Tahukah anda apa itu Cushing Syndrome?? Kalo xtahu, ni nak bagi tahu. Cushing Syndrome adalah penyakit yang berkaitan dengan peningkatan rembesan sejenis hormon dalam badan kita iaitu cortisol. Apa kaitan penyakit ni dengan tajuk tulisan aku kali ni? nak tau? teruskan membaca...
Akhir2 ni, kita memang selalu baca berita pasal ubat2 tradisional yang "MENGUATKAN TENAGA BATIN" dengan slogan "INGIN JADI LELAKI SEJATI??" hehe... cam lawak la pulak bunyinya.. Tapi, sendiri mau ingat, aku memang tidak syorkan sesiapa yang membaca artikel ini terpedaya dengan iklan2 tersebut. Berhati2 beb... Ya, memang ada yang mengatakan, itu adalah salah satu USAHA kita untuk MEMBAHAGIAKAN ISTERI dan MENDAPATKAN ZURIAT. Tetapi, janganlah sampai anda beriman bahawa ubat itulah yang memberikan anda kekuatan tenaga tersebut. Bila mana manusia sudah lupa akan siapa yang sebenarnya memberikan tenaga tersebut, maka timbullah side effect kepada diri mereka sendiri.
Dalam kes ini , Cushing Syndrome. Bila mana, anda mengambil ubat itu secara berlebihan, maka antara symptom2nya ialah:~
- muka jadi bulat cam doraemon(moon face)
- dekat bahu ade lemak terkumpul(cam brock lesner, tapi, tu tough, istilah dahulunya dipanggil buffalo hump, tetapi usaha doktor2 sekarang ialah tidak mahu samakan manusia dengan binatang kerana kita adalah sebaik2 kejadian. Tetapi, pada pendapatku, jika kesnya ialah manusia itu sendiri tidak faham bahasa, maka tidak salah istilah itu diberikan kepadanya)
- tekanan darah tinggi
- ada abdominal striae(jaluran dekat perut, mungkin anda boleh melihat situasi ini berlaku pada sahabat2 kita yang berbadan besar sedikit)
Jadi, bak kata nabil raja lawak(aku pon layan jugak), "lu pikirlah sendiri!!". Antara contoh lain ialah atlet2 sukan. Bila mana HANYA KEMENANGAN DUNIAWI sahaja yang dinampak, maka di situlah timbulnya mereka2 yang mengambil steroid. Wahai hamba Allah, tahukah kamu apakah side effectnya nanti? Testis kamu akan mengalami atrophy(xleh berfungsi) sekali gus, xdapatlah anda nak bergelar bapa.
Jadi, jika tidak mahu badan binasa, kembalilah kepada islam. Percayalah pada aku. Sekarang, dah ramai orang mengkaji tentang kelebihan2 kepada kesihatan seperti dalam solat, dan sebagainya. Ya, memang perlu kajian itu sebagai KEKUATAN dalam menyampaikan dakwah kita. Tapi, selaku orang islam yang telah lama beriman, percayalah, segala yang Allah aturkan adalah untuk kebaikan kita. Kalau dahulu, barat mengharamkan penceraian, tetapi kini, mereka terpaksa kembali kepada fitrah manusia bahawa, penceraian itu memang patut ada dalam hidup manusia.
Tidak perlu kajian, yakinlah sebagaimana keyakinan para sahabat bahawa segala yang Allah tetapkan untuk kita adalah untuk kebaikan kita sendiri. Analoginya seperti mesin ciptaan manusia, untuk pakai mesin tersebut, tuan yang cipta mesin tu dah sedia guideline untuk kita baca. kalo kita ikut kepala sendiri pakai mesin tu, mesin tu akan rosak. Jadi, yang mencipta kita ialah? Jadi, kalo nak jaga tubuh kita, kena rujuk apa? Lu jawabla sendiri......
0 comments:
Post a Comment