haid sebenarnya meningkatkan keinginan dan rasa sayang si suami kepada isteri.

Bukti sudah di depan mata. Mana lagi ayat Allah Taala yang mahu kita dustakan? Yakinlah, ANDA SIHAT DENGAN ISLAM!!

4 comments:

Anonymous said...

Indahnya hidup Islami...
setiap apa yang Allah takdirkan itu pasti ada hikmahnya..dan sebenarnya banyak lagi hikmah dan rahsia di sebalik perintah dan larangan Allah..banyak lagi yang perlu kita selongkarkan.. kita sebagai umat islam sepatutnya perlu rasa bersyukur dan bertuah.. sebab ape? kerana dalam kehidupan kita, kita diberi guide yang sgt baik..semua perkara yang diperintahkan ada musababnya dan hikmahnya.. sememangnya kadang2 ianya sgt pahit dan sukar untuk kita ikuti.. itulah pentingnya kesabaran dan kekuatan..pape pun, cukuplah pergantungan kita pada Allah di setiap apa yg kita buat.. moge mendapaat rahmat dan redhaNya..

Anonymous said...

Indahnya hidup Islami...
setiap apa yang Allah takdirkan itu pasti ada hikmahnya..dan sebenarnya banyak lagi hikmah dan rahsia di sebalik perintah dan larangan Allah..banyak lagi yang perlu kita selongkarkan.. kita sebagai umat islam sepatutnya perlu rasa bersyukur dan bertuah.. sebab ape? kerana dalam kehidupan kita, kita diberi guide yang sgt baik..semua perkara yang diperintahkan ada musababnya dan hikmahnya.. sememangnya kadang2 ianya sgt pahit dan sukar untuk kita ikuti.. itulah pentingnya kesabaran dan kekuatan..pape pun, cukuplah pergantungan kita pada Allah di setiap apa yg kita buat.. moge mendapaat rahmat dan redhaNya..

Anonymous said...

apakah penyakit yg biasa pada suami apabila terkena jangkitan kuman semasa hubungan suami istri dlm haid.. ada kah penyakit itu serius? dan apabila terkena jangkitan kuman jika diubati adakah penyakit itu akan hilang sepenuhnya dlm badan..

Asy-syahid(to-be) Dr Hakem Al-Bonoti said...

Penyakit yang boleh didapati boleh dirangkumkan dalam Urinary Tract Infection(Jangkitan Saluran Kencing).

Jangkitan ini lebih mudah didapati oleh golongan wanita kerana urethtra(salur kencing) mereka yang lebih pendek. Namun, tidak mustahil bagi lelaki untuk dijangkiti.

Jika tidak dirawati, penyakit ini mampu merebak ke buah pinggang. Namun, selalunya pesakit akan datang ke hospital sebelum perkara itu berlaku akibat sakit ketika buang air kecil, atau mungkin kencing berdarah.

"Setiap penyakit ada ubatnya". Jika berjaya mengetahui punca jangkitan, selalunya disebabkan bakteria, penyakit ini mampu diubati.

Namun, lebih suka untuk mengingatkan, bahawa MENCEGAH itu JAUH lebih baik daripada mengubati.

Anda SIHAT dengan ISLAM!!