Recent Posts

Thursday, May 5, 2011

Agen DALAMan


Teringat sebuah kisah dongeng yang banyak memberikan pengajaran. Kisah Si Tikus dan ahli silap mata. Tikus hidup bersembunyi di dalam lubang dan kadangkala keluar dari lubang untuk mencari makanan. Namun, tikus tidak berpuas hati dengan hidupnya apabila asyik menjadi mangsa buruan Si Kucing. Hidupnya tidak pernah aman kerana itu. Justeru, dia berjumpa dengan ahli silap mata.

"Wahai ahli silap mata yang bijaksana, akoo sudah jemu menjadi tikus. Asyik menjadi mangsa kucing. Bolehkah kau tukarkan akoo kepada makhluk lain?" rayunya.

"Boleh saja.. Kau mahu akoo tukarkan kau kepada apa wahai tikus?" tanya ahli silap mata.

"Hmm.. Kau tukarkan akoo menjadi kucing. Selepas akoo menjadi kucing, maka akan bahagialah hidup akoo." balas tikus.

Maka berubahlah tikus kepada kucing. Dia sudah tidak lagi menjadi buruan kucing2 lain. Mengambil dialog cerita P Ramlee, Ali Baba Bujang Lapok, "sekarang, saya sudah kaya, saya mesti ubah saya punya jalan...". Maka timbullah hasrat di hati untuk keluar dari tempat kediaman itu, melihat dunia luar sebagai seekor kucing.

Baru saja keluar rumah, terserempak pula dengan makhluk pipi menggelebeh menjelir2 lidahnya. "Apa hal makhluk ni? Terjelir2 lidah ni.. Haus ke? Ke mengANJING akoo?". Dengan tidak semena2, tikus berupa kucing itu telah dikejar oleh makhluk tadi dan dibelasah dengan teruk sekali. Barulah dia kenal, itu ialah Si Anjing. Hidupnya porak peranda sekali lagi. Maka, dia berjumpa dengan ahli silap mata buat kali ke 2.

"Wahai ahli silap mata yang bijaksana, akoo tidak bahagia menjadi seekor kucing. Asyik menjadi mangsa buli si anjing. Bolehkah kau tukarkan akoo kepada makhluk yang lebih baik?" rayunya menjebik bibir.

"Ohh.. Memang kerja akoo untuk tukarkan kau jadi benda lain je dalam hidup ni. Sekarang, mahu jadi apa pula?" tanya ahli silap mata, dengan gaya memandang ke atas hingga nampak putih mata sahaja, dan tangan di dada.

"Jadikan akoo seekor anjing! Jika akoo jadi anjing, tentu akoo akan bahagia" balas si tikus berupa kucing. Excited sekali!

Dengan itu, berubahlah pula si tikus menjadi seekor anjing. "Pergh... gagah akoo sekarang. Otot pun besar. Sekarang, tak ada siapa boleh kacau akoo. Hahaha..." bisiknya.

Bangga.

Anjing2 lain juga sudah tidak membulinya lagi. "Sudah jadi anjing, buat apa terperap di halaman rumah saja, tak berkembang beb... Akoo nak keluar berjalan2 di sekitar taman."

Sedang asyik berjalan2 di sekitar taman, mendabik dada, satu lagi makhluk datang ke arahnya. Makhluk tersebut memegang kayu. Dia bersama dengan beberapa makhluk yang sama, kawan agaknya. Yang lain, ada yang membawa batu, kayu baseball dan lastik.

Tiba2 kedengaran. "Woi! Apa jelir2? Dia jelir kat kita dowh kengkawan... Kurang asam punya anjing..." jerit makhluk tadi sambil membaling kayu ke arah si tikus berupa anjing tersebut. Tepat terkena pada kakinya. "Aduh!!" Belum habis sakit tersebut dinikmati, batu dan kayu baseball sudah menghala ke arahnya. Kayu baseball sempat dielak, tetapi batu tepat terkena mata.

Lintang pukang, terhencut hencut si tikus berupa anjing, yang kini tempang dan buta lari menyelamatkan diri. Barulah dia kenal bahawa makhluk tadi ialah manusia. Kanak kanak nakal yang bermain di taman. Hancur. Hidupnya hancur dan tidak bahagia sekali lagi. Maka, apa yang dibuat? Ha.. Tak logik la kalau tak dapat teka, mestilah pergi jumpa ahli silap mata sekali lagi.

"Akoo dah tak nak jadi anjing. Akoo nak jadi manusia pulak. Kalau akoo jadi manusia, akoo tentu akan bahagia. Wahai ahli silap mata, jadikan akoo manusia"

"Hehe... Jikalau akoo ubahkan kau menjadi makhluk apa sekali pun, kau akan tetap tak berpuas hati. Kerana, walaupun rupamu telah akoo tukarkan menjadi kucing, anjing, manusia atau apa2 makhluk sekalipun, namun kau tetap berHATI TIKUS!" balas ahli silap mata.

Si tikus hanya mampu tunduk. Akur dengan kata2 tersebut.

Cerita yang simple, tetapi cukup untuk memberikan pengajaran bahawa ramai yang menjadikan faktor luaran sebagai agen perubahan, tetapi sebenarnya, faktor yang paling penting ialah agen yang berada dalam diri kita sendiri: AKAL, HATI dan NAFSU.

p/s: terinspirasi dengan buku2 cerita kanak2 yang dibaca dengan tidak sengaja.

0 comments: