Recent Posts

Wednesday, February 11, 2009

::kita jauh ketinggalan...::


"Kami jadikan mati dan hidup di dunia itu untuk menguji siapa di antara kamu yang LEBIH BAIK AMALANNYA"
(al mulk:2)

Ayat inilah antara ayat yang sering dibaca setiap malam selepas isyak. Berfikir kembali.... Terasa sibuk sungguh kehidupan ini. Terasa macam nak lari dari kerja2 yang menimbun ni. Namun, bila mana melihat ada sahabat2 yang pukul 3 pagi baru pulang dari meeting, dalam keadaan yang sangat letih, namun masih bertenaga untuk bangun awal untuk solat subuh, dan meeting seterusnya pada pukul 9 pagi, mula bertanya pada diri sendiri, "Ko kata ko sibuk? Sibuk sangat ke ko?" Astaghfirullah..... Level manalah akoo di pandanganMu.

"Ada anak buah ana, baru 2 tahun lepas masuk Islam, sekarang dah masuk gereja balik" terang naqibku. Terkejut beruk juga bila mana mendengar berita tersebut. Kenapa jadi begitu? Pendakwah2 kita HANYA MAMPU MENGAJAK MASUK ISLAM SAHAJA? LEPAS MASUK? DAH XJAGA DAH? Itulah pemikiran yang bermain dalam otak.

Setelah diberi penerangan, naqibku menjelaskan bahawa budak tersebut berbuat demikian kerana ada masalah kewangan, tidak mampu untuk sambung belajar, kerana dia sudah 2 tahun hidup tanpa hala tuju. Kemudian, dalam masa dibelenggu masalah ini, pihak Kristian sudah menawarkan Kebajikan yang sangat tip top kepadanya. Sehinggakan dia kini merasakan bahawa Kristian itu jauh lebih baik dari Islam.


Geram sungguh bila mana mendengar soal ini. Saudara yang baru mengenal Islam jadi begini. Bukankah ada duit zakat untuk muaalaf? Selepas diberi penerangan, rupa2nya, masalahnya berpunca dari orang yang memegang kuasa. Sejauh manakah pengurusan zakat kita ini dapat menandingi kebajikan Kristian? Bagi akoo, kita memang jauh ketinggalan dari aspek kebajikan berbanding Kristian. Bukanlah bermakna akoo ingin mengagungkan Kristian, tetapi sebagai muhasabah untuk semua ummat Islam.

Kita berjaya memberikan imej Islam yang baik kepada mereka sebelum mereka Islam, tetapi kita tidak berjaya menunjukkan kesyumulan Islam selepas mereka memeluk Islam. Namun, akoo tidak mahu menyalahkan mana2 pihak, kerana akoo tidak berada di tempat mereka. Tapi, akoo mahu mengajak semua mengambil serius tentang soal ini.

Ayuhlah sahabat seaqidahku, akoo berada di fakulti perubatan ini, kadang2 sangat kagum dengan mereka yang bergelar Kristian ini. Kesungguhan mereka untuk menyampaikan dakyah mereka lebih hebat dari orang Islam. Xtahu apa yang menyebabkan mereka rasa begitu bersemangat. Ajak orang pergi Church, sebar borang masuk kristian kepada pesakit di hospital, bercakap tentang Kristian semasa presentation. Lihat! Mereka sangat berani!

Namun, kita masih lagi takut untuk bercakap soal Islam. Apatah lagi mengajak orang kepada Islam. Kita masih dibelenggu pemikiran bahawa kalau cakap pasal Islam dianggap pengganas, kita takut bila cakap pasal Islam, non muslim akan lari dari kita. Kita takut itu dan ini. Namun, pernahkah kita fikirkan, jika kita terus bersikap begini, Islam xkan menang pada zaman kita kerana KEBACULAN kita.


Jika orang Kristian berani menyebarkan agamanya, dan mereka sangat menjaga kebajikan orang yang masuk ke dalam agamanya, apatah lagi kita UMMAT ISLAM. Buktikan bahawa kita juga berani menyebarkan agama kita yang satu2nya agama di sisi Allah ini dan juga mampu membuktikan bahawa Islam sangat mementingkan kebajikan umatnya.

Jika tidak, kita yang tertinggal di belakang ini, akan terus jauh ketinggalan..............................

1 comments:

syaheeda.blogspot.com said...

alamak!!knapa wajahnye n namanya persis ana..=)