Recent Posts

Thursday, March 26, 2009

::tawakkal:jangan biar ia hilang::


Komuter tiba2 lambat bergerak. Air cond pula xpasang. Ada masalah teknikal agaknya. Semua penumpang dah wat muka seposen. Ada yang layan handset. Ada pula yang terkumat kamit cam dok mengumpat KTM ni. Hehe... Macam2 manusia ni. Seronok tengok gelagat manusia lagi2 bila mana dalam kesusahan. Seperti mana cerita famous dalam buku La Tahzan. Di mana saat2 yang sangat genting, manusia akan kembali kembali kepada fitrah, mengharap kepada kuasa Yang Maha Agung.

"Harap maaf. Kami sedang menunggu isyarat untuk meneruskan perjalanan. Harap semua dapat bersabar."

"Apa barang la... orang dah panas ni." ngomel seorang akak lalu duduk di tengah2 komuter tu tanpa rasa malu. Hehehe....

Semasa di rumah kawan malam tadi, akoo sempat membelek buku Belajar Dari Dua Umar. Orang kata buku ni best. Baru baca bab pertama, cukup menyentuh jiwaku yang kononnya nak jadi pejuang Islam. Di mana dalam bab pertama ini, masih belum menyentuh tentang kedua2 Umar ini, tapi menyentuh sedikit sebanyak tentang sirah Nabi SAW.

Yang pentingnya, apa yang cuba disampaikan oleh penulis dalam bab ini ialah kalau kita teliti betul2, walaupun hebat mana perancangan Nabi SAW dalam dakwahnya, tetapi yang menjayakannya adalah Allah Taala. Sebagai contoh, peristiwa hijrah. Sebut sahaja soal hijrah, orang akan terbayangkan soal hebatnya Nabi SAW merancang, hebatnya Ali berani mengganti tempat tidur Nabi, hebatnya Asma' dan sebagainya. Namun, mungkin kita terlepas pandang soal pertolongan Allah Taala dalam hijrah nabi. Tanpa bantuan Allah Taala, orang yang mengepung rumah Nabi SAW takkan tertidur, tanpa bantuan Allah, Nabi dan Abu Bakar takkan selamat sembunyi dalam Gua Thur dan tanpa bantuan Allah, kaki kuda seorang yang memburu Nabi(lupa nama, Suraqah kalau xsilap), xkan tergelecek masuk dalam padang pasir.

Sebab itulah, semasa Abu Bakar cuak apabila orang kafir sedang menghampiri mereka di gua, ucapan Nabi padanya, "Jangan bimbang, jangan sedih, ALLAH BERSAMA KITA!"

Tersentuh hati aku bila mana membaca soal ini. Banyak golongan yang menggelarkan diri pejuang Islam masih miskin tentang soal ini, termasuk diriku sendiri. PERGANTUNGAN 100% kepada Allah Taala. Selalunya, soal ini akan banyak disyarahkan apabila tiba musim exam, musim pilihan raya, musim mendapat musibah. Ya, akoo tidak nafikan memang itulah manusia, apabila mendapat musibah, baru akan kembali kepada Tuhannya.


Namun, bagi mereka yang menggelarkan diri pejuang Islam, adakah sifat ini diterapkan dalam gerak kerja kita?? Ya, kita banyak buat dakwah... Tapi, adakah BANYAKNYA kita berdakwah itu akan membuka pintu hati mad'u? Kita dah cuba yang terbaik untuk orang memahami Islam, tetapi orang still xfaham2, apa puncanya? Ya, memang benar, kita perlu muhasabah, mungkin pendekatan kita tidak berhikmah dan ada cara yang lebih berhikmah. Namun, perkara core yang kian dilupakan ialah Allah adalah pembuka hati mad'u kita, BUKAN KITA!!!

Kerana akoo nampak soalnya sekarang ini, masalah ummah bukanlah kerana strategi yang kita rancangkan tidak hebat, bahkan sangat hebat, namun, disebabkan KITA DIILHAMKAN MENGELUARKAN IDEA HEBAT ini, kita lupa perkara asas!

Akhir kata, ayuh ambil iktibar dari kisah Nabi Musa AS yang sakit. Pada mulanya, apabila dia sakit, dia memohon kepada Allah agar disembuhkan penyakitnya. Lalu Allah Taala menunjukkan Nabi Musa satu pokok untuk dimakan daunnya. Dan dengan izin Allah, sembuh penyakitnya.

Kemudian, beberapa ketika lepas tu, Nabi MUsa sakit lagi dan dia terus menuju ke pokok tersebut dan makan daunnya. Tapi, yang peliknya, sakitnya tidak sembuh pada kali ini. Lalu dia terus bertanya kepada Allah Taala, kenapa perkara tersebut berlaku?

Lalu dijawab,"Dulu, ketika kamu sakit, kamu berdoa memohon kepadaKu agar menyembuhkan penyakitmu, sekarang, kamu percaya bahawa daun itulah yang menyembuhkan penyakitmu, bukan Aku!"

~sekadar sambungan dari artikel kita "kita hanya merancang... yang menentukan?"~

2 comments:

Anonymous said...

Salam.

Manusia adalah hamba ALLAH,
mengapa kita mengharap kpd manusia tapi tak mengharap kpd Tuhan Pencipta Manusia?
Bukankah Dia lebih berkuasa?

Logiknya mcm bos dgn pekerja, tuan rumah dgn org gaji, pemilik haiwan dgn haiwan peliharaannya...

Dari perspektif aku,konsep tawakkal ni kurangkan pengharapan, banyakkan usaha, mencari ilmu, belajar dari kesilapan, sabar dan syukur.(Dalam konsep tawakkal pun ada nilai2 murni yg perlu dibentuk dulu)

Tp bukan buang pengharapan kpd manusia trus sbb org2 sekeliling kita (bagi aku)adalah nikmat kurniaan ALLAH, mrk ni ALLAH dah tentukan utk bantu kita dlm perjuangan kita.

Semua dari ALLAH, semua milik ALLAH
Semua akan mati, kecuali ALLAH....
Maka akan timbullah sifat tawakkal.

Asy-syahid(to-be) Dr Hakem Al-Bonoti said...

hmm.. menarik komen ummu ni.. memang betul... tu dari view yang lain.. dan memang itu pandangan yang tepat. Cumanya, pendapat peribadi, KEBANYAKAN(xsemua) golongan penggerak ini hampir hilang istilah pengharapan ni. Cam cakap dalam artikel, just masa exam n masa2 ditimpa musibah.

Itulah yang cuba ditimbulkan... Niat di hati lebih kepada menyedarkan kembali diri sendiri n golongan yang belom sedar. Sebab, tulis ni pon, sebenarnya reflect kat diri sendiri...