Recent Posts

Saturday, May 21, 2011

Buat Sang PenDIDIK


"Itulah orang kita. Ikut sangat telunjuk orang putih. Makan pun nak pakai sudu. Kenapa tak istinjak ngan sudu je?"

Pelik bunyinya... Tapi, itulah yang ajaran dan persoalan yang dilontarkan kepada akoo suatu ketika dahulu oleh seorang "guru", sehingga akoo menjadi diri akoo seperti akoo pada hari ini. Bahasa orang yang sudah berumur. Jangan dilihat pada luarannya sahaja. Perlu dilihat apa yang tersirat. Bukan "sudu" isu utamanya, tetapi menandakan betapa beliau mengkritik sikap orang yang mengikut budaya secara membuta tuli tanpa difikir baik buruknya. Daripada pemakanan, sehingga kepada pemakaian dan seterusnya pergaulan. Sehingga kini, akoo masih rapat dengan sosok ini.

Mendidik itu tidak semudah MENCETAK, kerana didikan itu "seni". Suatu didikan yang berkesan kepada seseorang, tidak semestinya akan turut berkesan buat seorang yang lain.

Kita sering dengar, antara cita-cita paling popular bagi mereka yang bergelar kanak-kanak adalah ingin menjadi seorang guru. Mana tidaknya, golongan ini antara golongan yang awal muncul dalam hidup kanak-kanak selepas ibu bapa, Ultraman, Kamen Riders dan Naruto. Dan, ini juga menandakan betapa besarnya peranan golongan ini dalam pembinaan nilai sesebuah tamadun.

Justeru, mendengar kes-kes keruntuhan akhlak khususnya buat mereka yang bakal bergelar guru cukup merunsingkan akoo. Kerana, golongan inilah yang bakal muncul dalam hidup generasi anak cucu akoo nanti. Jika perkara ini berterusan, maka tidak hairan masyarakat akan terus runtuh dan roboh. Maka, harapan akoo cukup tinggi kepada mereka yang bakal bergelar guru dan mempunyai nilai faham Islam.

Sedarlah wahai bakal guru sekalian, peranan anda bukan kecil, kerana andalah yang bakal mencorak generasi akan datang.

Bukanlah bermakna ingin lepas tangan dan menyerahkan segala tanggungjawab kepada golongan ini, tetapi ingin menyedarkan bahawa tugas mereka bukanlah ringan seperti yang disangka. Semuanya berbalik "atas dasar apa" tugas ini dipilih. Ada yang memilih tugas ini kerana punya cuti yang banyak. Ada yang memlilihnya kerana "nampak" senang, jika menjadi guru sekolah rendah, hanya perlu pandai menjerit dan berwatak garang(yeke?). Namun, bagi mereka yang punya nilai faham Islam, akoo harapkan punya dasar yang lebih "MEMBERI", dalam memilih kerjaya ini.

Namun, tidak mahu mengecilkan skop peranan ini kepada mereka yang bergelar guru secara formal. Realitinya, apa yang ada dalam kehidupan kita, adalah "guru", baik kepada kita atau kepada orang lain. Justeru, hakikatnya, setiap daripada kita adalah seorang GURU dan kita perlu memikul beban amanah untuk mendidik mereka yang ada di sekeliling kita.

Tok Ayah merupakan antara guru "awal" dalam hidupku. Menggunakan chess sebagai alat, namun dalam bermain chess, banyak perkara yang telah dipelajari.

Begitu juga Mok Cik La, guru mengaji akoo. Daripada tidak mengenal alif ba ta sehingga mampu menghabiskan satu Al-Quran. Mengubah persepsi akoo terhadap wanita.

Tidak lupa naqib semasa di Pusat Asasi, Abang Syed Faiz dengan kalimah favourite yang sangat terkesan buat akoo selama ini, "Ni semua DUNIA sahaja". Dan naqib yang mengajar erti ilmu dan pemikiran, tidak lain tidak bukan Ustaz Wanji Al Bakistani.

Terlalu banyak jika ingin ditulis nama satu persatu, cukuplah dengan kudoakan semua guru yang banyak membentuk akoo dipayungi rahmat Allah Taala.

Namun, akoo tidak mahu terlepas peluang daripada menyebut nama ini, kerana Dia sentiasa mengurniakan pengajaran kepada akoo dalam hidup ini dalam bentuk yang tidak disangka-sangka. Siapa lagi kalau bukan Dia. Allah Taala. Segala puji bagiMu ya Allah atas segala tunjuk ajar kamu kepada sehingga saat ini. Semoga Engkau tidak pernah jemu memberi tunjuk ajar kepada hambaMu yang hina ini.

Selamat Hari Guru!
(untuk cikgu2 kat SK Hamzah 1, STAR Ipoh, PLKN, PASUM, dan Fakulti Perubatan UM- tu pun kalau ada yang buka blog ni la.. hehehe..)

0 comments: