Recent Posts

Friday, April 3, 2009

Yakinlah dengan YANG BIJAKSANA!!


Akoo membelek2 buku yang ada di Surau Kolej. Banyak.. Namun, seperti jarang disentuh.. Dengan izinNya, akoo terjumpa sebuah buku yang mana ada tertulis ayat ini dibelakangnya..:
"Kami akan membacakan(Al Quran) kepadamu, MAKA KAMU TIDAK AKAN LUPA!!"
(Al A'la:6)

Termenung akoo seketika. Lalu kuambil buku ini untuk dibaca....(Bagaimana MENGINGATI Pelajaran Anda & Berjaya dengan Cemerlang). Menarik.. Sangat menarik.. Walaupun banyak dinukilkan soal cara belajar yang mana mungkin semua sudah tahu caranya, namun tidak dipraktikkan(ditujukan kepada diri sendiri..), tapi yang menariknya, ia menghubungkan ILMU dengan SANG PEMILIK ILMU.

Sejak kebelakangan ini, alhamdulillah... Banyak perkara baru yang dipelajari dalam hidup. Salah satunya TADABBUR AL QURAN. Kebanyakan ummat Islam sekarang ini, takut untuk tadabbur Al Quran. Kerana ramai mengatakan, takut salah tafsir. Alhamdulillah, naqibku mengajarku bahawa tadabbur itu tidak sama dengan tafsir. Tadabbur ini kita cuba hayati ayat Al Quran dengan ilmu yang kita ada. Hanya dengan soalan2 seperti Apa? Kenapa? Bagaimana? Siapa? Bila? Di mana? Cantik! Seronok! Bahkan tadabbur ini boleh melatih diri untuk berfikir secara kritikal.
Yakinlah sahabat2, Al Quran itu adalah kata2 Allah Taala. Kata2 untuk disampaikan kepada kita. Kata2 SANG PEMILIK ILMU ini sungguh mendalam, jika diamati baik2. Kenapa dalam ayat di atas Dia mengatakan "Kami akan membacakan kepadamu"? Bukankah nak ingat satu2 benda, kita kena baca sendiri? Jawapan xperlu disediakan, tetapi sebagai langkah pertama bagi mereka yang membaca artikel ini untuk mula tadabbur dan berfikir.

"Dan bertaqwalah kepada Allah, nescaya Allah akan mengajarmu" (Al Baqarah: 282)

Mungkin ramai yang meminta akoo untuk menulis artikel tentang cara belajar dan sebagainya, mungkin kerana statusku sebagai pelajar perubatan. Kalau tahu keadaan akademikku yang sebenar, mungkin soalan itu tidak dikeluarkan. Hehe... Namun, bagiku, 2 ayat ini cukup merungkai segala2. Dan, perlu diingat, ILMU ITU ALLAH TIDAK TURUNKAN DENGAN SATU CARA SAHAJA, malah istilah IQRA' atau BACA itu perlu diteliti lagi. Itu ayat pertama yang diturunkan! Iqra'. Bermakna segala2nya bermula dengan IQRA'. Namun, adakah ilmu itu hanya didapati dengan duduk di depan meja, dan memBACA buku? Pernah dengar memBACA SITUASI? memBACA PEMIKIRAN ORANG LAIN?


Sekali lagi ditekankan, Quran itu adalah kata2 Allah Taala. Jadi, istilah Iqra' itu perlu diteliti dan dihayati sebenarnya. Dan juga perlu diingat, ia bukan sekadar BACA, tetapi "BACALAH DENGAN NAMA TUHANMU YANG MENCIPTAKAN". Fahamnya apa? Dalam kita memBACA, perlu ada keyakinan bahawa ilmu itu hanya milikNya dan ketentuannya untuk mengurniakan ilmu kepada kita ataupun tidak. Ini bermakna, aqidah sangat penting dalam pemBACAan. Dan, juga perlu yakin bahawa ilmu itu, mungkin tidak akan dikurniakan pada masa dan kaedah itu, mungkin pada masa dan kaedah yang lain tanpa kita sedari. Jadi, iqra' itu bukanlah hanya duduk di depan meja dan membuka kitab. Dan ingatlah, Allah menjanjikan bagi orang bertaqwa, Allah akan MENGAJAR mereka.

Persoalannya, adakah kita orang yang bertaqwa?

Persoalan yang kedua, kita tahu semuanya bermula dengan memBACA, tetapi adakah kita sudah mulakannya?

Kami akan membacakan kepadamu, maka kamu tidak akan lupa. Kecuali jika Allah mengkehendakinya. Dia mengetahui perkara yang TERANG dan PERKARA YANG TERSEMBUNYI(Al A'la :6-7)

1 comments:

Luqman Fauzi said...

nice post. cubo huraikan lebih sket pasal tadabbur