Recent Posts

Tuesday, April 14, 2009

Si kecil itu bakal menjadi seorang yang hebat!!


"Bang, kalo buleh nanti saya nak masuk USIM, sebab saya dengar, sana bagus. Walaupun belajar sains, tapi Islam ni tetap jaga. Kalo boleh, nanti saya nak jadi orang yang bersyarah macam yang abang cerita tadi, camne hujan dalam persepsi aqidah.. Kiranya saya orang yang akan mengaitkan sains dan Islam" terang Afnan bersemangat.

"Bang, saya pulak, kalo boleh, nanti nak jadi engineer. Engineer Islam! Tapi, saya ada matlamat nak ubah sistem pendidikan kat Malaysia ni. Belajar Sains, sains je, tak ada masuk unsur Islam langsung." terang Syazwan pula dengan gaya pemimpinnya.

"Saya minat kira2 la bang. Saya jadi akauntan kot nanti. Dan saya akan tegakkan ekonomi cara Islam." terang Afiq,(akoo lupa nama, tapi rasanya Afiq la kot.. hehe) agak keletihan kerana penat berkawad petang sebelumnya.

Kagum! Sangat kagum bila mana akoo berjumpa dengan adik2 yang baru sahaja form 3 ini semasa menjadi fasi di Maahad Hamidiah Kajang. Sangat suasananya dengan akoo, yang mana dulunya berada di sekolah, dalam bahasa kasarnya, "sekolah sekular". Dan, akoo kagum dengan mereka kerana membayangkan keadaan diri semasa Form 3. Adakah akoo berfikiran begini? Rasanya pada masa itu, diri masih lagi "jambu"(hehe..), tidak pernah memikirkan cita2 sebesar ini, akoo kenal Islam, tapi yang kukenal Islam itu adalah solat, baca quran, ceramah, usrah dan surau. Itulah Islam yang kukenal dahulu. Orang yang Islamik adalah mereka yang baik, skema dan selalu turun surau.

Bila mana akoo mendengar fikiran adik2 ini, akoo membayangkan mereka bakal menjadi seorang yang hebat jika dididik dengan sebaiknya.

Afnan..... akoo membayangkan lahirnya manusia seperti Harun Yahya, Zaghlul An Najjar dan Zakir Naik, bahkan mungkin lebih hebat dari mereka. Malaysia masih tiada jasad seperti mereka. Pemikiran sangat kritikal!



"Wan, abang nampak wan boleh jadi pemimpin!", kataku kepada Syazwan di akhir pertemuan kami. Syazwan hanya membalas dengan senyuman.

"Bagus Afiq, tegakkan ekonomi Islam. Sekarang ni, riba' banyak sangat. Mungkin Afiq boleh contohi Kelantan, sekarang ni, diorang dah cuba kenalkan sistem dinar emas. Dan, sebenarnya kalo adik2 nak tahu, duit yang kita pakai ni, RIBA'. Jadi, abang support afiq kalo nak jadi pakar ekonomi sebab ada orang yang nak tegakkan ekonomi Islam." pesanku buat Afiq, dan nampaknya dia sangat berminat walaupun keletihan. Inilah Husam Musa 2nd Generation. Hehehe..


Ya.. akoo nantikan saat munculnya golongan ini. Ya Allah, Kau bimbinglah mereka!!

Namun, akoo turut berpesan kepada mereka, "Tadi abang nampak ramai yang escape program ni. Pegi balik bilik ek. Ha... Sebenarnya, kalo buleh, kita jangan dengan kelompok kita je, ramai lagi kawan2 kita yang xfaham macam mana kita faham. Jadi, patutnya, golongan ni yang patut kita rapat. Abang kalo buleh, nak gi jumpa, sembang ngan diorang, baru menarik!!."

Semua ternganga...

"Kadang2, orang yang nak bawak Islam ni, rasa diri mereka MALAIKAT dan orang lain yang xbersama mereka, KOTOR, JIJIK dan NERAKA. Tu xbetol. Siapa tahu, lepas ni, kita jadi cam diorang sekarang, diorang lagi hebat berdakwah dari kita pada masa akan datang. Ni adik2 baru duduk kat MAAHAD, belum tengok dunia lagi. Berapa ramai orang yang pegi disco? Berapa ramai yang slumber rock je minum arak? Itu cabaran kita yang sebenar. Dan, golongan inilah yang bakal menentang Islam, jika Islam memerintah."

Ada yang mula mengerutkan dahi. Namun, akoo tinggalkan mereka dengan keadaan begitu. Semoga pemikiran mereka bercambah. Nantikan kemunculan mereka!!!

0 comments: