Recent Posts

Sunday, July 19, 2009

Jangan TAK Tegur!


"Aduh... camne nak buat ek? Nak tegur kang, takot terasa hati plak. Pastu, lari dari akoo, xnak kawan ngan akoo. Tapi, kalo xtegur, makin teruk pulak kang jadinya masalah ni"
Amacam? Mesti pernah rasa camni gak kan? Serba salah. Buat pun salah, xbuat pun salah. Jadi, camne ni beb?

Akoo dalam proses menghabiskan buku "Pemikiran Praktikal" karya Edward de Bono(nama dekat2 ngan nama akoo, tu baca tu. Hahaha). Satu ungkapan yang menarik minat akoo ialah, "manusia sukar untuk berubah pemikirannya terhadap sesuatu perkara, jika keterangan tentang perkara itu sudah ada di dalam memorinya". Sebagai contoh, kita dah kenal mat rempit ni memang haprak, jadi, kita payah nak terima mat rempit boleh jadi "baik".

Jadi, sebab itulah ramai yang tak boleh terima apabila menerima sesuatu perkara yang bertentangan dengan memorinya, walaupun perkara itu logik dan sepatutnya diterima. Atas dasar inilah, perasaan serba salah tadi timbul....... mungkin tidak bagi semua orang.

Manusia ni macam2 jenis. Ada yang suka terus terang je(direct), ada yang suka simpan, tapi bila meletup, abis beb. Kedua2nya punya kelebihan dan kelemahan yang tersendiri. Namun, akoo lebih suka mengambil sikap fleksibel, terus terang dalam sesetengah keadaan, dan diam dalam keadaan yang lain. Kerana, bagi akoo, kita harus bertindak mengikut situasi.

Bagi mereka yang suka SIMPAN, ingatlah bahawa "Addin itu adalah nasihat". Jadi, janganlah terlalu takut untuk menegur kerana takut diri akan dijauhi. Belum cuba belum tahu beb. Kalau dah cuba, memang orang tu akan jauhkan kita, maka masa tu, try TEGUR CARA LAIN. Namun, kita harus lebih berani. Bila mana golongan ini menjadi berani, ia akan menjadi golongan berani yang berSTRATEGI kerana asalnya mereka adalah golongan yang berhati2.

Bagi mereka yang suka DIRECT, perlu ingat "terlajak kata dah tak boleh nak tarik dah beb". Jadi, berfikirlah dahulu sebelum terlajak. Menegur bukan hanya dengan berdepan. Teguran nabi juga punya SENI. Lain orang, lain cara Nabi SAW tegur. Dan, diam Nabi SAW juga adalah teguran. Jadi, golongan ini perlu lebih berhati2. Namun, golongan ini akoo sangat respek kerana mereka BERDEPAN dan gentleman. Golongan ini sangat minoriti. Lebih baik dari golongan yang pengecut dan hanya pandai CAKAP BELAKANG.

Kesimpulannya, teguran itu ada seninya yang tersendiri. Tidak salah jika kita MULA menegur, dan orang menjauhkan diri daripada kita. Kerana, pada masa itu, kita akan belajar, "Ooo... Silap akoo kat sini". Jadi, kita akan memperbaikinya pada masa akan datang. Cuma, masalahnya, ramai yang tidak mahu mencuba. Hanya takut dan terus takut. Itu bukan seni teguran namanya. Itu pengecut!
Jadi, bagi sesiapa yang belum cuba menegur, Jangan TAK Tegur! Barang siapa yang dah selalu tegur orang, banyak2kan tegur diri sendiri ya!

Wednesday, July 15, 2009

Ini REALiti: "Kita sukar mengerti apa itu REALiti"


"Ana rasa nak scan satu badan rr... Nak check ada penyakit ke x. Camne kem?" kawanku menyoal semasa di atas motor dalam perjalanan ke kedai mamak.

"Hmm... Nak wat CT Scan la ni? Buleh je.. Cumanya, kalo la mende tu murah je, setiap kali nak cek orang ni ade penyakit ke x, doktor2 ni xpayah susah2, terus scan je. Tapi, masalahnya, menatang ni bukan murah beb... Ribu kalo xsilap ana." Akoo membalas.
Kali ini, akoo belajar sesuatu lagi. REALITI. Ya, itulah perkataan yang paling sesuai untuk menggambarkannya.

Mungkin akoo boleh katakan begini: "Ramai orang yang mampu mengeluarkan idea yang IDEALISTIK, namun xramai yang mampu mengeluarkan idea yang REALISTIK". Idealistik ialah idea yang dikeluarkan tanpa mengambil kira faktor realiti sesuatu keadaan. Dan, kebanyakan idea yang idealistik ini, akan berakhir dengan pelbagai masalah dan mungkin akan menyebabkan matlamat tidak dapat dicapai.(wah... berat siot penulisan akoo kali ni.. Hahaha..)

Sebagai contoh, apabila anda belajar dalam bidang perubatan, anda akan belajar, kalau sakit camni, apa ubat dia, camne nak uruskan apa semua. Bila mana belajar itu semua, kita dapat rasakan satu perasaan, "hekeleh... senangnya nak rawat sumer penyakit ni". Namun, REALITInya, xsemudah itu beb! Kerana dalam realiti, kita perlu berdepan dengan faktor emosi pesakit, ekonomi pesakit, faktor pantang larang agama, dan sebagainya. Ideanya, jika sakit A, ubat dia adalah B, namun realitinya, akibat faktor2 sekeliling, ubat C perlu diberikan.(Bukan senang nak jadi doktor beb!)

Bagi akoo, inilah lemahnya manusia, atau mungkin lebih dikenali sebagai KULI Allah Taala. Memang manusia mampu mencipta macam2, pakai robot untuk buat pembedahan, pemindahan sumsum, cipta macam2 ubat baru yang sangat efektif untuk merawat penyakit, namun, tetap tidak mampu menyelesaikan masalah yang ada. Mungkin robot pembedah itu mampu menyelematkan nyawa mereka yang duit banyak, bagaimana pula mereka yang miskin? Andai anda kaya sekalipun, bukan mudah untuk mencari penderma sumsum tulang yang sesuai. Hahaha... Lemahnya... Tu pun ada hati nak lawan Allah Taala.

Jadi, bagaimana cara nak capai satu idea yang REALISTIK? Bagi akoo, realiti itu adalah fitrah. Dan, siapa yang lebih mengetahui fitrah manusia melainkan Pencipta manusia itu sendiri? Mungkin konklusi akoo ini seperti "playsafe". "Ko xnak pikir panjang, so, cakap pulangkan kepada Allah Taala." Tidak! Akoo xplaysafe. Apa yang ingin disampaikan ialah dalam mengeluarkan idea, dalam membuat keputusan, rujuklah pada "manual" yang telah diberiNya, insyaAllah idea itu adalah satu idea yang REALISTIK.

Sebab itulah akoo mengeluarkan kesimpulan, beramallah dengan Islam, nescaya anda akan sihat. Percayalah~
Lecturer akoo ada berkongsi satu cerita:~
"Saya ada lecturer kat U lama saya dulu. Masa tu kami belajar pasal CVS(Sistem Kardiovaskular). Semua student masa tu semangat beli steteskop yang canggih2. Mahal... Maklumlah, bergaya sket jadi student medic kan. Hehehe.. Tapi, yang peliknya, lecturer saya ni, walaupun dah pakar, tapi hanya menggunakan steteskop lekeh, siap berbalut2 ngan salotape lagi, beliau mampu mengetahui penyakit jantung dengan sangat spesifik"
Jadi, tanpa bantuan ALAT MANUSIA pun, dia mampu mengenal pasti penyakit. Kenapa? Kerana dia punya ALAT kurniaan Allah Taala. Ilmu. Fikir2kanlah....

Sunday, July 12, 2009

INGATan buat peLUPA!


Aceh. Satu nama yang cukup terkenal pada akhir tahun 2004. Saat itu, riuh satu dunia berbicara tentang satu fenomena alam ciptaan Allah Taala: Tsunami. Akoo masih ingat dengan gambar2 yang cukup menginsafkan diri dan bagi akoo, merupakan satu bukti yang cukup kukuh bahawa Islam itulah DIN DI SISI ALLAH TAALA. Tiada yang lain.

Masih ingat lagi? Ketika cikgu2 yang turut pergi join misi ke sana(masa tu akoo form 5), asyik menceritakan tentang dalam banyak2 benda kat sana, hanya tinggal sebuah masjid. Dan yang peliknya, masjid2 ini, tidak ada kesan langsung apabila bencana alam itu melanda. Dalam hati akoo berfikir, "isy... xkan orang xleh nampak lagi kot.. Dah jelas sangat dah tu." Dan, akoo kira, ramai juga yang berfikiran demikian.

Ummi akoo juga acap kali ke sana akhir2 ini. Alhamdulillah, perniagaannya pencicahnya sudah mampu menembusi sempadan negara. Hehehe... Dan, ummi banyak bercerita tentang kisah Tsunami itu sejak balik dari sana. Hmm.. Sungguh menginsafkan! Terima kasih ummi.
"Maso Tsunami tu, ore denuh cito, hok dok pusat bandar ni, pelik tengok ore dok pakat lari dari arah laut belaka. Berlari gi arah bandar rrr.. Pastu, maso tu, sek2 ni, ramai pakat naik masjid belako. ORE CINO PON NAIK ATAS MASJID maso tu. Lepas tu, sumo sek2 ni masuk Islam belako." cerita ummi... semangat.

"Pastu, ado sore ni,(akoo dah lupa nama dia), naik atas kapal, maso dio napok air ombak mari kat dio, besar nok nyambar tu, dia be kuat. Pastu, ombak tu pecoh dua. Ngelah skali, kapal hok dio naik tu la hok lekat atas rumah ore tu." sambungnya lagi.

Seronok ber"usrah" dengan ummi akoo malam tu. Sambil2 nak tunggu order je. Chicken chop lambat sampai. Bagi akoo, akoo belajar sesuatu pada malam tu. Sekali lagi, keyakinan akoo terhadap fitrah manusia menebal. Walaupun, dia bukan Islam, tetapi saat mana tsunami datang, mereka berlari masuk ke dalam masjid, mengharapkan pertolongan daripada SATU KUASA AGUNG.

Kemudian, akoo juga melihat, sangat cantik Allah menurunkan hidayah kepada hambaNya. Macam2 cara. Dengan cara ini, orang bukan Islam tersebut, telah mendapat hidayah Allah. Seronok sungguh kalo akoo tergolong dalam golongan ni. Kisah ni mengingatkan akoo tentang filem "Tanah Kubur". Akoo tidak hairan dengan kisah orang yang zalim itu akan dilaknat oleh Allah Taala di bumi lagi, tetapi akoo tersentuh apabila mendapati, dengan cara itulah, Allah memberi hidayah kepada isteri si zalim itu.

Namun, akoo masih tetap berfikir, akoo yakin ramai yang tahu, bahawa Islam itulah KEBENARAN. Namun, mungkin, (akoo ulang) mungkin, mereka tahu, tapi mereka tidak mahu. Tahu solat tu wajib, tapi xnak solat. Tahu rokok itu haram, membahayakan kesihatan, ada kaitan dengan kanser paru2 dan sebagainya, tapi, xnak berhenti merokok. Kenapa ya?

Mungkin jawapannya..... tidak perlu berfikir soal mahu, kerana mahu itu kerja Allah Taala untuk buka pintu hati mereka. Namun, tahu itu tugas kita. Kita harus memberiTAHU dengan cara yang paling baik, (akoo ulang), CARA YANG TERBAIK agar dengan itu, Allah akan memberiMAHU kepada mereka. InsyaAllah....
Namun, ramai yang MAHU, tetapi tidak diberiTAHU................... dengan baik.

Saturday, July 11, 2009

ASING atau MENGASINGKAN


Sabda Nabi SAW
"Datangnya Islam dalam keadaan dagang, kemudian ia akan kembali dagang. Maka, beruntunglah orang2 yang dagang."
Bagi mereka yang mengikuti usrah atau mana2 kumpulan yang yang mendakwa memperjuangkan Islam, sudah pasti sangat familiar dengan hadis di atas. Bila hadis ini dibaca dan diteliti, semangat mereka yang memegang ajaran Islam dengan gigi geraham ini akan "membara".

Kenapa? Kerana dalam hadis ini, Nabi SAW telah memberikan satu keyakinan buat PEJUANG ISLAM akhir zaman, bahawa mereka akan diDAGANGkan(diASINGkan). Nabi SAW telah memberi satu kepastian bahawa Islam ini akan dipandang pelik, jumud, ketinggalan zaman pada suatu hari nanti.

Sebab itulah, situasi seperti sekarang berlaku. Orang memberi tazkirah di hadapan dianggap SANGAT ALIM. Orang yang menjaga SOLAT FARDHU, disebut RAJIN, walhal itu memang satu perkara yang wajib. Bila mana seseorang memakai jubah atau serban, orang akan pandang semacam. "Wah... yahudi mabuk mana ni?" kata filem P Ramlee.

Apabila diajar tentang hadis ini, ramai pejuang Islam mula lega. Lega kerana menjadi seorang yang dipandang "PELIK" itu memang lumrah. Menjadi "ALIEN" di tempat sendiri adalah lumrah. Akoo juga pernah berpemikiran begitu. "Lantaklah orang nak panggil apa bila akoo cuba bawa Islam ni. Memang Nabi SAW dah cakap camtu"

Namun, akhir2 ini, akoo mula menilai kembali pemahamanku terhadap hadis ini dan akoo cuba kaitkan dengan situasi ummat Islam masa kini. Hmm... Rupanya, ada something wrong dengan pemahaman akoo, bahkan pada akoo, kebanyakan daripada kita terhadap apa mesej yang cuba disampaikan.

Benar! Islam itu akan dilihat sebagai satu benda yang pelik pada awal pengenalannya. Namun, persoalannya, adakah ia akan terus dalam kePELIKan tersebut? Bukankah Nabi SAW telah berjaya mengubah kepelikan tersebut menjadi suatu yang BIASA? Jadi, sekarang Nabi dah xada, jadi, siapa yang akan memBIASAkan persepsi kepelikan orang lain terhadap Islam? Jawapan ada pada anda....

Kemudian, akoo berfikir lagi. Bila mana membaca hadis ini, kebanyakan golongan yang mendakwa diri mereka sebagai pejuang Islam, merasakan bahawa mereka akan dipandang ASING oleh masyarakat apabila mereka memperjuangkan Islam. Ya, kita akan dipandang asing. Namun, dari satu perspektif yang lain, ada golongan yang tidak dipandang asing, tetapi merekalah YANG MENGASINGKAN diri daripada masyarakat.

Akoo ulang... bukan DIASINGKAN, tetapi MENGASINGKAN.

Kenapa akoo berkata begitu? Kerana mereka ingin menjadi GHURABA' katanya. Adakah MENGASINGkan diri daripada golongan yang sepatutnya disampaikan Islam(mad'u) itu digelar "Ghuraba'"? Apabila itu yang difahami, maka Ghuraba' jenis ini hanya akan mencari orang yang SEJENIS dengan mereka untuk disampaikan Islam. Maka, jadilah Islam itu HANYA disampaikan kepada mat2 surau, budak2 baik dan dah ada basic agama. Kawan2 yang selalu keluar dating, keluar kelab malam, xakan didekati... Bahkan bila mana inilah "Ghuraba'" yang difahami, sebenarnya, bukan orang lain yang memandang kita pelik, tetapi kitalah yang memandang orang yang bukan sejenis dengan kita adalah PELIK. Kan dah terbalik tu?

Ayuh! Ayuh kita bangkit. Motivasi daripada Nabi SAW sudah ada. Nabi sudah bersabda bahawa orang yang ASING ini adalah beruntung. Maka kita seharusnya bangkit untuk memperjuangkan Islam. Namun, itu bukan maknanya, kita yang mengasingkan diri daripada orang yang sepatutnya kita sampaikan risalah Nabi SAW. Kerana... Sewaktu awal kenabian dahulu, Islam juga dipandang PELIK. Tapi, Nabi tidak pernah mengasingkan diri daripada mereka yang mengatakan bahawa ajarannya pelik, bahkan, Nabi merapati mereka.

Fikir2kanlah....