Socrates/Plato/Aristotle(akoo pon lupa yang mana satu), berkata adil itu ialah "apabila kita pinjam sesuatu barang, kita hendaklah memulangkannya kepada tuannya." Persoalannya, jika tuan punya barang sudah gila, adakah adil kita memulangkan barang kepadanya? Fuh... kritikal ni.. hehe...
Pengembaraanku mengenal manusia diteruskan dan sememangnya bagiku, jika manusia mengetahui betapa uniknya Allah ciptakan mereka, kalimah Subhanallah akan terpacur keluar dengan sendiri dari mulut mereka, bahkan bukan dari mulut, dai hati mereka.
Ya, manusia ini pelbagai macam. Ada yang skema, ada yang sempoi, ada yang buaya, ada yang setia. Dalam aspek penggunaan akal juga, terdapat pelbagai jenis manusia. Ada yang tidak mahu menggunakan akal langsung, ikut je, yang penting, akoo bahagia. Selalunya, golongan ini adalah golongan yang malas berfikir dan suka mengikut apa yang orang lain lakukan. Dan, yang menariknya, ada manusia yang terlalu menggunakan akal, sehingga mereka hanyut dan leka dengan pemikiran mereka. Golongan ini sangat taksub dengan pemikiran mereka, malah mungkin merasakan diri mereka hebat sehingga meletakkan akal di depan, dan Allah di belakang.
Alhamdulillah... Akoo diberi kesempatan oleh Allah Taala untuk berjumpa dengan golongan ini. Naqibku membawaku berjumpa dengan mereka. Dari satu segi aspek pemikiran, golongan ini patut dipuji, kerana sangat banyak membaca. Akoo sangat mengagumi mereka dari aspek itu. Masakan tidak golongan ini memperlekehkan kita, yang kononnya tahu pasal agama, sedangkan kita, berapa kerat sangat membaca buku? Jadi, memang kita patut dipandang lekeh oleh mereka. Namun, adakah selama2nya kita ingin dipandang begini? Prinsip yang dipegang, semua agama SAMA. Dan, ilmu falsafah adalah ilmu yang sewajarnya dipakari. Ilmuwan falsafah seperti Socrates, Aristotle and da gang, menjadi tokoh mereka.
Namun, apa yang menariknya, jangan kita katakan golongan ini sememangnya berasal daripada pemikiran yang begini. Untuk pengetahuan semua, banyak muka2 dari golongan ini sebenarnya suatu ketika dahulu, pernah mengkuti usrah, bergerak kerja dalam gerakan Islam dan sebagainya. Namun, akhirnya, mereka memilih jalan ini. Apa puncanya? Dan di mana silapnya? Bagiku, ini bukan salah usrah atau gerakan Islam. Salah orang yang mengendalikan usrah. Masakan tidak, orang yang memasuki usrah, tidak dibentuk berdasarkan keperluan mereka sedangkan Nabi SAW mentarbiah sahabat2, berdasarkan apa keperluan sahabat tersebut. Mus'ab bin Umair, hebat dalam berdakwah, dididik dengan kepakarannya sehingga boleh menyebarkan Islam ke seluruh penduduk Yathrib(Madinah), sehinggakan apabila Nabi SAW sampai di Madinah, tidak ada satu rumah pun, yang belum sampai khabar Islam di rumah mereka. Muhasabah untuk kita bersama.
Pada hari pertemuan akoo mereka, akoo mengambil langkah untuk berdiam diri, kerana takut2 tersilap langkah dalam mendepani golongan ini walaupun pada hari tersebut, gatal sahaja mulut ini untuk bersuara. Akoo memerhatikan bagaimana naqibku menghadapi mereka. Tajuk yang dibicarakan cukup simple, "apa itu adil"? Kita pernah diajar di sekolah dalam subjek Pendidikan Islam, adil itu bukan sama rata, tetapi meletakkan sesuatu pada tempatnya. Namun, mereka tidak berpuas hati dengan jawapan itu, kerana ia masih belum spesifik.
Provokasi demi provokasi dibuat. Buat apa kita perlu berlaku adil? Sedangkan berlaku zalim itu menguntungkan kita? Bahkan, kan bodoh namanya, jika kita tidak menggunakan kelebihan yang kita ada untuk kepentingan kita dan kroni kita sendiri? Dan, kan bodoh namanya, kita melakukan sesuatu yang sakit bagi kita, iaitu berlaku adil, yang tidak menguntungkan kita?
Idea yang dilontarkan sangat bernas. Namun, sayang sekali, idea ini tak akan memeningkan kita jika aqidah teguh disandarkan. Persoalan ini akan terjawab jika manusia percaya dosa pahala. Persoalan ini akan terjawab jika manusia percaya adanya akhirat. Persoalan ini akan terjawab jika manusia percaya ada syurga neraka. Ya, kita akan untung secara zahir jika kita berlaku zalim. Itu jika kita duduk di tempat orang yang berbuat zalim. Jika kita duduk di tempat orang yang dizalimi? Kan rasa cam nak bagi penyepak je kat orang yang menzalimi kita? "Kalau macam tu, biar semua orang buat zalim la.." akan timbul idea begitu. Nak buat begitu? Silakan.. Dan, saat itu, nantikan keadaan dunia yang kucar kacir, sebab manusia semuanya tidak boleh dipercayai. Yang kuat akan terus berkuasa, yang lemah akan dihina dan dianiaya. Inikah yang kita mahukan?
Allah suruh kita tegakkan keadilan bukan untuk orang lain, tetapi untuk kita. Walaupun nampak kita seperti menyakitkan diri sendiri untuk berlaku adil, tetapi, sakit itu akan dibalas dengan balasan yang setimpal kelak. Bahkan, inilah sifat unik yang ada pada ummat Islam, rela berkorban untuk saudaranya yang lain. Sebab itulah, Islam adalah jawapan bagi segala kecelaruan yang berlaku sekarang.
sambungan bagi artikel "bukan sekadar logik"

7 comments:
sapo golongan hok disebut tuh? Golongan Islam liberal @ muktazilah? Ko bukan muslim pun?
wah... jadi pembaca setia blog akeng ni... hahaha... akeng gi jupo sek2 Islam liberal..
Sedap bual nga sek2 dia.. bukok minda..
pok2 ni, kito nok kato gapo2 pasal caro dio menafsirkan Islam pun, hok pastinyo semangat menegakkan Islam tuh ado jugok pado dio.
salam dr hakem..rasa macam pemikiran syiah je nih.betol ka?
testing -sorry, I'm a wordpresser..hehe
-Sekolah Pemikiran PJ-
emm.. menarik2.. dulu masa ana first year, time tue I was embedded with those ideas and issue jugak la.. persoalan adil, rasional dan etc.. sebab masa tue ana amek polItical science punya subjek; Basic theory of political science.. memang dalam satu perbincang, kami berbincang tentang rasional dan adil (ana rasa ana dah cite kot).. lecturer tnya, "What you think about rasional and just?", "How you define just@ justice?"... I thought I blurred also la masa tue.. yes, i can say, just is put the right thing in the right place.. same as in Islam isn.t it?.. timbul pula kritikan dari sorang yang so called 'ULTRA MALAY' kata, dia kurang setuju sebab berkaitan dengan isu 'ketuanan melayu - (mnyampah aku nak mention).. katanya, melayu kena la dapat lebih hak sebab menjadi tuan kepada Mlaysia, so I said, itu bukan adil, adil ialah membantu mereka yan gmiskin tak kita agma dan bangsa, itu baru sama dengn apa yang ana sebut tadi, sama dgn Islam kan.. tapi sebab dia ultra malay kot,, di aterpengaruh dengan the idea of just yang dibawa oleh UMNO dng isu retorik ketuanan melayu.. maka dari situ perbincang bermula apa itu adil? betul ke sesuatu itu adil? kadang2 adil pada kita, tak adil pada orang lain?...
Dalam pada tue, persoalan itu bermain, dan menjadi lontaran sebab kami berbincang tentang idea dan kritikan Karl Marx mengenai the idea of Just Nation atau negara yang adil.. konsep barat atau orientalis melihat just/keadilan tidak dapat di spesifikasikan oleh manusia.. mean.. it might be different between others.. sama juga seperti rasional.. apa yang enta faham pasal rasional? persoalannya, adakah apa yang kita fikir rasional, juag rasional bagi orang lain..?? haha, thats might be confuse isn't ?haha..
Those question actually buatkan kita sdikit faham ideology dan situasi atau lebih tepat lagi - world view golongan sosialis a.k.a maxist bila bercakap tentang keadilan dan sesuatu yang lebih kurang begitu.. sebab itu timbul isu kenapa perumpuan tak bleh pakai baju lelaki? kenapa perumpuan tak bleh jadi imam? kenapa.. kenapa? kenapa.. and those critics plays in the ground of keadilan tadi.. nampak tak idea nya..?...
dan suatu perkara lagi, yang kita (sebagai fundamentalis) perlu faham ialah mereka ini melihat kehidupan secara sekular; atau menolak kewujudan agama.. kalau nak quote kata-kata dari Karl Marx.. "Religion is an opium..." agama itu candu.. wujud sekadar untuk memenangkan sesuatu idea yang lain.. dalam kes ini (the idea of Hellenics thinkers,mungkin boleh rujuk wikipedia..huhu).. so, sebab itu, ilmu mantiq itu memang ciptanya untuk digunakan sebagai bahan perbahasan kepada golongan secularis ini..... sekadar berkongsi..
-Sekolah Pemikiran PJ-
ahmadfahmie.wordpress.com
luqman5290:
Kito napok supo dio nok bowok islam.. Tapi, aqidah tu keno betul. Mano buleh sumo agama sama dale dunia ni... Tapi, papehal, kito hok keno wi pehe ko sek2 dia. Ni akeng xcito details lagi, sek2 ni buke semaye pon, ado semaye pakai niat jah..
nor:
yang akoo cite bkan syiah, tapi LIBERAL dan dah jumpa ada yang merupakan tokoh Islam Liberal
sek pemikiran PJ:
time kasih bagi komen.... enta lagi banyak ilmu kot bab2 ni.. Ana baru nak belajar ngan diorang.. InsyaAllah bagi bukak minda sket...
Post a Comment