Roomate akoo layan satu movie melayu. Macam best je...
"Citer ape ko layan?",akoo bertanya tanda berminat.
"Budak Kelantan.." jawabnya.
"Bukak loud speaker, akoo nak tengok jgak"
Hmm.... Bagiku, ia merupakan satu gambaran realiti. Memang itulah yang berlaku masa sekarang. Akoo cukup menyarankan agar anda melihat movie tersebut. Bukan atas dasar assabiyah negeri. Tapi, akoo cukup terkesan dengan watak dalam cerita tersebut. Seperti seseorang yang sangat rapat dengan diriku, bukan seperti, memang rapat. Tapi, biarlah "siapa" itu menjadi rahsia.
Sungguh murni niat seorang rakan lama, untuk mengubah rakannya kembali ke jalan yang benar, sedangkan rakannya itu sudah banyak bergiat dalam lumpur maksiat. Watak utama dalam cerita ini, Buchek cuba menyelami hidup rakannya yang sudah jauh dengan hidayah Allah, Jahar. Banyak pengorbanan yang terpaksa dibuat oleh Buchek. Kadang2 terpaksa melanggar prinsip, "minum air coke yang sudah dimasukkan dadah".
Ya, mungkin ada yang tidak bersetuju. Matlamat tidak menghalalkan cara. Namun, bagiku(mungkin salah), tindakan Buchek itu betul bila berdepan dengan realiti. Dan, itu adalah ijtihadnya di medan. Kerana itu, dia mengeluarkan kata2,
"masuk kandang kambing, mengembek... kalau masuk kandang RIMAU, nak mengaum ke, nak mengembek...?".
"Nabi Ibrahim pun sanggup menyembelih anak sendiri untuk menunaikan tuntutan Allah. Tindakan akoo?"
Satu lagi, walaupun tidak berapa setuju, watak Buchek itu dicaturkan untuk mempunyai makwe, tetapi apa yang menariknya, dia sanggup mengorbankan makwenya untuk si Jahar. Fuh... Sungguh mulia hati kawan ini. Semata2 untuk dakwah, yakin bahawa Jahar mampu berubah. Namun, dia juga silap kerana terlalu memaksa makwenya, untuk menerima Jahar, walhal realitinya, tak akan ada orang yang sanggup menerima orang seperti itu. Namun, sekali lagi, tindakan BERKORBAN untuk Islam itu patut dipuji.
Antara perkara lain yang akoo dapat melalui cerita ini ialah, "golongan yang masuk ke lumpur maksiat" ini sebenarnya sudah putus asa dengan kehidupannya. Mereka menyangka bahawa memang nerakalah tempat untuk mereka. Mereka tahu mereka salah. Tetapi, yang paling salah ialah mereka sangka bahawa ALLAH TIDAK AKAN MENGAMPUNKAN MEREKA. Wahai saudaraku, tanggapan kamu itu salah! Allah Maha Pengampun! Ayuh kembali, saudaraku!
Akoo cukup sensitif tentang isu ini. Adakah akoo hanya mampu melihat mereka terus bertanggapan begitu pada Allah? Dan biarkan mereka terus hanyut? Jadi, kalau semua berfikiran seperti akoo, TUGAS SIAPA UNTUK MENYAMPAIKAN KEPADA MEREKA TENTANG SIFAT PENGAMPUN ALLAH ITU???

0 comments:
Post a Comment