Sabda Nabi SAW:
"Lima hal yang termasuk dalam fitrah:- berkhatan, cukur bulu kemaluan, cabut bulu ketiak, memotong kuku dan memotong kumis" HR Bukhari
Kebelakangan ini, akoo banyak mendapat ilmu tentang cantiknya Islam, din ciptaan Allah Taala. Bijaknya Allah Taala sebagai engineer manusia menyediakan manual untuk manusia ikut untuk kebaikan manusia sendiri. Bagiku, hadis di atas cukup jelas bagi kita ummat Islam. Perkara tersebut sepatutnya sudah sebati dalam hidup kita.
Keyakinanku bertambah apabila menceburi dalam bidang perubatan. Khatan! Agama mana yang menyeru menganutnya untuk berkhatan selain Islam? Ada, di Afrika, tetapi itu bukan berkhatan namanya. Di sana, mereka berpegang untuk menjahit terus kemaluan anak perempuan mereka, SANGAT MENYAKITKAN. Dan Islam sekali2 melarang perbuatan tersebut. Islam mengajar kita supaya berkhatan, dan jangan berlebih2an.
Cantiknya kata2 Nabi SAW yang mendapat wahyu dari Allah Taala ini, rupa2nya berkhatan itu sangat baik untuk manusia. Dengan berkhatan, kita dapat mengurangkan risiko untuk mendapat beberapa penyakit khususnya Sexual Transmitted Disease(STD) seperti Gonorrhea, syphillis, etc. Sampaikan sekarang, Barat pun sudah mula menyarankan rakyat mereka supaya berkhatan. Dan rakan2 non muslim di fakultiku juga ada yang sudah berkhatan dan mengakui bahawa berkhatan itu baik untuk kesihatan.
Namun, di peringkat diriku mula berfikir, pada zaman Rasulullah SAW dulu, baginda tidak pun mengeluarkan logik2 dan fakta sains sebegini. Namun, sahabat2 sangat yakin terhadap setiap kata2 yang dikeluarkan dari mulut baginda. Kerana mereka yakin Nabi SAW itu utusan Allah. Namun, kita kini, kalau boleh, bukan kita yang nak ikut Islam, tapi seperti nak Islam yang ikut kita. Kalau ada fakta2 sains yang membuktikan bahawa benda itu baik, baru nak ikut. Itulah kita! Jauh sungguh iman kita berbanding sahabat2 Nabi SAW dulu.
Apatah lagi nak dibandingkan dengan iman Abu Bakar yang mana orang yang mula2 percaya Nabi mengalami peristiwa Isra' Mikraj. Astaghfirullah... Nipisnya iman akoo....
Untuk kebaikan dari segi mencabut bulu kemaluan dan sebagainya akan disambung dalam artikel seterusnya. Namun, jika tidak berkesempatan, jika akoo tidak mengeluarkan fakta2 tersebut pun, percayalah, Islam itu dari Allah Taala. Ia adalah agama fitrah manusia. Tidak ada satu pun dalam Islam yang memudaratkan manusia. Jika ada, tulun bagitahu akoo, akoo akan buktikan bahawa anda salah! Jadi, sekali lagi, "beramalllah dengan Islam, nescaya kamu akan sihat".

0 comments:
Post a Comment