"Women without her man is nothing"
Bila mana membaca ayat di atas, kemungkinan ada banyak tafsiran. Akoo mendapat ayat ini dalam buku "Life Is An Open Secret: Think About It". Buku yang wajar dibaca oleh semua. Anda tafsirkan bagaimana? Setuju? Tak Setuju?
Mungkin, jika yang membaca itu lelaki, dan membaca dengan rentak "Women, without her man, is nothing", dia akan bangga dengan dirinya sebagai lelaki. Mungkin ada yang terlalu gah sehingga memperlekehkan pompuan. Mungkin, ada pompuan yang membaca dengan rentak ini marah dengan mereka yang mengeluarkan ayat ini. "Hey, come on la... Pompuan boleh hidup la tanpa laki", itu jawapannya. Mungkin, ada sahaja pompuan yang setuju saja kepada statement ini. Low profile kot...
Situasi kedua, ada yang akan membaca dengan rentak, "Women, without her, men is nothing". Lelaki yang membaca dengan rentak ini, mungkin naik baran. "Ape barang... Xlogik langsung statement ni" Pompuan yang membaca dengan rentak ni, mungkin bangga dan agak tersentuh dengan apa yang ditulis. "Ya, akhirnya baru mereka tahu, apa itu WANITA"
Menarik kan? Bermain dengan bahasa dan cara orang berfikir. Tak perlu ubah perkataan, ubah rentak baca je, dah ubah makna. Dan, setiap makna itu, mempunyai pelbagai tafsiran daripada manusia, mengikut cara berfikir mereka masing2. Hehe... Itulah uniknya ciptaan Allah Taala.
Terpanggil untuk respon satu isu yang agak mengganggu pemikiranku. Mungkin agak lewat akoo respon tentang isu ini. Tentang gerakan feminisme. Ya, kerana kecoh satu Malaysia, bila mana diusulkan PENGHARAMAN Sisters In Islam. Akoo tidak mahu bicara soal haram atau dialog lebih baik, kerana anda boleh menilainya sendiri.
Akoo pernah melontarkan soalan, "perlukah wanita menjadi seorang pemimpin masyarakat? Tidak cukupkah sekadar muslimat itu menjadi follower untuk muslimin?" Namun, kebanyakan jawapan yang dibincangkan agak tidak memuaskan hati, jadi, siapa ada pandangan, mungkin boleh lontarkan.
Dalam menjawab isu ini, akoo ada memikirkan beberapa pandangan. Manusia ini punya fitrahnya yang tersendiri. Perempuan juga mempunyai fitrahnya. Nak tahu? Baca buku "Men are from Mars, women are from venus". Fitrah itu meletakkan lelaki sebagai pemimpin kepada perempuan.
Namun, wujud special case, di mana ada wanita yang kepimpinannya sangat menyerlah, dan dia memang sangat hebat dalam memimpin. Adakah golongan seperti ini, seharusnya layak ditabalkan sebagai pemimpin untuk memimpin kaum lelaki yang secara fitrahnya adalah pemimpin kepadanya? Itulah situasi yang mungkin berlaku pada hari ini.
Ada yang berpandangan, kita semua adalah pemimpin. Jadi, nak pilih pemimpin, bukan tengok jantina, pilih siapa yang LAYAK la. Bagi akoo, betul pandangan ini, cuma, LAYAK itu perlu juga dilihat kepada jantina.
Adakah akoo anti-pompuan dengan berpandangan begitu? Tidak! Sesetengah idea daripada SIS pon, akoo agak bersetuju, walaupun xsepenuhnya. Cuma, akoo berpendapat begitu, atas dasar FITRAH atau sifat semulajadi manusia. Perempuan boleh jadi pemimpin, pemimpin kepada sesama perempuan sendiri, pemimpin kepada anak2, pemimpin kepada tempat tinggal. Namun, bila tiba kepada isu perempuan MEMIMPIN MASYARAKAT(termasuk lelaki), bagiku, ada something wrong di situ.
Kerana, bagi akoo, ada sesuatu yang patut kita fikirkan di sebalik PERINTAH Allah Taala, iaitu dalam isu saksi, 1 lelaki=2 wanita.
Mungkin akoo agak jumud pada kali ini. Namun, akoo sangat2 memerlukan cambahan idea daripada semua. Mungkin, BUKAN ISU WANITA DI SINI. Tetapi, sebenarnya, isu LELAKI YANG TIDAK menjalankan tanggungjawab mereka dengan sebaiknya. Siapa tahu......??
1 comments:
lelaki yang tak memenuhi tanggungjawab nya???
banyak sangat...tak memimpin keluarga dgn selayaknya...tidak mengimamkan anak2x nya ketika solat...meremehkan urusan akhirat dgn meninggalkan keluarganya...di mana kerjaya sebagai keutamaan...
setiap perkara bermula dr diri...peribadi diri dibentuk oleh keluarga...siapa ketua keluarga kalo bukan lelaki???
lelaki hari ni perlu kuat iman dan ILMU nya...unruk membentuk keluarga dan masy. yg punya ilmu yang benar..faham erti kehidupan yg sebenarnya...bermula dr keluarga...akn muncul lh masy...pemikiran masy. lahir dr pemikiran keluarga...
lelaki punya tugas yg berat..dan pasti...wanita akn sentiasa membntu dr segi sokongan moral dan mental...di situ Allah menciptakan Hawa untuk Adam...
perempuan pendamping terbaik bagi lelaki untuk memberi kekuatan...bukan lah wanita diperlukan untuk menjadi pesaing lelaki...tapi lelaki perlu ingat...perempuan lah perlu dilindungi...
kalo lelaki sendiri khianat akan tanggungjawab nya...siapa yang layak untuk jd pemimpin???kalo lelaki sendiri tak kuat,berilmu&beriman???bagaimana kita mau mencari "amir of ummah"????
lelaki punya tugas berat untuk jadi ketua keluarga...membentuk ahli keluarga dgn sebaik2x nya punca lahirlah masy. dan rakyat yang memahami dan tahu tanggungjawab masing2x...
maka tak perlu lah bertanya lagi...siapa yang layak jadi pemimpin..perempuan atau lelaki???yang pasti..lelaki lah jawapannya..yang akan memimpin ummah...
siapa kita untuk menentang ayat2x suci al-Quran dan sunnahtullah (ketetapan Allah)???
Post a Comment