Recent Posts

Saturday, February 6, 2010

Kuasa VS Pengaruh


Antara "mitos" yang ada pada kita adalah, "tanpa kuasa, kita tiada pengaruh". Itulah pengajaran yang akoo dapat daripada buku Magnet Diri karya Amin Idris.

Hmm... Ada benarnya. Sudah tentu ada bezanya orang yang berpengaruh dengan orang yang berkuasa. Orang yang hanya berKUASA, apabila hilang "kuasa"nya ataupun dalam luar bidang "kuasa"nya, sudah tentu tidak ada nilai. Namun, orang yang berpengaruh, walaupun tiada kuasa, masih lagi nampak taringnya.

Pernah berwacana dengan naqib dan seorang senior, tentang masyarakat yang "rasional". Kajian pernah dibuat dan membuktikan bahawa masyarakat pada masa kini memilih untuk "tidak terikat" kepada mana2 pihak hatta puak A atau puak B. Mereka lebih memilih kepada siapakah yang lebih rasional tidak kiralah engkau A, B atau C. Maka, untuk menjadi orang yang berpengaruh dalam masyarakat begini adalah dengan cara kita perlu menjadi "orang yang paling RASIONAL".

Kita boleh renungi sirah kembali, di mana pada zaman Nabi SAW, masyarakatnya terkenal dengan puisi dan syair. Maka, tatkala itu, senjata Nabi SAW lebih kepada bahasa, sesuai dengan masyarakat pada zaman itu. Justeru, andai kita berdepan dengan masyarakat yang mahukan rasional, apa sepatutnya tindakan kita?

Berbalik kepada soal kuasa dan pengaruh, SELALUnya... kuasa meminta orang untuk melakukan apa yang ingin dicapai. Pengaruh pula, orang lain sendiri yang ingin turut bersama mencapai apa yang ingin dicapai. Boleh dikatakan dalam bahasa mudahnya, kuasa ialah "akoo terpaksa buat benda ni sebab bos suruh". Pengaruh ialah "akoo nak ikut la apa yang dia ni buat, nampak cambest je.."

Fuh... amat mengubah pemikiran akoo. Kerana dulu, akoo berpegang kepada pemikiran, TANPA KUASA, kita xmampu berbuat apa2. Terima kasih buat Amin Idris, naqib dan senior. Namun, seperti biasa, teorinya memang mudah dikarang. Praktikalnya, mungkin bukan mudah dan bukan sukar untuk menjadi orang yang berpengaruh. Dalam Malaysia, Anwar Ibrahim dan Nik Abdul Aziz wajar dijadikan contoh sebagai orang yang berpengaruh.

Namun, adakah ini bermakna KUASA tidak perlu? Silap! Kuasa itu perlu. Namun, isu utama ialah tanpa kuasa bukan bermakna kita useless dan tidak berguna. Apa gunanya ada kuasa, namun, hanya sekadar memegang tampuk kekuasaan, tetapi tiada pengikut. Dan, alangkah baiknya jika kita mempunyai kuasa, mampu membuat keputusan untuk kepentingan Islam, dan pada masa yang sama, kita juga mempunyai pengikut yang ramai lagi taat kepada kita. Itulah namanya KUASA PENGARUH(gabungan kedua2nya).

Justeru, ayuh menjadi golongan yang mempunyai Kuasa Pengaruh! Bukan untuk kepentingan diri sendiri, tetapi untuk meletakkan kalimah Allah Taala di tempat yang sepatutnya di muka bumi ini. Takbir!!!

0 comments: