Recent Posts

Tuesday, June 2, 2009

bercakap soal KUASA


Syeikh Ahmad Yasin pernah ditanya, "Sheikh, ko ni dah la buta, lumpuh. Akoo tengok, memang xde ape akoo tengok kat ko. Senang cite, kalo orang jentik pon, boleh tumbang. Tapi, yang peliknya, kenapa musuh2 Islam takut sangat kat ko ek?"(dialog ni akoo ubah bagi ikut gaya bahasa akoo sendiri)

Apa jawab Sheikh Ahmad Yasin? "Wahai anak muda, sesungguhnya akoo telah menyerahkan SELURUH diriku untuk jalan Allah Taala. Tatkala itu, Allah hilangkan ketakutan akoo terhadap musuh2 Islam dan Allah campakkan ketakutan mereka kepada akoo"

Tak tahu kenapa, sejak akhir2 ini, akoo sangat suka berKENAPA. Mungkin sebab dok dalam bilik sorang2 kot. Dan kali ini, akoo berKENAPA lagi.

Bila mana buka internet, tengok iluvislam.com, mymaktabaty.com, akoo lihat, ramai rupanya yang ada kesedaran Islam. Ramai yang sudah membuat blog sendiri dan penulisan mereka rata2 hebat. Ustaz2 pula sekarang sudah berlambak. Yang mendengar ceramah apatah lagi. Maknanya, tahap kesedaran Islam masyarakat di Malaysia makin bertambah. Namun, bila baca berita dan paper, maksiat turut bertambah, malah lagi dahsyat dan sangat2 ramai. Jika kita belajar graf, ia dinamakan berkadar terus. Semakim ramai orang ada kesedaran Islam, semakin ramai orang buat maksiat. Kenapa ya? Bunyi macam xmasuk akal rasanya.

Pikir punya pikir...

Mungkin jawapannya, ramai yang hanya cakap, tapi xbuat a.k.a RETORIK dan HIPOKRIT. Namun, hati orang xboleh dinilai dan ini hanya MUNGKIN sahaja.

Pikir punya pikir...

KUASA! Ya, inilah jawapannya. Sedar xsedar, rupa2nya, dalam kita memberi faham Islam, musuh2 Islam juga melancarkan serangan mereka. Bahkan, bilangan mangsa musuh2 Islam melebihi bilangan golongan yang terselamat. Mana taknya, tv, internet, sukan, ekonomi, undang2, semua mereka kuasai. Satu orang kita berjaya bagi faham Islam, mungkin beribu yang mereka berjaya serang. Ya, mungkin konsep inilah ramai yang kurang faham. Mengatakan Nabi SAW xpenah ajar kita untuk minta2 jawatan atau kuasa. Tapi, sedar atau tidak....


Sabda Nabi SAW,
"Barangsiapa yang melihat kemungkaran, hendaklah ia cegah dengan TANGAN, jika xmampu, dengan lisan, jika tak mampu, dengan hati, dan itulah selemah2 iman"

Ramai yang membaca hadis ini, mengambil langkah, cukuplah akoo cegah dengan hati, at least ada iman. Xbetul beb! Sebenarnya, Nabi SAW ajar kita untuk memiliki kuasa, cegah dengan tangan. Ia sepatutnya dibaca dan dihayati, "akoo perlu miliki kuasa untuk sebar Islam, kalau xmampu, kena cuba dapatkan juga, tapi kalau akoo ni dah hampeh sangat, cegahlah dengan lisan. Tak boleh lagi? Ha.. benci ngan hati cukup rr.. Tapi, tu kira hampeh sangat dah tu. Malu siot"

Cuma, dalam memiliki kuasa, ada lubang2nya. Kerana perjuangan itu, mesti ada ujiannya. Bahkan, ramai yang tidak mengetahui konsep sebenar dalam memiliki kuasa. Nak tahu apa? Nanti akoo sambung... Nak kena study ni, exam dah dekat, nanti kena marah.. Haha... (fulamak.. first time akoo buat artikel macam ada series plak.. Suspen2..)

2 comments:

Wan Nurul Atiqah said...

berusaha sedaya mampu untuk membantu ISLAM..

HAKIKATNYA, yang sedar lebih sedikit berbanding yang LALAI.

dan sesungguhnya, tugas bagi YANG SEDAR jauh lebih berat..berat dan terlalu berat.

paling penting,
BUAT JE KERJE KITE SEDAYANYA.

berusaha!

Asy-syahid(to-be) Dr Hakem Al-Bonoti said...

Ya.. memang betul..

Tapi, apa yang cuba dilontarkan ialah, sampai bila kita nak biar HANYA SEDIKIT sahaja golongan yang disedarkan? Dan kita biarkan BANYAK orang dilalaikan oleh musuh2 Islam?