Recent Posts

Wednesday, August 18, 2010

Belajar hidup


Lebih 5 hari juga menghadapi Ramadhan hanya di atas katil, xlupa didepan komputer dek tiba2 diserang demam dan selesema. Rasanya sudah agak lama akoo xdemam. Mungkin kali terakhir adalah semasa di Pusat Asasi yang juga terkena demam semasa bulan Ramadhan. Adakah ini simptom penyakit baru? Ramadhan Fever. Wah.. Cam menarik gak bunyinya tu. Hehe..

Sudah tentu, dalam pelajaran di bidang perubatan sendiri, demam dan selesema ini ternyata dianggap "perkara biasa". "Alah... Kes URTI(Upper respiratory tract infection) je", itulah sembang bagi mereka yang bergelar pelajar perubatan. Namun, ternyata, manusia itu hanya layak bergelar "hamba". Apabila terkena di batang hidung sendiri, barulah mengetahui bagaimana rasanya.

Tidur mula terganggu. Selimut mula digandakan kuantiti. Kipas mula diperlahankan. Nikmat sedapnya makanan mula hilang. Dan, sudah tentu, mula belajar apa rasanya "minuman suam". Jika tidak, sebelumnya, minuman sejuklah pilihan di hati. Mana layan air panas ngan air suam2 ni beb!! Hehe..

Akoo teringat akan kata2 naqib akoo, "Cuba enta fikirkan, soal memelihara kambing misalnya. Seorang profesor yang mempunyai phD dalam bidang penternakan sekali pun, cuba kita berikan seekor kambing untuk dia menjaganya, BELUM TENTU kambing tersebut mampu membesar dengan baik walaupun segala teori berkaitan dengan kambing sudah ada dalam otaknya. Namun, seorang yang sudah biasa membela kambing di kampung, walaupun tidak habis pengajiannya di sekolah, MUNGKIN mampu membesarkan kambing sehingga menjadi gemuk dan sihat."

Ada benarnya kata2 ini. Namun, tidak semuanya begitu. Sebab itu, ada kalimah "belum tentu" dan "mungkin" di situ. Benar, teori itu penting dan menjadi satu kelebihan jika ada. Namun, hidup xseindah dan semudah buku2 dan tulisan. Betapa ramai yang mampu menyelesaikan masalah orang lain dengan teori2 motivasi yang dimilikinya, namun apabila dia sendiri yang ditimpa masalah yang serupa, akhirnya dia juga yang tumpas.

Oleh sebab itu, selain buku2 dan tulisan2 dijadikan sumber ilmu, teryata kita membutuhkan sumber tambahan. Apakah sumber tambahan itu? Dengan menjadikan kehidupan sebagai sumber ilmu. Bukan sahaja hidup sendiri, malah hidup orang lain. Namun, sumber ilmu ini jarang dihargai.

Ayuh! Teruskan pembelajaran kita. Ada satu subjek menarik sedang Allah Taala sampaikan kepada kita. Ramadhan. Sungguh banyak yang perlu dipelajari dalam subjek ini. Kerana, subjek ini ternyata penuh dengan didikan, dan matlamat atau end-product(produk akhir) subjek ini ialah "taqwa". Kan menarik tu! Jadi, rugi kalau xbelajar subjek ni. Jom!!

0 comments: