Teringat ketika akoo melontarkan pandangan akoo, tentang "hati" yang "orang Melayu" fahami. Semua mesti tahu dan pernah dengan dengan satu filem famous dari Indonesia, MY HEART. Jika kita lihat dalam filem ini, watak utamanya, menderma "hati"nya sebagai pengorbanan atas dasar cinta. Pergh.. Jiwang karat ni. Namun, bukanlah ingin disyarahkan bab karat ini, tapi, sebenarnya HEART yang difahami oleh orang Melayu adalah HATI. Tetapi, sebenarnya, jika kita amati, yang dimaksudkan dengan HEART itu sebenarnya adalah JANTUNG dalam Bahasa Melayu. Jadi, tajuk filem tersebut sepatutnya ditukar kepada MY LIVER. Haha...
Sabda Nabi SAW,
"Perkara yang halal itu sudah jelas dan perkara yang haram juga sudah jelas. Di antara keduanya adalah perkara syubhat(samar2) yang tidak diketahui oleh banyak orang. Barangsiapa yang menjaga dari perkara syubhat, maka ia telah membersihkan agama dan kehormatannya. Dan, barangsiapa yang masuk dalam perkara syubhat, maka ia bagaikan seorang pengembala yang mengembalakan ternakannya di SEKITAR kawasan terlarang yang dikhuatirkan akan melebihi kawasannya. Ingatlah bahawa si penguasa ada batasan2 tertentu dan batasan Allah adalah laranganNya. Ingatlah, sesungguhnya, dalam tubuh manusia itu ada SEGUMPAL DARAH. Apabila ia baik, maka baiklah seluruh tubuh, apabila ia buruk, maka buruklah seluruh tubuh. Ketahuilah ia adalah QALBU"
(HR Muslim)
Sengaja akoo membiarkan kalimah arab QALBU itu tidak diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu kerana fahaman kita QALBU=HATI. Tetapi, adakah HATI itu adalah HEART(jantung) atau LIVER(hati)?
Dalam bidang perubatan, kedua2 organ ini sangat penting. Kita mulakan dengan jantung. Jantung sebagai pengepam darah yang mengandungi segala bahan yang diperlukan oleh badan, ke seluruh tempat. Jika jantung tak mampu mengepam darah dengan baik, sebagai contoh darah tidak mampu sampai ke OTAK, otak juga tidak dapat berfungsi dengan baik. Hati juga begitu, tempat metabolisma atau proses pelbagai bahan dalam badan. Jika hati kita terkena jangkitan(hepatitis), banyak penyakit yang bakal menyusul dan badan tidak dapat berfungsi dengan sempurna. Sebab itu, kita pernah dengar kes2 yang memerlukan pemindahan hati.
Namun, yang mana satu yang dimaksudkan oleh Nabi SAW ini? Baik. Jom terus mengkaji. Jika diperhatikan, dalam hadis diatas, Nabi SAW mengaitkan organ ini dengan perkara yang halal dan haram. Selalunya, orang akan mengaitkannya dengan makanan. Jika soal makanan, kedua2 organ ini sangat berkait rapat fungsinya dengan makanan. Jika pemakanan tidak baik, jantung boleh rosak(myocardial infarction). Rokok(haram) juga boleh merosakkan jantung. Hehehe. Hati juga begitu, tanpa pemakanan yang baik, hati juga boleh rosak. Jadi, yang mana satu ni?
(fatty liver atau hati berlemak... akibat bagi peminum arak)
Akoo tidak mahu menjawab, malah ingin menambah lagi satu pilihan. Jika kita perhatikan dalam Al Quran, QALBU atau HATI yang dinukilkan adalah berkaitan dengan emosi, perasaan, niat. Bagiku, sekarang pun, manusia belum mampu menerangkan dengan jelas soal perasaan dan emosi ini. Sebagaimana mereka pening, bagaimana hal yang berkaitan dengan emosi dan perasaan, sebgai contoh, stress, kadang2 sesetengah manusia akan banyak makan, kemudian, ada yang lain, tak lalu makan. Stress adalah punca banyak penyakit. Bahkan kandungan mungkin gugur akibat stress. Jadi, mungkin ini yang dimaksudkan oleh Nabi SAW.Mana2 satu pun yang diterangkan oleh Nabi SAW, semuanya amat bermakna. Akoo hanya cuba membawa bukti dari sektor perubatan. Fakta ini hanya ditemui manusia selepas kewafatan Nabi. Jadi? Siapa yang ajar Nabi kalau bukan Sang Pemilik Ilmu. Sudah terang lagi bersuluh, bahawa Baginda dipandu oleh Dia yang mencipta manusia. Pencipta tahu semua hal pasal barang yang dicipta, apa yang baik untuk mereka, apa yang buruk untuk mereka. Jadi, xrasa bodoh ke, kalau YANG DICIPTA itu xnak dengar apa YANG PENCIPTA cakap?
Sekian, jika DIA baik, SEMUA baik! Percayalah. Mungkin bukan setakat percaya. Yakinlah! Dan mungkin bukan setakat yakin. Beramallah! Mungkin bukan setakat beramal. Istiqamahlah! Mungkin bukan setakat semua yang tadi. Sebarkanlah pada yang lain!
~Anda sihat dengan Islam~
1 comments:
menarik..
Post a Comment