Recent Posts

Sunday, June 29, 2008

::Starbucks la pulok!!!::


Antara isu yang hangat dibincangkan sekarang ialah isu mahu tubuhkan franchise2 dari luar negara di kampus2. Mendengar berita semalam, memang banyak pendapat tentang hal ini, ada yang mengkritik dan ada yang menyokong penuh hal ni. Bagi yang menyokong, mereka mengatakan bahawa kafe2 franchise ini banyak digunakan oleh pelajar2 untuk menyiapkan assignment kerana ada wireless. Pelajar boleh menjalankan tanggungjawab sebagai pelajar sambil LEPAK2 minum kopi.(ni ayat akoo tambah sendiri.. heheh...)

Di peringkat Menteri Pengajian Tinggi pula mengatakan isu ini tidak ada kaitan dengan KPT kerana isu hendak tubuh atau tidak terletak pada universiti itu sendiri.

Baiklah.. Jom ambil masa fikir sekejap apa kesan mendalah ni kepada mahasiswa itu sendiri!!!

Bagi aku yang serba daif ini, aku dapat memikirkan 2 perkara yang dapat disimpulkan dengan penubuhan kafe franchise ini di kampus2.

Yang pertamanya, jika pihak pertadbiran universiti ingin menubuhkan kafe franchis ini ATAS SEBAB PELAJAR DAPAT MENIKMATI PERKHIDMATAN WIRELESS, mereka ibarat MENGGALI KUBUR SENDIRI(bila pulak aku pandai tulis ayat2 novel ni... hehe). Sebab apa? Ini menandakan kelemahan di pihak pentadbiran universiti sendiri dalam isu wireless yang ada di universiti. Tidak perlu ada Starbucks, just mantapkan sistem wireless yang sedia ada. Ni tak, nak dapat wireless kat kolej2 pon susah, dahla lembap(fulamak... emotional giler!!!). Bagiku, penyelesaian itu lebih baik, cuba anda fikirkan, jika sistem wireless ini dimantapkan, kita boleh makan kat Kafe Pak Abu kat Kolej 6 tu sambil wat assignment beb... Fuyoh!!!


Yang kedua, setelah mendengar berita itu, abahku berbicara, "Ape barang la nak amik orang luar gak, kesian la kat orang tempatan nak cari rezeki". Thanks abah! satu hujah yang menarik. Ya, cuba kita fikirkan, apa yang bakal berlaku kepada rakyat tempatan yang nak cari rezeki di Universiti. Bukankah perniagaan mereka akan terjejas. "Apa la nasib kitorang... bdak2 skang dah xmain kafe2 lekeh ni dek... sumer dah pegi Starbucks." Itulah rungutan yang mungkin kedengaran nanti. Mungkin ada yang berkata, baguslah kalau macam tu, ada persaingan, baru diorang akan tingkatkan mutu business diorang. Apa yang aku ingin cakapkan di sini ialah, anda boleh berkata demikian, tetapi jika anda ditakdirkan sebagai anak tokey kafe tu, atau anda sendiri duduk di tempat tokey tersebut, baru anda tahu apa perasaannya. Jadi, silalah jadi seorang yang lebih memahami.

0 comments: