Recent Posts

Monday, March 30, 2009

Cukurlah.......



Artikel ini akoo tulis memandangkan sudah agak lama tidak membincangkan soal perubatan dalam Islam. Artikel ini merupakan sambungan bagi artikel Islam itu agama FITRAH!

Fitrah yang ke 2: Mencukur bulu kemaluan.

Bila mana membincangkan soal ini, ramai yang agak segan dan mungkin ada yang akan mengatakan akoo ini sedikit lucah. Jadi, macam biasa, lagi kontrovesi, lagi akoo suka. Hehe...

Sebelum kita pergi lebih dalam membincangkan isu ini, akoo cabar sahabat2 untuk memikirkan agama selain Islam yang mengajar penganutnya untuk mencukur bulu kemaluan ini. Buddha? Hindu? Kristian? Ada? Jika tidak ada, atau sudah habis otak diperah, sudah habis buku2 dikaji, masih tidak dapat menjumpai, maka yakinlah dengan Islam. Yang mana ia bukan hanya satu AGAMA, tetapi ia adalah DIN(Cara hidup) atau manual macam mana manusia sebagai hamba Allah ini nak hidup di atas bumi ciptaanNya.

Seperti mana yang kita telah sedia maklum, bulu kemaluan ini terletak di tempat yang sangat mudah terdedah kepada kotoran iaitu tempat keluarnya najis. Tambahan pula, ia boleh dikatakan tempat yang jarang diAMBIL BERAT oleh manusia kerana ia terletak pada tempat yang sentiasa ditutup melainkan orang tu memang tak berpakaian. Bahkan, orang asli sendiri pun menutup tempat tersebut. Fahamnya apa? Tempat itu memang tempat yang sesuai untuk pembiakan bakteria, virus, dan mungkin segelintir parasite.


Kedudukan bulu ini berdekatan dengan kemaluan menambahkan risiko penyakit kepada manusia. Kemaluan kita mungkin akan dijangkiti penyakit. Bahkan penyakit ini mampu merebak ke salur kencing(urinary tract infection) dan yang lebih teruk lagi mungkin boleh merebak ke GINJAL kita. Dan, untuk pengetahuan, nampak sahaja penyakit ini macam remeh, tetapi pernah dikeluarkan oleh pensyarahku, antara sakit yang paling sakit selepas bersalin ialah penyakit salur kencing ini. Bayangkan kesukaran anda untuk membuang air kecil. Sakit tu!!

Sebab itulah Allah Taala turunkan Islam sebagai jalan penyelesaiannya. Kita diajar untuk mencukur bahagian tersebut dan ada yang menyebut jangan menyimpannya melebihi 40 hari. Jadi, orang yang benar2 mengamalkan Islam ini sepatutnya merupakan seorang yang pembersih kerana dia akan membersihkan bahagian tersebut pada jangka masa yang tertentu.

"Kebersihan itu adalah sebahagian daripada iman"

Menarik kan? Islam(manual Allah Taala untuk hambaNya), meliputi sebesar2 perkara kepada sekecil2 perkara. Jadi, akoo termenung juga bila mana naqibku mengeluarkan kata2, "patutnya kita rasa pelik bila mana orang belajar Sains ini, tidak percaya kepada Allah Taala." Mendalam sungguh ayat ni. Benar sekali. Sepatutnya, lagi orang mendalami ciptaan Allah ini, semakin dia akan menjumpai kebesaran Allah Taala. Dan hal inilah yang berlaku kepada Albert Einstein yang merupakan seorang aethist, di mana akhirnya beliau pada akhir hayatnya terpaksa mengakui kewujudan SATU KUASA yang mentadbir alam ini. Namun, fikiran yang LOGIK semata2 beliau tidak dapat menerima, KUASA itu telah menurunkan Islam.

Percayalah.........
"Anda SIHAT dengan ISLAM!!"

0 comments: