Recent Posts

Wednesday, June 25, 2008

::supplement banyak mengajarku::



Apabila anda bergelar sebagai seorang pelajar medic, perkataan FAIL tu memang dah sebati ngan diri, kecualilah anda memang seorang yang gempak seperti beberapa orang kawanku di universiti malaya ni. Bukanlah bermakna aku yelah tanamkan dalam diri bahawa masuk medic ni memang kena fail, tapi, aku cuma bercerita tentang situasi yang sedang berlaku. Ia merupakan satu tekanan bagi pelajar yang tidak pernah gagal dalam pelajaran, kalau dulu, sekolah rendah, memang tak ada nombor lain selain 1, 2 dan 3. PMR 8A, SPM straight A.

Masuk ke alam fakulti medic ni jugak mengajar aku bahawa "belajar ni memang susah sebenarnya". kalau dulu, aku hanyalah seorang yang jenis rilex dalam studi, banyak tidur, dan banyak main- main. tapi, keadaan berubah bila anda bergelar sebagar pelajar medic, kerana tidak ada cara lain untuk berjaya selain constant studi.

Alhamdulillah, sekarang aku dapat merasakan perasaan sahabat2ku di sekolah dulu yang berada di kelas- kelas belakang. Mungkin dulu, ada perasaan pandang rendah pada mereka, tapi sekarang, barulah aku memahami feeling seorang FAILURE.

Bagi sesiapa yang membaca artikel ni, dan ingin masuk ke fakulti perubatan pula, janganlah berasa takut untuk menunaikan cita-cita anda. Hadapi cabaran ini, kerana kalau anda betul2 ingin menjadi seorang doktor yang berjaya, cabaran ini harus dihadapi dengan tenang. Dan di sini aku ingatkan kepada sesiapa yang ingin menjadi doktor kerana "NAK KAYA", anda telah memilih jalan yang salah. Sesungguhnya, medic ini penuh dengan cabaran dan kesusahan, dan aku mengharapkan orang yang memilih jalan ini memang mempunyai hasrat dan cita2 yang tinggi untuk menolong masyarakat.

Ya Allah, kau jauhkanlah bidang ini diceburi oleh orang hanya tamakkan harta semata2.
Sekarang, aku sedang menanti result supplementku, moga2 Allah berikanku keputusan yang terbaik. Memang aku ingin LULUS dan bersama sama dengan rakanku di Tahun 2. Tapi, aku memang kurang yakin dengan diri sendiri. Alhamdulillah, ramai sahabat2ku yang menenangkan hatiku dan mengajarku supaya bertawakkal, seronok dapat sahabat2 macam ni. Ya Allah, kau mudahkanlah urusan sahabat2ku.

"Setelah kita berusaha dan berikhtiar, maka janganlah GUNDAH GELANA kerana kita telah cuba yang terbaik, maka keputusannya terpulanglah kepada Allah kerana KEPUTUSANNYA ADALAH KEPUTUSAN YANG TERBAIK UNTUK KITA!!!"

0 comments: