Recent Posts

Wednesday, August 11, 2010

Peluang!


Alhamdulillah.. dipertemukan lagi dengannya. Awek cun lagi ayu bernama Ramadhan. Hehe..

Disebabkan jari ini sudah keras untuk menekan keyboard di komputer ini, akoo hanya ingin mengucapkan Salam Ramadhan kepada semua.

Teringat kisah2 menarik ketika Ramadhan di rumah. Liat untuk bangun sahur sehingga berjaya membuatkan ummi akoo tensen. Ditambah pula dengan sambung tidur selepas bersahur, walaupun sudah acap kali ditegur oleh abah supaya xtidur dan menunggu waktu subuh. Akhirnya, tetap subuh gajah walaupun Ramadhan. Astaghfirullah..

Namun, sedar akan makna di sebalik Ramadhan itu, sehingga diletakkan di bawah "5 Rukun Islam", ternyata ada sesuatu yang sangat menarik untuk difikirkan. Secara luarannya, mungkin hanya dilihat sebagai menahan makan minum, solat tarawih dan sahur. Namun, jika difikirkan kembali, puasa juga menguatkan akidah. Atas dasar apa kita mampu tidak makan walaupun dalam rumah tiada siapa yang melihatnya? Semasa mandi dalam bilik air juga, kita tidak berani bahkan berjaga jika ada air yang masuk ke dalam mulut. Walhal, boleh sahaja menelan air tersebut. Sudah tentunya, kerana puasa melatih kita untuk merasa BERTUHAN. Walau tidak ada makluk lain yang melihat, ada DIA yang sentiasa melihat apa kita.

Tidak mahu berbahas panjang soal ini, kerana di blog2 dan ceramah2 perdana, sudah tentu akan berlambaklah hal berkaitan kelebihan Ramadhan. Cuma, akoo ingin mengajak dan memujuk sesiapa yang membaca artikel yang xseberapa ini, termasuk diri sendiri, untuk menggunakan peluang Ramadhan ini.

Oleh itu, jom ambil peluang untuk bangun bersahur. Dalam agama lain, mungkin ada yang berpuasa, namun, sahur adalah antara pembeza antara puasa ummat Islam dengan mereka. Di samping itu. alang2 sudah bangun bersahur, ayuh latih diri kita untuk qiamullail... Paling koman pun beb, tahajjud 2 rakaat. Amalkan setiap hari di bulan yang mulia ini, mudah2an ia akan menjadi rutin dalam kehidupan kita selepas ini. InsyaAllah... Itulah yang diharapkan.

Tidak lupa juga dengan membaca Al Quran. Bukanlah niat untuk menghalang mereka yang cuba mengkhatamkan satu al Quran di bulan ini dengan ganjarannya yang berlipat kali ganda. Namun, akoo lebih suka jika "perubahan" dilakukan secara beransur2, mudah2an ia berterusan, bukan sahaja di bulan ini, bahkan diteruskan selagi hayat diberikan oleh Allah Taala. Jika masih membaca al Quran, mulakan dengan 1 muka atau 2 muka sehari, jika sudah biasa membaca sebegitu, tingkatkan ke tahap mana yang kita mampu. Dan, pada pandangan akoo, berjaya menghayati(tadabbur) satu juzu' Al Quran dalam satu bulan ini, adalah lebih bermakna berbanding mengkhatam satu al Quran tanpa memahami isi kandungannnya.

Bukanlah niat untuk men"down"kan semangat mereka yang sedang membara untuk meningkatkan ibadah, cuma ingin meng"INGAT"kan. Rancanglah semangat itu, moga2 ia tidak menjadi semangat yang hanya "hangat2 tahi ayam". Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna buat kita.

Ingatan ini ditujukan khas buat diri sendiri.

1 comments:

Anonymous said...

Kalau nak jumpa Sheikh Ramadhan pula, datanglah bersembahayang tarawih di pekarangan Stadium Kota Bharu. Tok Sheikh ini imam yg di impot dari Mesir. Datang jgn tak datang