Recent Posts

Thursday, January 29, 2009

::Ada apa dengan GERHANA?::


Negara pernah digegarkan dengan cerita "Ada apa dengan Cinta". Kali ini, akoo ingin gegarkan blog ini dengan "Ada apa dengan gerhana?". Hehe...

Isnin lepas, kita dikhabarkan bahawa akan berlaku gerhana matahari. Hmm... Dah lama rasanya xdengar fenomena ini berlaku di negara kita. Xtau la kalau akoo ni jenis xambil kisah tentang gerhana matahari ni. Rasanya, akhir sekali semasa akoo di sekolah menengah.

Sabda Rasulullah SAW:~
"Sesungguhya matahari dan bulan adalah 2 tanda dari sekian kebesaran Allah. Kedua2nya tidak menggerhana kerana kematian seseorang mahupun kerana kelahirannya. Jika kalian melihat gerhana itu, maka berzikirlah kepada Allah, bertakbirlah, solatlah dan bersedeqahlah."
Hadith riwayat Bukhari

Ingatanku sudah ingat2 lupa tentang ilmu gerhana ini. Kali terakhir akoo belajar tentang gerhana ini adalah sewaktu Form 3 dalam subjek Sains. Sewaktu tempoh gerhana tempoh hari, sahabatku Fahmie mengingatkan kembali istilah "umbra" dan "penumbra" yang diguna pakai untuk gerhana ini. Namun, apa yang cuba disampaikan oleh Nabi SAW dalam hadis di atas?


Kenapa ia "tanda kebesaran" Allah? Nak tahu? teruskan membaca...

Nabi SAW menyebut "kedua2nya tidak menggerhana kerana kematian atau kelahiran seseorang" kerana ada fahaman2 karut yang cuba mengaitkan fenomena alam dengan kematian dan kelahiran seseorang khusus dari kalangan Jazirah Arab pada ketika itu. Kata2 ini menghapuskan unsur khurafat dalam diri ummat Islam pada ketika itu.

Kenapa kita perlu "berzikir, bertakbir, solat dan sedeqah" seperti yang diucapkan dalam hadis di atas ketika melihat gerhana?

Seperti yang kita telah sedia maklum, gerhana matahari terjadi apabila bulan menyekat sinaran matahari sampai ke bumi. Kadang2, akan berlaku fenomena "gerhana total" dan selalunya akan berlaku "gerhana cincin". Hal ini kerana saiz bulan yang jauh lebih kecil daripada matahari. Tahukah kita, apabila sinaran cahaya matahari disekat walaupun hanya beberapa minit, apa akan terjadi kepada bumi? Ya, sudah tentu suhu bumi akan mula menurun. Jadi keseimbangan alam akan mula terjejas. Aktiviti manusia, haiwan dan tumbuhan mungkin terganggu sekiranya tiba2 siang bertukar agak malam seketika walaupun dalam tempoh yang sekejap.

Jadi, apa yang boleh kita buat pada ketika ini? Kita tidak tahu apa nasib bumi jika berlaku gerhana ini. Mungkin letupan gunung berapi terpaksa terjadi bagi mengekalkan suhu persekitaran? Entah, akoo hanya mampu mengagak. Tapi, kesimpulannya, memang pada masa ini, kita tidak mampu berbuat apa2 kecuali BERHARAP kepada Allah iaitu pencipta alam ini. Kita berharap Allah dapat menjauhkan bencana ketika berlakunya fenomena ini.

Maka, sebab itulah Nabi SAW menyarankan agar kita berzikir, bertakbir, solat dan bersedeqah. Agar kita bergantung 100% kepada Allah supanya dihindarkan dari segala bencana alam. Maka, inilah bukti kebesaran Allah dan memang benarlah Muhammad itu Rasulullah!!

3 comments:

Anonymous said...

terima kasih tidak terkata kpd dr hakeeeem atas information dri pandang cc yang berbeza sekali (mgkin dri side mirror..)tetapi apa yang kita sedari kini terlalu banyak perkara "felek" terutama sekali kejadian alam buana yang selama ini dikhabarkan sukar utk kita perolehi kdangkala mengambil masa beratus2 tahun lamanya untuk menanti,namun kini saban tahun ada sahaja 'gerhana' dan 'bencana' yang DIA mahu ajarkan..terpikir juga diotak ini ADAKAH SUDAH SAMPAI MASANYA GERHANA DI UM??

adawiyah said...

nak tau care dirikan solat sunat gerhana..

Asy-syahid(to-be) Dr Hakem Al-Bonoti said...

kepada syaheeda~ menarik persoalan tu.. gerhana ke x um ni terletak pada tangan kita. Jika golongan yang mengatakan diri mereka PEJUANG ini rapat dengan SI DIA, insyaAllah kalimah Allah itu akan tertegak.

Kepada adawiyah~ soalan ni bleh tanya ustaz kot.. tapi, setakat ilmu yang doktor bonot ni ada, sunnahnya, solat sunat gerhana ni cam solat sunat biasa. Cuma, setiap rakaat tu akan ada 2 kali baca al fatihah dan 2 kali rukuk. Pastu, disunatkan masa berdiri tu, panjangkan sket... Xdapat nak bawak dalil, tapi dapat ilmu ni daripada seorang sahabat di kolej...