Recent Posts

Thursday, January 1, 2009

::I don't like this!!::

Xtahu kenapa, sejak kebelakangan ni, rasa semacam nak menulis dalam blog ni. Menyesal rasanya hebohkan bahawa dah ada blog. Bila mana rasa ni datang, mesti rasa menyampah nak menulis. Kadang2, bila mana perasaan ni datang, akoo akan berhenti menulis seketika, membiarkan ia reda. Akoo menulis ni untuk meluaskan pengaruh ke? Akoo menulis ni nak tunjuk ka orang yang akoo ni banyak fikir ke? Akoo ni macam ni ke? AKoo ni macam tu ke? Nyah kau perasaan ni!!!

Benarlah kata2, "kritikan yang diterima itu jauh lebih baik kepada diri kita daripada pujian. Malah, kadang2, pujian itu mampu melemah dan menghancurkan kita."

Mungkin sebab itulah, ada sahabat semasa zaman Rasulullah S.A.W. yang ingin menyumbat pasir ke dalam mulut orang yang memujinya. Dia tidak mahu lemas dalam pujian. Baginya, pujian itu hanya untuk Allah S.W.T.

Ya Allah, akoo takut! Janganlah hilangnya keikhlasan dalam perjuangan ini. Akoo tahu. Akoo pernah diajar. Ikhlas itu xdatang sekali gus. Ia mesti dipupuk. Kena biasakan diri. InsyaAllah, ikhlas akan datang menyusuri. Teorinya memang begitu, tapi, praktikalnya, sungguh perit. Kadang2 boleh tertewas di tengah jalan.

Wahai sahabat2 yang sudah mengenali diriku, semasa anda membaca artikel ini, akoo amat berharap kalian dapat mendoakan agar diri ini bukan menulis ATAS KEPENTINGAN DIRI. Please.... Namun, biarpun perasaan ini datang, akoo xkan berundur. Sangat rugi kiranya meninggalkan medan dakwah yang cukup baik ini semata2 kerana satu reason yang cukup hampeh. Kan bangang tu tinggalkan dakwah pasal rasa diri xikhlas?. Astaghfirullah.......

Sama2lah hayati erti IKHLAS....

0 comments: