Recent Posts

Wednesday, April 1, 2009

Ambillah KRITIKAN sebagai MUHASABAH!


"Akoo rasa ada sesuatu yang xkena ngan kita. Dulu kita cakap, bila mana kita menang pilihanraya kita akan sebar dakwah. Tapi, sekarang ni, apa pon xnampak. Akoo nampak, kita lebih tertumpu kepada MENDAPATKAN KUASA. Tapi, kuasa itu tidak digunakan untuk tujuan ASAL kita. Sebab, bila mana kita menang, kita masih lagi bermusuh dengan orang yang BUKAN KITA walhal, sepatutnya, kita memandang mereka sebagai mad'u. Kan lagi bagus kalau kita wat camtu, last2, diorang yang berada kat pihak lain pun, akan nampak yang benar itu adalah kita"

"Hekeleh ko ni... Cakap je lebat. Ko ada ke kat medan sebenar? Sepatutnya, ko bukan cakap saja, tapi cakap dan bertindak. Kalo la orang cam ko ni dah bertindak, xjadi masalah ni."

Hmmpphh... Mengeluh akoo seketika sambil termenung panjang bila mana memikirkan masalah ummah dan penyakit yang menjadi barah bagi golongan yang kononnya memperjuangkan Islam. Akoo sempat berkunjung ke Malam Akustika FESENI UM kali ni. Walaupun dikenakan bayaran masuk, namun, masih ramai yang mengunjungi majlis tersebut. Akoo tidak mahu mengatakan majlis itu SALAH, walaupun ada unsur maksiat, tetapi akoo belajar sesuatu daripada majlis tersebut.(mungkin ramai yang tidak setuju denganku)

Bagi akoo, bagi mereka yang asyik menghebahkan bahawa majlis ini salah kerana ia majlis maksiat, namun, tidak ada usaha untuk memadamkan unsur maksiat tersebut, sebenarnya majlis itu tidak salah, tapi orang yang bercakap itu salah. Salah kerana apa? Kerana pemikiran masih lagi pada takuk lama.

"Akoo orang baik, akoo xbleh join majlis2 macam ni. Rosak akoo nanti. JADI MACAM BUDAK2 YANG JOIN MAJLIS NI LAH... Alhamdulillah.. Allah pelihara akoo dari tergolong dalam golongan macam ni"... inilah pemikiran lama itu. Dan, sebenarnya pada pendapat akoo, seperti ada musuh Islam yang menanamkan pemikiran ini. Menyebabkan kita tiada inisiatif untuk MENGUBAH majlis ini kepada majlis yang berlandaskan Al Quran dan Sunnah. Kebanyakannya hanya akan befikir, MUSTAHIL... Namapun majlis maksiat, nak ubah macam mana?

Bila mana pemikiran ini ditanam dalam kepala, kita akan merasakan bahawa KITA SAHAJA YANG BENAR, ORANG YANG BUKAN KITA semuanya salah. Jadi, timbullah budaya tidak boleh menerima kritikan. Apabila orang mengkritik, kita akan mula melenting. Walhal, sebenarnya kritikan itu sangat baik untuk diri kita jika kita terima dengan baik. Lihatlah bagaimana khalifah Umar Al Khattab memimpin. Apa rahsia hebatnya KEPIMPINANnya sehingga hari ini orang masih mengagumi kepimpinan beliau? Jawapannya adalah sedia menerima kritikan. Kalau aku xbetul, tegur akoo!! Bukannya pemikiran, JANGAN TEGUR PEMIMPIN, nanti JATUH MARTABAT DAN KEPERCAYAAN RAKYAT kat dia.

Mungkin ada yang mengatakan orang yang mengkritik ni bukan tahu kedudukan sebenar orang yang dikritik. Kalau dia duduk di tempat orang yang dikritik pun, dia akan buat benda yang sama. Ya, akoo setuju dengan statement ini. Cumanya, dalam mengkritik, kita bukan hendak mencari salah, tetapi kita cuba nak membetulkan kesilapan yang mana orang lain tidak nampak kesilapan tersebut. Jika ada yang pengkritik ini terlepas pandang, explain sahaja kepadanya. Dan pengkritik yang baik ialah apabila ditegur tentang apa yang dia terlepas pandang, dia akan menerima. Cuma, apa yang akoo ingin tekankan di sini ialah, sikap kita sekarang ialah TIDAK DAPAT MENERIMA KRITIKAN langsung!! Menerima kritikan seperti dihina! Itulah pemikiran kita!

Ayuhlah ummah Islam! Ubah cara pemikiran kita yang telah berjaya diPENJARA oleh musuh2 kita. Akoo termenung seketika bila mana naqibku mengatakan, "kalau ana, ana wat majlis2 macam ni. Tapi, kita buat bagi kena dengan Islam rr. Kita try buang unsur yang bertentangan dengan Islam." Fuh.. setelah mendengar kata2 ini, akoo pun tersedar, yang pemikiran akoo juga masih dalam PENJARA. Masih lagi berfikir majlis ini xrelevan untuk dibuat, tetapi tidak memikirkan MAJLIS INI BOLEH DIBUAT, TETAPI KENA UBAH IKUT AL QURAN DAN SUNNAH!!

Mungkin ada yang tidak setuju dengan tulisanku, namun, xsetuju itulah yang akoo mahu. Bila mana tidak bersetuju, kritikan akan dikeluarkan. Dan, daripada kritikan itu, akan dapat akoo bermuhasabah. Itu lebih baik daripada pujian yang sebenarnya hanya milik Dia!!

2 comments:

fahmi_._ said...

Salam

Beruzlah atau hanya duduk di kalangan 'org2 baik' bg aku tak relevan pada zaman kemunduran pemikiran umat Islam. Klau nak beruzlah buat sementara waktu mcm Rasulullah s.a.w. beruzlah di Gua Hira` takpa, then Baginda turun menghadapi masyarakat Jahiliyah kafir Quraish.

Bak kata uztaz Mohamad: "Badan dekat dgn manusia, Hati rindu pd ALLAH s.w.t". Maksud ustaz, walaupun kita 'masuk' dgn kwn2/masyarakat yg kurang mengamalkan Islam sbg cara hidup, tp hati kita sbg pada daie` tetap dekat dgn Sang Pencipta....

Kritikan ada yg membina & ada yg memusnahkan. Ambillah mana yg baik.

~Hari ini mesti lebih baik dari semalam~

Asy-syahid(to-be) Dr Hakem Al-Bonoti said...

ni Fahmi mana ek?
Menarik komen ni.. Pendapat akoo, uzlah RELEVAN, tapi, seperti pendapat ko, jangan lama! Setiap sirah Rasulullah ada pengajarannya. Jadi, ada sebab kenapa Rasulullah beruzlah.

Kritikan membina, kita ambil untuk bina diri kita. Kritikan memusnah, jadikanlah sebagai ujian untuk kita, untuk mengelakkan diri kita dari musnah!!