Recent Posts

Saturday, March 21, 2009

::bukan SEKADAR untuk diagung2kan::



Cerita 1:
"Canggih la solat ni! Ada orang pernah kaji, kalau kita solat jemaah, ada elektron2 yang akan bertukar apabila kita bersentuhan dengan orang sebelah kita. Dan ini membekalkan tenaga pada kita. Jadi, solat jemaah baik untuk kesihatan," ujar Mat.

Bila masuk waktu solat fardhu....

"Mat, jom rr gi surau, orang dah azan asar dah tu." ajak kawan Mat

"Jap, akoo tengah layan main game DOTA ni. Jap lagi akoo gi rrr." balas Mat.

Cerita 2:

"Dahsyat gila kata2 Nabi SAW ni ek. Macam hadis makan apabila lapar dan berhenti sebelum kenyang. Orang dok cari2 formula camna nak sihat sekarang ni. Last2 sekali, diorang terpaksa terima cara Islam yakni manual yang Allah, engineer manusia berikan kepada manusia." cakap seorang mamat yang sedang berada di KEDAI MAKAN.

"Nak makan apa?" datang tukang order.

"Nasi putih 2 pinggan, tomyam seafoof, telur bungkus, burger daging special seketul ek. Pastu, cam biasa, epal susu GELAS BESAR! Hehe.." sebut mamat tu.

"Weh, ko bukan dah makan malam tadi? Cam nak melantak je akoo nampak gaya ordernya." usik kawannya.

"Untuk tenaga beb. Nak study lepas ni.. Hehe..."

Ni adalah cerita realiti yang ditokok tambah sedikit nak bagi elakkan sesiapa yang membaca daripada terasa. Hehe.. Xkisah la menda tu, yang penting, ada sesuatu yang ingin akoo sampaikan melalui 2 cerita pendek di atas.


Firman Allah Taala:
"Wahai ORANG BERIMAN, kenapa kamu katakan apa yang tidak kamu lakukan. Sesungguhnya BESAR kemurkaan di sisi Allah jika kamu bercakap apa yang kamu tak buat." (As-sof:2-3)

Akoo amat terkesan dengan ungkapan dalam buku Telaga Budi iaitu himpunan kata2 Nik Aziz. Dalam buku tersebut, ada diulas tentang ramai yang mengkaji tentang Islam, tetapi hanya SEKADAR untuk diagung2kan. Tergerak hati akoo bila mana membaca ulasan tersebut. Seperti kena ke atas muka sendiri, yang dalam usaha mengkaji sunnah dan mukjizat Al Quran dalam bidang Perubatan.

Sebab itu kita melihat, ramai yang mengkaji Al Quran, mengkaji kaitan sains dengan Al Quran, mengkaji tentang tamadun Islam yang begitu hebat pada suatu ketika dahulu, mengkaji tentang peribadi Rasulullah... namun..... Semuanya hanya sekadar untuk pengetahuan dan mungkin ada di kalangan mereka yang hanya ingin berbangga dengan pengetahuan yang mereka ada.(Na'uzubillah...) "Fuh.. akoo dapat relatekan antara Quran dengan sains tu!!" detik sang durjana dalam dada.

Namun, bukanlah niat akoo untuk menghalang usaha tersebut. Ini adalah suatu muhasabah buat diriku yang mungkin tergolong dalam golongan tersebut. Kerana yang penting, bukan berapa banyak kita tahu keindahan Islam, tetapi apa usaha kita untuk mengamalkan dan membuatkan orang sekeliling kita mengamalkan Islam sepenuhnya. Mungkin dengan kita ceritakan keindahan Islam, non muslim akan tertarik dengan Islam. Mungkin dengan kita keluarkan fakta Sains tentang kemudaratan tidak menutup aurat, orang akan mula menutup aurat.

Dan, sepatutnya, itulah semangat yang perlu ada dalam diri pengkaji2 Islam. Bukan sekadar untuk diagung2kan, tetapi, untuk DIAMALKAN!!

0 comments: