Recent Posts

Monday, April 27, 2009

Kesenangan itu LEBIH SUSAH daripada kesusahan


"woi, JPA baru masuk, jom enjoy.... akoo nak beli I-Phone rrr"

Kembali menekan keyboard laptop ni. Sengaja beruzlah daripada menulis seketika, takut2 diri berjaya dikuasai oleh si laknatullah.

Mind set manusia. Benda yang selalu dibuat dianggap normal dan betul. Yang jarang orang buat, benda yang baru, sukar diterima. Itulah yang berjaya dilakukan oleh musuh Islam. Berjaya menjadikan orang Islam merasakan bahawa situasi sekarang adalah BIASA. Islam tidak ditindas. Tidak ada apa2 berlaku pada Islam. Kita mampu solat di surau, xde orang nak ganggu. Negara kita aman, yang dok berperang tu, sebab diorang sama2 diorang bergaduh. Jadi, itu salah mereka. Itu biasa, itu biasa.


Sebenarnya, Allah Taala sedang menguji ummat Islam. Dan sememangnya Allah jadikan mati dan hidup ini adalah untuk menguji sebagai ujian kepada manusia, nak tahu siapa yang lebih baik amalannya. Cumanya, adakah kita sedar kita sedang diuji? Bagi yang belum sedar, ayuh kita tampar sedikit pipi kita untuk menyedarkan hal ini....

Ya, kita sedang diuji. Istilah ujian perlu diteliti secara mendalam. Istilah ujian yang BIASA: Ujian itu mesti dugaan, dan kesusahan. Dan, bagi diri seorang mahasiswa atau pelajar, ujian ini amat sinonim dengan exam. Jadi, itulah sebabnya ujian adalah waktu dan masa pergantungan mereka yang tinggi kepada Allah Taala kerana sedang menghadapi detik yang sukar dalam kehidupan. Istilah ujian yang TIDAK BIASA: Setiap detik dalam kehidupan adalah ujian. Kita mendapat keputusan yang baik adalah ujian, kita mendapat result yang hampeh pun ujian, kita dapat isteri yang solehah adalah ujian, kita mendapat isteri yang "huha2" pun ujian.(apsal tiba2 keluar bab ni? Ada sebab tu.. Hehe..), kita accident pun ujian, kita selamat daripada accident pun adalah ujian.

Jika istilah ujian itu ditafsir demikian, baru semua akan tersedar, bahawa ujian kesenangan itu sebenarnya lebih susah daripada ujian kesusahan. Bahkan, jika kita analogikan dengan exam, kebanyakan orang fail dalam "paper SENANG". Rasanya, tidak perlu diterangkan dengan lebih detail kerana semua sedar akan perkara ini. Lihat sahaja bila diuji dengan ujian keSENGKETan, ramai yang memohon pertolongan Allah, berharap agar dibantu menghadapi ujian tersebut, namun, bila diuji dengan keKAYAan, berapa kerat yang bersyukur dan berharap kepadaNya agar kekayaannya itu digunakan pada jalan yang sebaiknya?

Malaysia. Negara yang diuji dengan keamanan, jarang berlaku bencana alam. Namun, dengan ujian ini, ummat Islam mula lesu, bahkan, maksiat berleluasa, "buat apa nak kisah pasal Palestin, Malaysia dah aman, baik akoo jaga Malaysia je", itulah pemikiran yang dipacak.

Sedarlah. Ramai yang mampu menghadapi ujian kesusahan, namun ramai yang terkandas bila diberi kesenangan. Jadi, memang relevanlah tindakan Allah Taala menahan kemenangan Islam pada masa kini, kerana ummat Islam masih lagi leka dengan kesenangan. Jika diberi kemenangan, sudah tentu mereka tidak mampu menghadapi ujian tersebut. Jadi, cukuplah diberikan kesusahan sebagai ujian.

Ayuh ummat Islam. Kita patut maju ke depan. Buktikan yang kita mampu menghadapi ujian KESENANGAN ini, nescaya kemenangan milik Islam!!!

"Sabar itu ada dua. Satu, sabar dalam menghadapi musibah. Dua, sabar dalam menahan diri untuk melakukan kemungkaran. Sabar kedua itu sudah tentu lebih sukar"
~Saidina Umar~

0 comments: