Recent Posts

Thursday, June 5, 2008

::KITA SEBATANG PENSEL::



Seorang lelaki merenung sebatang pensel yang baru dibuatnya.Cantik,lebih cantik,lebih teguh dan lebih hitam coretan matanya berbanding biasa.Sejurus sebelum memasukkan pensel tersebut ke dalam kotak,lelaki berkenaan berkata: “Ada 5 perkara yang perlu engkau ketahuisebelum kumasukkan engkau ke dalam dunia barumu ini.Engkau perlu ingat semua perkara ini supaya engkau menjadi pensel yang terbaik sepanjang masa:-

1) Kau boleh menulis banyak perkara hebat,tapi ini hanya berlaku jika engkau membenarkan dirimu dipegang oleh seseorang.

2) Kau akan mengalami kesakitan semasa matamu ditajamkan,tapi kau perlu laluinya bagi membolehkan kau menjadi pensel yang baik.

3) Kau boleh membetulkan kesilapan-kesilapan yang telah dilakukan.

4) Benda yang paling berharga padamu berada dalam tubuhmu.

5) Tidak kira di atas apa permukaan apa kau diguanakan,kau mesti tinggalkan bekasmu.Walau dalam apa sekalipun,engkau mesti terus menulis.

Jika ini semua kau patuhi,engkau pasti akan menjadi sebatang pensel yang terbaik.”

Cuba gantikan pensel itu dengan diri kita.Ingat kelima-lima perkara penting itu dan kita kan menjadi manusia hebat sepanjang masa.

Pertama;kita boleh lakukan banyak perkara yang hebat,dengan syarat kita sentiasa mengizinkan diri kita berada dalam genggaman Ilahi. Dalam masa yang lain, izinkan manusia lain memandu kita mencapai impian hidup dan melakukan yang terbaik.

Kedua;kita akan menderita ‘ditajamkan’ dari semasa ke semasa dengan melalui pelbagai ujian dan dugaan.Biarpun sakit,tapi kita amat memrlukan ujian dan dugaan itu bagi menjadi manusia yang cekal,gigih serta berfikiran tajam.

Ketiga;kita boleh membetulkan kesilapan yang telah dilakukan.

Keempat;bahagian yang paling berharga berada dalam tubuh kita.

Kelima;dan yang paling penting,tidak kira di atas permukaan apa kita melangkah, kita mesti meninggalkan bekas.Tidak kira bagaimana situasi melanda, terus laksanakan tugas yang diamanahkan dengan secemerlang yang boleh.

1 comments:

Encik H said...

Wahhh..jumpa 1 lagi blog yang aku rasa aku akan suka..

p/s: mohon admin hapuskan verification code untuk membantu org yg rabun macam saya :D