"Akoo dengar, ada budak first year yang xdatang exam. Dah xtahan dah kot. Give up!" Kawanku memulakan bicara.
"Ya Allah.. Ada ke? Dasat medic ni ek... Mental kena kuat tu. Bukan senang orang nak terima masuk supplement ni. Apatah lagi repeat. Bagi akoo, budak yang repeat ni, memang la dari satu sudut perlu muhasabah dari segi cara belajar, tapi, dari sudut yang lain, KEKUATAN mereka lebih kuat dari kita. Sebab tu, Allah uji camtu. Mereka LEBIH KUAT dari kita!" Akoo membalas.
Akhirnya, settle jugak exam akoo. Alhamdulillah. Boleh sambung menulis. Sekali lagi, akoo dapat merasakan, akoo belajar sesuatu daripada kehidupan ini. Bukan sahaja dari kehidupan sendiri, tetapi, juga dengan kehidupan orang lain.
Pernah dengar kisah idea nelayan Jepun? Macam mana terhasilnya idea yang hebat bagi memastikan ikan yang ditangkap, akan sentiasa segar. Kalau xpenah dengar, meh akoo nak cite sket.
Orang Jepun ni, lidah diorang boleh dikatakan sensitif la dengan rasa ikan ni. So, diorang boleh detect tahap kesegaran ikan. Ikan yang lebih segar mempunyai rasa yang lebih sedap, memberikan harga yang lebih mahal. Jadi, siapa yang dapat menjual ikan yang segar, akan lebih banyak pendapatannya. Tapi, masalahnya, ikan2 ni banyak ditangkap kat laut dalam. So, memang akan masa untuk sampai ke darat. Jadi, si nelayan ni brainstorm la camne nak bagi ikan ni segar.
Kuar satu idea. Simpan dalam peti sejuk. Tapi, still xsegar sangat ikan tu, lidah orang Jepun sensitif beb. Pastu, kuar satu idea lain, kita buat kolam kecik dalam kapal tu. Maknanya, ikan tu akan still hidup kalo sampai ke darat pon. Tapi, kesegaran ikan tu masih xmencapai standard lidah orang Jepun ni. Lantas, keluarlah satu idea lain, dimasukkan IKAN JERUNG kecik dalam kolam kapal tu. Sebab apa? Bila mana ikan jerung tu xada, ikan2 tadi, MALAS NAK BERGERAK. Relax je kan. Xde tekanan katakan. Tapi, bila mana dimasukkan ikan jerung, mereka terpaksa bergerak untuk hidup.
Fahamnya apa? Fahamnya, dugaan akan melahirkan golongan yang kuat. Ya, mungkin ada yang akan terkorban dalam menghadapi dugaan tersebut seperti ikan2 yang dimakan oleh jerung. Namun, mereka yang mampu menghadapi dugaan itu, adalah "cream of the cream". Jadi, kan BAIK dugaan Allah Taala untuk diri kita? Menjadikan kita seorang yang kuat. Ini terbukti dalam sirah. Di mana kita dapat bandingkan kualiti keimanan sahabat yang memeluk Islam semasa awal dakwah Nabi SAW, dengan mereka yang memeluk Islam selepas Islam sudah menjadi kuat. Ternyata, mereka yang lahir dari suasana Islam ditekan itu, sangat hebat SEMUAnya.
Peliknya orang mukmin.... Bila diberi nikmat oleh Allah Taala, mereka bersyukur. Bila diuji, mereka bersabar. Datangkanlah apa2 sekalipun, semuanya BAIK bagi mereka. Kerana orang mukmin, tahu Allah lakukan apa yang BAIK untuk mereka. "Jika gagal itu BAIK bagiku walaupun akoo telah berusaha, maka akoo sedia menerimanya." Mungkin tidak ramai yang sanggup mengungkapkan kata2 ini. Kerana apa? Kerana dunia masih menjadi matlamat utama. Akoo juga masih berfikir panjang untuk menulis ungkapan ini. Astaghfirullah.... Akoo masih lagi TAKUT rupanya. Akoo harus berani!! Jika itu BAIK bagiku, bahkan bukan baik untukku sahaja, tetapi untuk Islam tercinta, maka akoo redha dengan ketentuanMu. Takbir~
0 comments:
Post a Comment