Recent Posts

Friday, June 26, 2009

AMAN?


"Kita nak berjuang apa lagi? Malaysia ni kan dah aman, boleh solat kat surau xde orang kacau... Bukan macam kat Selatan Thai kena tembak2." soalku berniatkan provokasi.

Justeru, pegangan peserta groupku nampaknya mula goyah. Ya, provokasiku agak berjaya. Hahaha..
Mungkin inilah doktrin yang tertanam dalam diri ummat Islam di Malaysia. Malaysia sebuah negara yang aman, berbilang kaum. Jadi, Islam tidak relevan dijadikan asas pemerintahan.

Akoo pernah mendengar dari mulut kawanku sendiri semasa di sekolah dahulu, "Ish... Mana logik nak buat hukum Islam kat Malaysia ni. Kita ada Cina, India, tah2 berperang kita nanti. Diorang ni, tu pon xleh pikir ke?" Namun, akoo hanya mampu mendiamkan diri pada masa itu, kerana seperti xtau nak balas apa. Xde ilmu. Tapi, yang penting, jauh di lubuk hati akoo, akoo katakan, "Tak betul statement dia ni"

Jadi, jom sama2 pikir. Dah cukup ke dengan keadaan Malaysia sekarang ni?

Bagi akoo, KEAMANAN yang digembar gemburkan kepada kita adalah tidak benar. AMANkah kita jika jenayah semakin meningkat? AMANkah kita jika anak2 semakin rosak, remaja2 bahkan boleh dikategorikan sebagai kanak2 sudah terlanjur? AMANkah kita, jika luarannya nampak berbaik2, tapi dalam hati kita, membenci mereka yang bukan sehaluan dengan kita, mereka yang bukan satu kaum dengan kita, mereka yang bukan GENG kita?

Jawapannya mudah, AMAN yang mereka maksudkan hanyalah kita tidak berperang senjata seperti di Palestin. Tetapi, hakikatnya, PERANG sedang berlaku. Percayalah.... Negara ini TIDAK AMAN!

Jadi, camne nak aman? Formulanya, sudah diberi oleh Allah Taala. Namun, permainan media dan musuh2 Islam memang hebat. Mereka mampu menjadikan pemikiran kita, "Hukum Islam tidak relevan".

Adakah benar Islam tidak relevan untuk non muslim? Jika ia tidak relevan untuk non muslim, itu bukan ISLAM namanya. Kerana, Islam adalah rahmatan lil 'alamin. Cuma, masalah timbul bila mana ia disalahtafsirkan dan diubahmakna oleh mereka yang hanya mahu menentang.
Nak makan SUP TANGAN? Boleh pergi cari kat Kelantan. Hahahaha...

Orang kuat pegangan Islam ni, tahu nak berperang je. Bom sana, bom sini.. Ish... Pengganas betul....
Inilah doktrin2 yang ditanam oleh mereka. Menjadikan bila sebut Islam, HORROR akan terbayang pada semua yang mendengar. Orang Sikh pakai dia punya kain kat kepala tu takpe, tapi, bila orang Islam pakai serban, "itu orang ekstrim".

Siapa yang akan menghapuskan doktrin2 ini? Siapa yang akan memahamkan orang yang masih berpegang Islam itu GANAS? Siapa yang akan memberitahu kepada orang ramai bahawa FORMULA keamanan yang mereka cari2 selama ini adalah Islam? Siapa? Siapa lagi kalau bukan kita....
"Sebab itu, kita perlu berjuang." akoo menutup perbincangan groupku. Semua hanya mengangguk. Namun, ada yang tertido. Hehe...

1 comments:

bazliahrodzi said...

orang yg di luar mungkin tak nampak lagi kehebatan Islam...even org Islam sendiri pun tak yakin dgn undang2 islam...mcm mana nak ubah perception org bukan islam terhadap agama kite??tapi mmg bukti hebatnya Islam ada tertulis dlm sejarah...sama ada kite nak amik iktibar atau tak...itu je kesnya...mmg berat tugas nak laksanakan tugas al-Haq...tspi setiap usaha itu walaupun kecik, Allah mmndangnya besar..spt burung2 pipit yg usaha utk memadamkan api yg 'membakar' nabi Ibrahim dgn paruh2 mereka yg kecik...mmg la usaha tu sikit tp yg penting kite cuba...cuba utk tegakkan Islam...iA...Takbir!!