Recent Posts

Tuesday, March 24, 2009

::kita SAMA, kita perlu elak BEZA::


"Weh.. bak rrr gelas ni. Akoo nak minum dulu." jerit adik...
"La.. reti sabar x. Akoo pon nak minum gak." balas angah dengan kereknya..
"Weh, akoo dahaga gila ni. Bagi rr akoo minum dulu." Si adik xnak ngalah..
"Siot betol la ko ni. Nak makan penyepak akoo?" angah membalas....
"Ah!! Lemak betol, orang nak mintak minum dulu je kot, sampai kuar penyepak ni, ni dah lebih ni!" si adik pulak yang bengang....

"Ha! Pesal ni beb? Lek2 rrr... pasal minum pon nak gaduh ke? Dua2 nak minum kan?" Datang la hero cerita ni. Abang!! Haha...
"Ha'ah. Tapi, adik nak minum dulu" jawab adik...
"Ah!! Xyah nak ngada. APsal ko minum dulu plak?!!" angah melenting....
"Ok! Dah2. Ok, sekarang ni, Adik gi amik straw 2 ketul kat dapur." Arah abang dengan coolnya....

Adik pergi ke dapur dengan gaya malas. Angah menunggu dengan rilex. Pastu si abang memasukkan straw dalam gelas tersebut.

"Ok.. sekarang kan sama2 dapat minum. Xyah gaduh2 dah. Lagi rapat tu. Boleh laga2 hidung lagi. Hehe..."
Angah dan adik tersenyum mesra memandang masing2 menghirup air yang ada. Si abang pula tersenyum bangga sebagai hero cerita ni. Hehe..

Tiba2~

"Ah!!!... mana boleh.. ko minum banyak!!" adik menjerit...

Haha...

Akoo teringat kata2 naqibku semasa kami berusrah dalam kereta dalam perjalanan balik ke Kelantan, katanya, "Bapa Natsir pernah bagi nasihat pada Anwar Ibrahim, nak selesaikan masalah di Malaysia ni, kau kena cari jalan selesaikan masalah penduduk yang berbilang kaum."
Di situlah kita dapat melihat bagaimana Anwar Ibrahim ini, walaupun dalam ceramah atau ucapannya selalu mengeluarkan ayat2 Al Quran, namun cuba lihat pengikut dibelakangnya. India pun suka padanya, Cina pun suka padanya, tapi Melayu ni ada problem sikit, namun masih ramai yang suka dengan perwatakannya.

Kita lihat pula contoh seorang tokoh yang sangat akoo kagumi. Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz. Pergi mana2, mulutnya tak boleh lari dari bercakap soal Islam. Cakap pasal ni, Islam cakap lagu ni, cakap pasal tu, Islam cakap lagu tu. Namun, beliau mampu berkawan dengan non muslim. Ramai kenalan non muslim yang sangat rapat dengannya. Bahkan beliau pernah berjumpa dengan tok2 sami di Kelantan.

Antara kata2 tok guru yang boleh diambil iktibar:~
"Bangsa2 ni ketentuan Allah. Kita xleh pilih nak jadi bangsa apa. Lahir2 dah jadi bangsa Melayu. Kalau tengok, orang cina ni, kesihatannya lagi hebat dari orang Melayu. Pandainya lebih dari orang Melayu. Kalau boleh, saya nak jadi orang CIna. Tapi, Allah taqdirkan saya jadi orang Melayu. Sebab itu, kalau boleh, saya nak orang cina yang tadbir Islam di Malaysia ni, dengan syarat dia kena masuk Islam dulu!"(akoo ingat2 lupa kata2 tok guru. Tapi lebih kurang camtu la maksud dia)


Bukanlah niat akoo mengeluarkan peribadi kedua2 tokoh di atas kerana taksub dengan mereka, tetapi, sebenarnya akoo sedang mencari formula untuk menghancurkan sifat perkauman yang menebal di kalangan ahli fakultiku. Kerana, PERKAUMAN ini MEMBANTUTKAN dakwah Islam.

Dan, semasa perkauman ini menebal, timbul pula orang2 kuat Kristian sebagai hero dalam situasi ini. Semasa ahli fakulti menebal sifat perkaumannya, golongan ini mampu rapat dengan semua kaum dan menunjukkan peribadi mereka yang baik. Ya Allah, maafkan akoo kerana tidak mampu menjadi seperti mereka. Itulah sebabnya, akoo pernah mengeluarkan statement, "Kadang2 orang Islam perlu belajar sesuatu daripada orang Kristian." Bukan kerana Islam tidak lengkap, tetapi ada unsur Islam yang hilang dari kita dan ada pada mereka.

Alhamdulillah, baru2 ini, ada suara dari pihak non muslim yang bencikan perkauman ini, mencadangkan agar diadakan satu dialog bagi mengatasi masalah ini. Dan akoo harapkan ini merupakan satu titik tolak untuk dakwah Islam terus berkembang selepas ini.

Cuma, satu yang perlu dipegang, "kita sama, dan kita perlu elak beza".

0 comments: