"Ana rasa nak scan satu badan rr... Nak check ada penyakit ke x. Camne kem?" kawanku menyoal semasa di atas motor dalam perjalanan ke kedai mamak.Kali ini, akoo belajar sesuatu lagi. REALITI. Ya, itulah perkataan yang paling sesuai untuk menggambarkannya.
"Hmm... Nak wat CT Scan la ni? Buleh je.. Cumanya, kalo la mende tu murah je, setiap kali nak cek orang ni ade penyakit ke x, doktor2 ni xpayah susah2, terus scan je. Tapi, masalahnya, menatang ni bukan murah beb... Ribu kalo xsilap ana." Akoo membalas.
Mungkin akoo boleh katakan begini: "Ramai orang yang mampu mengeluarkan idea yang IDEALISTIK, namun xramai yang mampu mengeluarkan idea yang REALISTIK". Idealistik ialah idea yang dikeluarkan tanpa mengambil kira faktor realiti sesuatu keadaan. Dan, kebanyakan idea yang idealistik ini, akan berakhir dengan pelbagai masalah dan mungkin akan menyebabkan matlamat tidak dapat dicapai.(wah... berat siot penulisan akoo kali ni.. Hahaha..)
Sebagai contoh, apabila anda belajar dalam bidang perubatan, anda akan belajar, kalau sakit camni, apa ubat dia, camne nak uruskan apa semua. Bila mana belajar itu semua, kita dapat rasakan satu perasaan, "hekeleh... senangnya nak rawat sumer penyakit ni". Namun, REALITInya, xsemudah itu beb! Kerana dalam realiti, kita perlu berdepan dengan faktor emosi pesakit, ekonomi pesakit, faktor pantang larang agama, dan sebagainya. Ideanya, jika sakit A, ubat dia adalah B, namun realitinya, akibat faktor2 sekeliling, ubat C perlu diberikan.(Bukan senang nak jadi doktor beb!)
Bagi akoo, inilah lemahnya manusia, atau mungkin lebih dikenali sebagai KULI Allah Taala. Memang manusia mampu mencipta macam2, pakai robot untuk buat pembedahan, pemindahan sumsum, cipta macam2 ubat baru yang sangat efektif untuk merawat penyakit, namun, tetap tidak mampu menyelesaikan masalah yang ada. Mungkin robot pembedah itu mampu menyelematkan nyawa mereka yang duit banyak, bagaimana pula mereka yang miskin? Andai anda kaya sekalipun, bukan mudah untuk mencari penderma sumsum tulang yang sesuai. Hahaha... Lemahnya... Tu pun ada hati nak lawan Allah Taala.
Jadi, bagaimana cara nak capai satu idea yang REALISTIK? Bagi akoo, realiti itu adalah fitrah. Dan, siapa yang lebih mengetahui fitrah manusia melainkan Pencipta manusia itu sendiri? Mungkin konklusi akoo ini seperti "playsafe". "Ko xnak pikir panjang, so, cakap pulangkan kepada Allah Taala." Tidak! Akoo xplaysafe. Apa yang ingin disampaikan ialah dalam mengeluarkan idea, dalam membuat keputusan, rujuklah pada "manual" yang telah diberiNya, insyaAllah idea itu adalah satu idea yang REALISTIK.
Sebab itulah akoo mengeluarkan kesimpulan, beramallah dengan Islam, nescaya anda akan sihat. Percayalah~
Lecturer akoo ada berkongsi satu cerita:~Jadi, tanpa bantuan ALAT MANUSIA pun, dia mampu mengenal pasti penyakit. Kenapa? Kerana dia punya ALAT kurniaan Allah Taala. Ilmu. Fikir2kanlah....
"Saya ada lecturer kat U lama saya dulu. Masa tu kami belajar pasal CVS(Sistem Kardiovaskular). Semua student masa tu semangat beli steteskop yang canggih2. Mahal... Maklumlah, bergaya sket jadi student medic kan. Hehehe.. Tapi, yang peliknya, lecturer saya ni, walaupun dah pakar, tapi hanya menggunakan steteskop lekeh, siap berbalut2 ngan salotape lagi, beliau mampu mengetahui penyakit jantung dengan sangat spesifik"
0 comments:
Post a Comment