Recent Posts

Monday, January 5, 2009

::relax.... slow2 beb....::


"Manusia sekarang silap, diorang ingat HARTA yang diorang ada tu semua diorang punya, sebenarnya diorang lupa, hanya REZEKI sahaja yang Allah beri untuk kita, HARTA itu belum tentu dan semestinya memang bukan milik kita." Pesan pakcikku semasa menghantarku ke UM hari ni dalam kereta.

"Kenapa perlu ada VIP? Kadang2 bengkek betul bila imam dalam masjid dok cakap pasal Saidina Umar, tapi masih boleh makan sedap2 kat meja VIP, walhal jemaah lain semua makan jamuan lauk biasa. Apa semua ni? Ni namanya feudal. Zaman Rasulullah dulu, mana ada ko VIP, ko orang biasa, ko makan sedap, ko makan kat tangga je. Semua orang sama. Itulah penyebab orang tertarik kepada Islam." tambahnya lagi...

Hmm.... Kritikal sungguh pemikiran pakcik akoo ni.. Walaupun xblajar masuk U macam akoo, tapi, ternyata otaknya sangat geliga.

Kadang2 akoo terfikir, memang betul, jika kita mahu laksanakan Islam, kita mesti laksanakannya secara keseluruhan, bukan ambil sikit, dan tolak sikit. Hujahnya, kita yang perlu ikut Islam, bukan Islam kena ikut kita. Kalau Islam yang ikut kita, kita ambil ayat Al Quran yang mana kena dengan diri kita, dan cuba menolak dan kalau boleh xnak dengar ayat yang xkena dengan diri kita.

Ya, itu betul. Kita perlu MENERIMA ISLAM secara keseluruhan. Tetapi persoalannya, dalam MELAKSANAkan Islam sepenuhnya, adakah perlu SEKALI GUS? Islam memerintah, terus haram disko, konsert, artis2, arak dan etc???? Itulah persoalan yang perlu difikir bersama2.
"Allah mencela arak itu 2 kali dalam Al Quran. Dan mengharamkannya pada kali ke 3. Aku bimbang, apabila aku MELAKSANAKAN ISLAM sepenuhnya, ORANG AKAN MENOLAK ISLAM SEPENUHNYA". ~Umar Abdul Aziz.

Bagiku, kepimpinan Tok Guru Nik Aziz perlu dicontohi. Dalam memerintah Kelantan sendiri, beliau mengajak rakyatnya kepada Islam dengan memberi kefahaman terlebih dahulu, kemudian barulah kepada pelaksanaan sedikit demi sedikit. Dulu, ajak solat, sekarang ajak qiam pulak.

Jadi, sama2lah berfikir untuk Islam. Memang benar kita mahu melihat Islam dilaksanakan sepenuhnya. Tetapi adakah dengan sekali gus? Jawapan..... lu pikirlah sendiri!!!

0 comments: