Recent Posts

Wednesday, June 3, 2009

Tak boleh kahwin?


Setiap perkara yang dilakukan, mesti ada sebabnya. Falsafah baru dalam hidup. "Belajar tinggi2, masuk medic, sebab nanti, boleh dapat duit banyak. Rokok, walaupun tahu haram, alah rilex rrr...baru rock beb, nampak macho sket. Baby menangis, sebab lapar atau pampers dah penuh."

Itu yang dilakukan manusia. Apatah lagi Allah Taala. Setiap benda yang berlaku(atau DILAKUKAN OLEH ALLAH) mesti ada sebabnya. Dan, bila kita mencari dan menjumpai sebab tersebut, Subhanallah akan terpacul keluar dari mulut kita dengan sendirinya. Itulah hakikat kalimah tersebut.

“Diharamkan kepada kamu berkahwin dengan (wanita-wanita berikut): ibu-ibumu, anak-anakmu, saudara-saudaramu, saudara-saudara bapamu, dan saudara-saudara ibumu, anak-anak saudaramu yang lelaki, anak-anak saudaramu yang perempuan, ibu-ibumu yang telah menyusukan kamu, saudara-saudara susuanmu, ibu-ibu isterimu, anak-anak tiri yang dalam pemeliharaanmu dari isteri-isteri yang kamu telah campuri; tetapi kalau kamu belum campuri mereka, maka tiadalah salah kamu mengahwininya. Dan bekas isteri anak-anakmu sendiri yang berasal dari benih kamu. Dan menghimpunkan dua beradik (untuk dikahwini), kecuali yang berlaku di masa lalu. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”
Al-Nisa`: 23

Selepas membaca ayat ini, akoo termenung lagi. Kenapa Allah Taala haramkan kita kahwin dengan saudara susuan? Akoo cuba mencari dan search dalam internet, bertanya pada kawan. Ada yang mengatakan ibu susuan akan rasa keibuan apabila menyusu, rasa feeling seperti ibu sendiri. Jawapan dari kawanku, bila minum susu dari ibu yang sama, akan jadi darah daging kita. Jadi, ia sedikit sebanyak akan menjadikan kita seperti adik beradiknya. Bila mana kawanku menyebut soal adik beradik, terfikir soalan yang kedua, kenapa Allah Taala haramkan kita kahwin dengan adik beradik?

(letak gambar BOTOL susu je la.. Sensitif ni.. hahaha...)

Kajian membuktikan bahawa susuan dengan sistem imun(melawan penyakit) bagi bayi yang menyusu mempunyai perkaitan kerana dalam susu ibu itu mempunyai antibodi dari badan ibu sendiri. Hal ini terjadi khususnya dalam 2 tahun pertama bayi dilahirkan. Jadi, bayi yang menyusu dari ibu yang sama akan mendapat satu sistem imun yang lebih kurang sama dengan bayi yang dilahirkan oleh ibu tersebut. Inilah yang dikatakan, MACAM adik beradik sendiri la.

Sekadar pengetahuan semua, manusia ini punya gen2 yang tersendiri. Dan, ada gen2 yang akan diwarisi oleh keturunan kita. Dan, ada gen yang tidak baik untuk tubuh badan manusia, gen2 penyakit seperti penyakit PKU(phenylketouria), Haemophilia(darah lambat membeku), thalassemia.

Adik beradik punya gen yang diwarisi oleh ibu dan ayah yang sama. Maknanya, ada gen penyakit yang ada pada ibu ayah, ada pada mereka. Mungkin mereka tidak mendapat sebarang penyakit atau disebut pembawa(carrier), namun, jika sesama mereka adik beradik berkahwin, kemungkinan besar, anak mereka akan mendapat penyakit tersebut. Dan, jika ia berterusan, penyakit ini akan terus diwarisi dalam keturunan mereka. Jika mereka berkahwin dengan orang yang bukan keturunan mereka,(tidak ada gen penyakit itu) ada penyakit yang ada pada mereka, xakan diwarisi kepada anak mereka. Fahamnya apa, zuriat kita, akan lebih sihat. Subhanallah.....

Sebab itulah dalam Islam, kita tidak digalakkan berkahwin dengan saudara terdekat dengan kita seperti sepupu. Memang dibenarkan, namun hikmah di sebaliknya, agar zuriat kita nanti, akan lebih sihat insyaAllah. (Jadi, akoo patut cari amoi kot buat bini lepas ni. Haha....)

Bijak sungguh Allah Taala. Tiada yang lebih bijak daripadaNya. Kerana Dia yang menjadikan kita, Dia tahu, apa yang kita kena buat, apa yang kita tak boleh buat. Sebab itulah, kita perlu yakin kepadaNya. Macam mana caranya? Dia sudah menurunkan AL Quran, manual untuk kita, cuma kita yang xnak pakai. Astaghfirullah.....

3 comments:

Anonymous said...

subhanallah..teringat lecture genetic in paediatrics by prof thong petang semalam..kalaulah prof tahu pasal ayat al-Quran 4:23 ni..mashaAllah

djambu puadovich said...

tapi masih xmenjawab persoalan kenapa saudara sesusuan x boleh kawin...

maklumat genetik bukan boleh berpindah melalui susu...virus boleh la...

mcmne tuan doc nk jwb tu? ;)

salam perkenalan :)

Anonymous said...

mashaAllah..bukan ke susu/makanan akan mempengaruhi genetic determinant, genetic amplification, genetic associatian, genetic fitness setiap makhluk Allah yang hidup..

sebab itulah Allah memerintah orang islam mengambil makanan yang mempunyai dua kriteria, iaitu 'halal dan baik'berdasarkan kataNya,

"Wahai manusia, makanlah apa-apa yang ada di atas muka bumi yang halal lagi baik dan janganlah kamu mengikut langkah-langkah syaitan.Sesungguhnya syaitan adalah musuh yang nyata bagimu" al-Baqarah:168

surah al-Baqarah:172 "Wahai orang-orang yang beriman makanlah di antara rezeki yang baik-baik yang kami berikan kepadamu dan bersyukurlah kepada Allah apabila benar-benar hanya kepadaNya kamu menyembah"
Imam Qurtubi mentafsirkan 'rezeki yang baik-baik' sbg makanan yang bermanfaat dari segala sudut.

hadis nabi juga ada menyebut bahawa semua penyakit adalah berpunca daripada perut..

mungkin daripada apa yang kita pelajari virus menyerang sel hidup dengan cara mengubah new gene formation, tapi lupakah kita gene juga berasal daripada asid amino, phosphase, glucose lantas membentuk protein yang mana sumber asalnya daripada makanan..dan proses genetik ini berlaku setiap saat di setiap sel..

sebab itulah kita lihat berlakunya mutation pada gene yang dipengaruhi oleh makanan atau persekitaran dan kita lhat sekarang wujudnyanya branch of epidemiology iaitu genetic epidemiology adalah untuk menkaji pengaruh persekitaran terhadap wujudnya pelbagai penyakit di dunia ini..

apa yang menarik dari lecture prof thong tu jg katanya manusia semakin hari semakin lupa dan semakin tua adalah disebabkan gene kita mengalami mutation..sejauh manakah kebenaran kata-kata prof perlu dikaji dengan lebih mendalam lg..