Recent Posts

Friday, March 27, 2009

Bourne... akoo terkesima!!!



Suasana politik Malaysia agak menarik kebelakangan ini. Dengan Pilihan Raya Kecil di Bukit Selambau dan Bukit Gantang. Ditambah pula dengan Perhimpunan Agong UMNO yang banyak yang tidak menjangkakan orang2 ini yang akan naik. Sempat akoo berbincang dengan sahabatku tentang politik bersama sahabatku dari fakulti ekonomi dan pentadbiran. Wah.. Sungguh menarik, namun, ada sesuatu yang membahayakan Islam di situ. Di mana, mereka yang mahu bincang pasal politik mesti bersifat "tak terlibat" dengan mana2 pihak, akoo bebas dari fikiran UMNO, PAS, Melayu, Cina, India bahkan bebas dari pemikiran Islam! Fuh... bahaya tu.. Jadi, akoo nasihatkan keapda sahabatku, "Ana nampak perjuangan enta, macam mana nak pastikan, orang yang belajar politik ni, xfikir logik je, tapi mesti diselitkan dengan Islam." Beliau hanya membalas dengan senyuman. Semoga berjaya!!


Cuma, akoo ingin berkongsi tentang satu filem yang dilayan semasa bosan kawan2 semua dah balik bercuti, tinggallah akoo 2 3 orang kat kolej. Satu filem orang putih yang bagiku sangat kritikal dan mantap jalan ceritanya bagi mereka yang berfikiran strategis. Namanya: Bourne dan ada 3 siri Bourne Identity, Bourne Supremacy dan Bourne Ultimatum. (weh.. ko tengok cite orang yang menghancurkan Islam? Isy3.. teruk siot..) rilex rrr beb, orang muda wat cara orang muda... hehe...

Cerita ini mengisahkan bagaimana seorang pembunuh upahan, James Bourne yang hebat dari Amerika ingin mencari identitinya yang sebenar setelah ditembak apabila selesai menghabiskan tugasnya. Akibat ditembak dan hilang ingatan, Bourne terpaksa mecari identiti dirinya yang sebenar secara sedikit demi sedikit klu yang dia dapat. Bagi mereka yang strategis, pasti akan kagum dengan gerak kerja Bourne, yang mana, duduk di mana2 dapat membaca situasi keadaan. Contoh, bila berada dalam restoran, ada berapa orang dalam restoran ni, berapa orang yang pakai spek, kalau kena ambush, kena ikut jalan mana yang paling selamat. Memang mantap! Alangkah seronoknya jika orang yang bergerak kerja dalam Islam ini, mampu bekerja seperti itu. Itu yang akoo impikan apabila melihat cerita tersebut.

Selain itu, cerita ini juga mengajarku tentang perancangan mereka yang melakukan kerosakan di muka bumi ini sangat hebat. Dalam kes ini, Bourne hanyalah alat bagi mereka, dalam masa Bourne dalam usaha mencari identitinya, golongan ini cuba membunuhnya agar rahsia jahat mereka tidak terbongkar. Mereka sanggup buat apa sahaja bagi memastikan rahsia mereka tidak terbongkar walaupun sanggup membunuh orang dalam kelompok mereka sendiri, atau kita panggil KAMBING HITAM! Akoo membayangkan kebijakan puak2 Zionis dalam merencana strategi mereka untuk menghancurkan Islam. Sangat hebat dan kritikal. Musuh2 Islam sangat hebat dalam merencana propaganda untuk menghancukan Islam, dan mereka sanggup buat apa sahaja untuk menghancurkan Islam. Namun, kita masih lagi slow dan lembab dalam menghadapi mereka.

Maka benarlah kata2 Saidina Ali R.A.
"Sesungguhnya perbuatan jahat yang terancang itu mampu mengalahkan perbuatan baik yang tidak terancang/serabut"


Namun, cerita ini juga mengajarku, walaupun sehebat mana pun rancangan jahat mereka, perbuatan jahat ini tak kan kekal lama dan akan menghancurkan mereka sendiri. Golongan jahat ini akhirnya berjaya dibocorkan rahsia mereka oleh perancangan yang hebat dari Bourne dan beberapa orang yang inginkan kebenaran. Fahamnya apa? Dalam menegakkan kebenaran ini, kita xmampu menegakkannya seorang diri, walaupun sehebat mana pon kita, kita memerlukan ketumbukan yang mana mereka juga turut kritikal seperti kita. Bila mana kita berjaya mengumpulkan ketumbukan tersebut, dengan pengharapan 100% kepada Allah iaitu sebaik2 perancang, kita mampu mengalahkan musuh Islam.

Kesimpulannya, ayuh ummat Islam! Tugas kita masih banyak. Saat kita sedang membaca artikel ini, musuh2 Islam sedang berbincang strategi yang dahsyat lagi kejam untuk menghancurkan kita. Dahsyatnya strategi mereka sehingga kita tidak sedar kita SEDANG DISERANG!! Jadi, Islam memerlukan pemikiran2 yang kritikal dan strategis ditambah dengan pergantungan kepada Allah Taala, bagi tertegaknya kalimah Allah di muka bumi. Jadi, siapa lagi yang nak menjadi golongan tersebut jika tidak bermula dengan KITA!! Takbir~

0 comments: