Recent Posts

Friday, June 27, 2008

::kita hanyalah makhluk::



Kali ini, aku ingin membawa anda ke alam tubuh manusia. Firman Allah dalam surah At-Tin ayat ke 4 yang bermaksud, "Kami jadikan manusia dengan sebaik-baik kejadian". Untungnya bagi mereka yang mengambil kos medic ialah mereka mengkaji kejadian Allah yang terbaik. Alhamdulillah....

Bagi mereka yang tidak mengambil kos ini, mungkin ada yang tidak mengetahui bahawa badan kita ini mempunyai saraf. Aku juga tidak mengetahui hal ini. Kalau dulu aku hanya tahu badan kita ada salur darah dan otot. Tapi, rupa2nya masih ada 2 sistem yang complicated dalam badan kita iaitu sistem saraf dan sistem limfa. Untuk pengetahuan semua, saraf ini berfungsi untuk penghantaran impuls. Impuls yang terjana di organ deria atau reseptor akan dihantar ke otak dan dianalisis untuk tindakan. Kalau siapa yang belajar sains dahulu, ingat tak refleks kita apabila tangan sentuh benda panas??? ya, impuls akan dihantar ke otak dan memberi isyarat kepada kita untuk menarik tangan... kalau isyarat ini tak dihantar, jawabnya, memang pegang benda panas sampai tangan dah berdarah pun tak rasa apa... rilex je kan... hehe...

tapi, tu baru sedikit, impuls bukan sekadar itu fungsinya, pengecutan otot kita juga memerlukan saraf. Contohnya, di tangan kita sahaja ada satu pleksus saraf yang sangat penting yang dipanggil BRACHIAL PLEXUS. Pentingnya pleksus ini ialah apabila saraf saraf pada pleksus ini terpotong atau putus, otot tangan tidak dapat berfungsi dan saiznya akan mengecil(atrophy). Hebat kan ciptaan Allah Taala ni?? Subhanallah...

Baiklah, tu aku baru bercerita pasal yang manusia berjaya kaji, cuma aku ingin tekankan di sini walaupun manusia dah berjaya cipta macam2 barang canggih, tapi banyak perkara berkenaan dengan tubuh manusia sendiri tak dapat diterangkan dengan sains. Sebagai contoh, bagi sesiapa yang belajar fisiologi, anda akan berkenalan dengan istilah "CONDITIONED REFLEX". Di mana manusia tidak dapat menerangkan kenapa air liur kita dirembes apabila melihat makanan, air susu ibu dihasilkan apabila mendengar anak menangis, dan antara contoh yang paling baik ialah, perasan tak, ada orang stress akan banyak makan, tapi ada orang yang jadi tak ada selera makan.... Subhanallah...

Jawapan bagi perkara2 ini ada pada PENCIPTA diri kita. Jadi, jangan kita melawan hukum2nya kerana hukum2 yang telah Allah gubal untuk kita adalah untuk kebaikan diri kita sendiri. Aku ingin mengambil contoh HUDUD yang sering dipandang kejam oleh kebanyakan orang. Anda mungkin familiar dengan penyakit yang bernama AIDS. Manusia sedang sibuk mencari penawarnya, tapi, tak jumpa2. Nak tahu apa penawarnya?? hudud... Dr Jamnul Azhar pernah mengkaji bahawa bagi mereka yang belum berkahwin dan melakukan zina, antibodi bagi penyakit itu akan terhasil setelah disebat 100x. Tetapi, bagi mereka yang telah berkahwin, badan memang tidak berupaya untuk menghasilkan antibodi tersebut. Itulah diberikan hukuman rejam sampai mati. Jadi, untuk apa kita asyik dok condemn hukum Allah???? bukankan itu yang terbaik buat kita???? Fikir2kanlah........

0 comments: