Recent Posts

Tuesday, June 30, 2009

"wahai Sangka, BAIKLAH engkau"...


"Abe, balik mano? KB?" tegur sorang mamat ni depan kaunter tiket bas.

"Hom...." jawab akoo macam nak tak nak, sebab akoo xyakin sangat dengan orang jual tiket bukan kat dalam kaunter ni.

Belom sempat pape lagi, dia dah tulis tiket, tanda nak jugak suruh akoo beli. Akoo dah rasa semacam.

"Be, xpo rr, nok beli..............." akoo cuba mengelak.

Belum sempat akoo menghabiskan ayat, "Jange risau, bas baru. Plat DBC..." mamat tu mencelah.

Dengan rasa berat hatinya, akoo wat kuar duit RM50. Mamat tu dah tersenyum dan bagi balik baki kat akoo RM 10. Hati akoo dah rasa semacam. "Abis RM40 akoo ni..." detik hati akoo.

Xpelah... Akoo cuba meyakinkan diri. Mungkin Allah nak ajar sesuatu akoo hari ni. Cam biasa, sampai petang, bas akan sampai pukul 9.00 malam. So, lepaklah dekat surau untuk solat Maghrib dan Isyak.


(ni gambar awek mana plak? lantak la.. yang penting, nak bagitau, nilah suasana kat Hentian Putra)

Alhamdulillah... Sementara menunggu bas sampai, ada jumpa beberapa orang member. Dapat hilangkan bosan sket. Tiba2, satu "soalan MAUT" ditanya, "Mung naik bas gapo male ni?".

Adus... Beratnya nak jawab. Segan siot nak bagitahu akoo xbeli dekat kaunter. "Akoo punya bas xde NAMA dah.. Dia tulis bas ekspres je.."

"La... Mung beli dengan ULAT ke? Haha... Abis la.. Cuba try gi cari dia. Ada lagi x kat sini. Tah2, kena tipu." usik memberku. Bertambah resah macam ni beb... "Apsal xbeli kat kaunter?" Sambungnya lagi....

"Xtau la. Akoo ni lurus sangat kot. Ore pelawa, payoh nok tolak. Haha..." Balasku nak menyedapkan hati.

Kitorang berpisah di situ memandangkan bas member sudah sampai. Maka tinggallah akoo keseorangan menempuh TARBIAH dari Allah Taala ini. Hehe..

Jam menunjukkan pukul 9.15pm. Bas masih xsampai2. Hati dah panas ni. Memang sah kena tipu ni. Tiba2, nampak sorang mamat dengan tiket yang serupa ngan akoo. Ha.. Ni mesti kes sama ngan akoo ni, kena tipu jugak. Haha...(Tu la.. Sape suruh gelak kat orang, ko nanti mesti lagi teruk punye kena kem...)

9.30pm... Bas xsampai lagi beb. Tiba2, ada brother panggil geng2 yang tiket sama jenis ngan akoo ni pergi tempat lain. Katanya, bas xakan masuk dalam stesyen. So, kitorang kena tunggu dekat luar. "Tempat lain pulak? Apa pulak nak jadi ni...".

"Xpe kem.. Amik pengalaman..." akoo cuba menguatkan hati. Rupa2nya, agak ramai orang yang senasib denganku. Bila ditanya kenapa beli dari "ulat", mereka hanya mendiamkan diri. Tension kot. Kemudian, akoo ternampak satu keluarga cina yang mendapat nasib yang sama; seorang ibu, 2 orang kanak2 lelaki yang masih kecil. "Kasihan sungguh kalau kena tipu ni, akoo xpe lagi, ni satu family ni.." bisik akoo, memikirkan perkara yang bakal berlaku.

Keyakinanku merudum lagi bila mana melihat wajah2 mereka yang menguruskan bas tersebut. Sorang mamat bermuka lesu seperti mat gian. Jam sudah menunjukkan pukul 9.50pm. "Kalau pukul 9.55pm xsampai jugak, akoo kena lari gi cari tiket lain ni"

Tiba2 terdengar suara, "Woi.. Bas tunggu kat bawah weh.." Ye ke ni? Ya, memang dapat dilihat bas tersebut dari situ. "Meh nak tolong angkat barang ni" kata Mamat yang menguruskan bas kepada family cina di sebelahku. Agak berat jugak barang tu.

Astaghfirullah.......

Itu sahaja ungkapan yang mampu dikeluarkan. Akoo dapat rasakan, akoo sedang belajar SESUATU. "Don't judge the book by its cover" kata mat saleh. Akoo rasa sangat bersalah kepada mereka yang menguruskan bas tersebut. Mat gian? Penipu? Nak kebas duit orang?
Orang ingin mencari rezeki dengan cara halal dipandang begini pula. Bila mana mereka mencuri, disalahkan merekakenapa la xcari kerja walhal kerja berlambak kat muka bumi ni. Fikir2kanlah.....
Namun, mungkin inilah PERSEPSI kebanyakan orang apabila berdepan dengan situasi ini. Bukan mudah untuk berbaik sangka apabila situasi ini berlaku. Dan realitinya, HUSNUZON atau BAIK SANGKA bukan mudah. Mungkin mudah ditulis atau disebut2. Namun, praktikalnya, ramai yang gagal. Termasuk akoo. Astagfirullah....

2 comments:

Anonymous said...

salam..terasa betul akk dengan artikel nie, pernah juga dulu akk n sorang shbat berhadapan dgn situasi begini,hampir 1 jam kami berlari-lari cari bas yang betul,nak menagis pun ada.. yela orang perempuan,kalau lelaki mungkin masih cool.dan lepas daripada kejadian tu,mungkin dah tak kan lagi beli kat Ulat..bukan sebb su'uzon,tapi ambil langkah berhati-hati..

Asy-syahid(to-be) Dr Hakem Al-Bonoti said...

hmm... betol2... bukan senang.. Tu yang saya cuba sampaikan.. Orang asyik bercakap pasal BERSANGKA BAIK, tapi, REALITINYA, bukan mudah... Sebab itulah Hasan Al Banna letak, serendah2 ukhuwah itu adalah BERLAPANG DADA.

Mungkin bukan mudah, tetapi, ia mampu dididik. Hehehe...

Untuk difikirkan bersama.