Fuh... akhir2 ini, boleh dikatakan jadual hidup sungguh pack. Kalo boleh, rasa nak baring je atas katil bilik yang empuk. Tapi, tanggungjawab lebih utama. Biarlah berpenat lelah di sini, dan berehat di alam barzakh kelak. Amin...
Akoo ke program Untukmu Palestin anjuran budak2 medic UKM di Stadium Taman Tasik Titiwangsa. Sampai2 sahaja, agak terkejut bila mana melihat non muslim sangat bersungguh2 dan bersama2 orang Islam menjayakan program tersebut. Tahniah buat mereka. Akoo doakan mereka diberikan hidayah oleh Allah dan akoo sangat2 mengidamkan situasi itu berlaku di bumi UM sendiri.
Malamnya, ada satu forum bicara addin. Sungguh mantap forum tersebut dan memang boleh menitiskan air mata untuk mendengarnya. Namun, point utama penulisanku pada kali ini ialah OBJEKTIF program itu sendiri. Akoo amat kagum apabila disuarakan bahawa isu Palestin ini bukan sahaja isu penduduk Palestin, bukan saja isu ummat Islam, tetapi adalah isu SELURUH MANUSIA. Mendengar objektif ini, akoo mula berfikir..............
"jika 1.5 bilion ummat Islam, ada yang masih tidur dan xendah dengan isu ni, tidakmustahil orang yang akan memerdekakan bumi Palestin dari cengkaman Zionis laknatullah adalah non muslim"
Akoo amat yakin. Cuma bagiku, mereka masih belum mendapat satu sebab yang kukuh, kenapa mereka perlu bersama kita dalam isu ini. Kebanyakan mereka hanya memandang, Hamas sebagai pengKERUH keadaan. Jika Hamas tidak mulakan serangan, Zionis xkan serang mereka. Itulah yang mereka fikirkan.
Akoo dapat membayangkan, isu Palestin ini bukan sahaja dibincangkan di masjid2, ceramah2 agama dan sebagainya, tetapi Gereja pun ambil berat tentang isu ini, tabung2 kutipan derma ada di tokong2, risalah2 diedarkan di kuil2, orang yang pergi ke Palestin untuk membuat rawatan dan bantuan, ada dari kalangan orang bukan Islam bahkan lebih prihatin.
Alangkah bahagianya jika demikian. Namun, persoalannya, apa usaha kita ummat Islam untuk mengajak mereka bersama2 kita?? Atau kita masih terus bertekad untuk berpegang bahawa isu ini, hanya kita yang perlu perjuangkan? Terpulang....
0 comments:
Post a Comment