Recent Posts
Saturday, June 28, 2008
::jom sembang pasal Kelate::
ditulis sampai berpeluh oleh
Asy-syahid(to-be) Dr Hakem Al-Bonoti
Hari ini, abah aku ajak aku pergi Pesta PC di Kota Bharu sebab nak cari CPU second hand untuk pejabat dia. Memandangkan dah lama aku xbalik ke negeri yang tercinta ni, aku layan keindahan negeriku ni sambil drive. Tapi, aku memang malu kepada diri sendiri sebab dah 20 tahun jadi rakyat Kelate, tapi jalan KB pon aku xmantap lagi. Ape barang la ko ni kem....
Kitorang juga singgah dekat KB Mall dan memang kebetulan hari ni ada Gempak Selebriti Astro di situ. Alhamdulillah, setakat yang aku tahu, hanya artis lelaki sahaja yang dibenarkan membuat persembahan. Dan, jika ada artis perempuan, hendaklah bertudung dan persembahannya hanyalah untuk muslimat sahaja. Alhamdulillah~
Aku xpernah tahu negeriku ini penuh dengan keberkatan semasa aku sekolah dahulu. Tapi, kawan2 asyik dok cerita, eh Kelantan macam ni ek? Kelantan camtu ek?? Rupa2nya, berada di negeri orang baru tahu negeri aku ni memang lain dari yang lain. Ya, mungkin ada yang mempertikaikan bahawa kalau Kelantan negeri Islam, kenapa masih ada lagi zina, judi dan jenayah apa semua??
Soalan ini telah dijawab oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz sendiri yang memberi analogi bahawa Kelantan yang mengamalkan Islam ini ibarat sebuah tanah padi. Tapi, sayangnya tanah yang subur ini dikelilingi oleh tanah2 yang gersang yang penuh dengan haiwan perosak(iaitu negeri2 yang tidak mengamalkan Islam sepenuhnya). Pada waktu malam, haiwan2 perosak dari tanah gersang ini akan masuk dan merosakkan padi yang ada di tanah subur ini. Peh.... mantap xanalogi Tok Guru ni. That's why I like him!
Kemudian, aku juga difahamkan bahawa di KB, mana2 muslimat yang tidak memakai tudung, memakai kasut tumit tinggi yang boleh menarik perhatian akan diSAMAN. Tapi, adik aku mempersoalkan, "hekeleh, tengok tu, ramai je yang xpakai tudung". Aku membalas balik, "Dia xpakai tudung dan xditangkap, itu mungkin nasib dia hari ini, tapi yang pentingnya di sini, ada undang2 yang menyeru kepada amar makruf nahi mungkar." Bercakap pasal tudung juga, aku teringat sebuah kisah ketika mana naik bas ke KL. Ada seorang minah ni, sampai sahaja di sempadan negeri, dia cabut tudung dia. Dalam hatiku berfikir, inilah hikmah negeri yang mengamalkan islam, sehingga minah tu pon tahu, aku dok dalam negeri yang penuh berkat, aku kena tutup aurat, tapi dah keluar, buleh bkak aurat. TAPI, SAYANGNYA FIKRAH MEMANG XBETOL.. hehe.. xpe, masih boleh dipupuk.
0 comments:
Post a Comment